NEW
Font size
WorksheetsSem 1 : Bab 1: Pengenalan
Total questions: 15
Worksheet time: 7mins
Yang manakah institusi ekonomi yang terlibat dalam liputan analisis ilmu ekonomi bagi model dua sektor?
Institusi kerajaan
Institusi kewangan
Institusi perundangan
Institusi kesatuan sekerja
Ilmu ekonomi mengkaji tentang....
tingkah laku manusia untuk memilih barangan yang terhad bagi mencapai keuntungan maksimum.
bagaimana manusia menguruskan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terbatas.
bagaimana manusia menguruskan sumber ekonomi yang tidak terhad untuk mencapai kepuasan maksimum.
tingkah laku manusia untuk membuat keputusan bagi mengeluarkan barangan yang tidak terhad untuk menyelesaikan masalah ekonomi.
Mikroekonomi merupakan kajian gelagat manusia dalam mengurus
masalah pengangguran
kadar inflasi yang tinggi
defisit belanjawan negara
ketidakcekapan pengeluaran
Perbezaan utama antara usahawan dengan buruh adalah dari aspek
kemahiran
menanggung risiko
boleh berpindah tempat
kepentingan dalam proses pengeluaran
Kehendak manusia yang tidak terbatas menunjukkan bahawa
keinginan manusia untuk memiliki sesuatu barang adalah tinggi
Cita rasa setiap manusia terhadap sesuatu barang adalah berbeza
Kesemua keinginan manusia tidak dapat dipenuhi dengan sumber yang ada
cita rasa manusia sentiasa berubah dalam membuat pilihan terhadap sesuatu barang
Masalah asas ekonomi berpunca daripada
pengeluaran ekonomi yang tidak cekap
kehendak masyarakat yang tidak terhad
penggunaan sumber alam yang tidak optimum
pengagihan pendapatan yang tidak adil dalam ekonomi
Apakah faktor yang menyebabkan unit ekonomi membuat pilihan ?
Kekurangan sumber ekonomi
Kehendak manusia yang terhad
Pengeluaran dilakukan oleh firma
Semua barang melibatkan kos lepas
Pemilihan peenggunaan input buruh atau input modal dalam pengeluaran merujuk kepada masalah asas ekonomi, iaitu
untuk siapa barang dikeluarkan
apa barang hendak dikeluarkan
berapa barang hendak dikeluarkan
bagaimana barang hendak dikeluarkan
Dalam gambar rajah di atas, RS ialah keluk kemungkinan pengeluaran bagi sebuah ekonomi.
Ketidakcekapan penggunaan sumber berlaku pada titik
S
T
Y
Z
Gambar rajah di atas menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran sebuah negara.
Peralihan keluk kemungkinan pengluaran dari MN ke ST disebabkan
penurunan cukai
peningkatan harga input
pertambahan stok modal
peningkatan kadar pengangguran
Gambar rajah di atas menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran (KKP) bagi sebuah ekonomi.
Peralihan KKP1 ke KKP2 disebabkan oleh
penurunan tingkat harga barang Y
peningkatan daya pengeluaran barang Y
peningkatan tingkat pendapatan barang Y
peningkatan anugerah sumber dalam ekonomi
Gambar rajah di atas menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi makanan dan pakaian.
Pergerakkan titik pengeluaran dari R ke S menimbulkan kos lepas
pakaian sebanyak 0X2
pakaian sebanyak X1 X2
makanan sebanyak 0Y1
makanan sebanyak Y2 Y1
Gambar rajah di atas menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran (KKP) bagi sebuah ekonomi.
Peningkatan pengeluaran gandum sebanyak 100 juta tan matrik disebabkan oleh
penurunan tingkat harga gandum
peningkatan tingkat pendapatan isi rumah
peningkatan teknologi pengeluaran bagi gandum
peningkatan sumber pengeluaran dalam ekonomi
Peralihan kombinasi pengeluaran barang X dan barang Y di sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan
apabila menambah pengeluaran barang X maka pengeluaran barang Y perlu dikurangkan
apabila menambah pengeluuaran barang X maka pengeluaran barang Y tidak berubah
kedua-dua pengeluaran barang X dan Y tidak boleh ditambag secara serentak
kedua-dua pengeluaran barang X dan Y boleh ditambah secara serentak
Kecekapan dalam konteks keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan
wujud lebihan sumber ekonomi
tiada pembaziran sumber ekonomi
penghasilan output yang minimum
penggunaan input yang maksimum
