Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TINGKATAN DUA (BAB 9)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Rajah berikut merujuk kepada sistem pentadbiran negeri Kedah, kelantan dan Perlis. Apakah peranan Penghulu?

a)

Ketua agama Islam

b)

Wakil pentadbir bagi jajahan

c)

Penguasa peringkat mukim

d)

Lambang perpaduan penduduk

2.

Semasa menyambut hari keputeraan Sultan, terdapat majlis penganugerahan Pingat Darjah Kebesaran. Mengapakah majlis tersebut diadakan?

a)

Memeriahkan suasana sambutan

b)

Pengiktirafan kepada mereka yang berjasa

c)

Mengeratkan hubungan pemerintah dengan rakyat

d)

Melambangkan kekuasaan Sultan yang memerintah

3.

Maklumat berikut adalah berkenaan sistem perundangan negeri Kedah, Kelantan dan Perlis.

Apakah persamaan bagi kesemua undang- undang tersebut?

a)

Kewajipan membayar zakat

b)

Cara- cara pentadbiran yang baik

c)

Hukuman ke atas kesalahan maksiat

d)

Larangan kepada pemerintah menyerahkan negeri kepada kuasa asing

4.

Apakah kepentingan karya- karya persuratan seperti Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah dan Detik2 Sejarah Kelantan?

a)

Menjadi rujukan penting

b)

Mengukuhkan konsep daulat

c)

Menlambangkan keagungan kerajaan

d)

Mengabsahkan salasilah keturunan pemerintah

5.

Gambar berikut adalah hasil kraf tangan masyarakat Melayu di negeri Kelantan.

Mengapakah hasil seni tersebut wajar dipertahankan?

a)

Menguntungkan masyarakat

b)

Kemegahan masyarakat setempat

c)

Melambangkan identiti masyarakat

d)

Kekayaan seni kraf tangan masyarakat

6.

Mengapakah Adat Pepatih menggalakkan perkahwinan diluar suku?

a)

Menambahkan rezeki keluarga

b)

Mewujudkan hubungan persaudaraan antara suku

c)

mengukuhkan kedudukan suku dalam masyarakat

d)

Mengelakkan keluarga mendapat musibah

7.

Apakah asas penting dalam perlantikan pemimpin dalam sistem Adat Pepatih?

a)

Taat setia

b)

Amalan muafakat

c)

Prinsip demokrasi

d)

Pelantikan pemerintah

8.

Apakah tanggungjawab Anak Buah dalam masyarakat Adat Pepatih?

a)

Memilih ketua luak

b)

Menjadi ketua rujukan dalam hukum adat

c)

Menyelesaikan pertelingkahan dalam suku

d)

menghafal adat dan asal usul kelompok kekeluargaan sendiri

9.

Pilih gelaran pemerintah yang tepat untuk kerajaan- kerajaan berikut.

a)

Kelantan - Sultan

b)

Perlis - Sultan

c)

Kedah - Yang DiPertuan

d)

Negeri Sembilan - Sultan

10.

Bilakah majlis pemasyhuran pengganti Sultan atau Raja dilaksanakan?

a)

Semasa Sultan atau Raja turun dari takhta

b)

Semasa hari keputeraan pengganti Sultan atau Raja

c)

Selepas pemakaman Almarhum Sultan

d)

Sebelum pemakaman Almarhum Sultan atau Raja sebelumnya

11.

Apakah tindakan kerajaan Kedah dalam memantapkan lagi undang- undang Islam dalam negeri tersebut?

a)

Memperkenalkan enakmen zakat

b)

menubuhkan Undang- undang Hukum Maksiat

c)

Membuat larangan perbuatan laga lembu

d)

Memperkenalkan enakmen jenayah Islam

12.

Nyatakan karya yang dihasilkan pada tahun 1914.

a)

Syair Sultan Maulana

b)

Hikayat Seri Kelantan

c)

Hikayat Merong Mahawangsa

d)

Salasilah Atau Tarikh Kerajaan Kedah

13.

Warisan Seni Persembahan merupakan keunikan yang ada pada kerajaan Kedah, Kelantan dan Perlis. Pilih padanan yang tepat tentang seni persembahan mengikut kerajaan.

a)

Kedah - Wayang Kulit

b)

Kelantan - Mek Mulung

c)

Perlis - Penglipurlara Awang Batil

d)

Kedah - Penglipurlara Awang Demam

14.

Tanggungjawab berikut perlu dilaksanakan oleh ........

a)

Buapak

b)

Perut

c)

Orang Semenda

d)

Lembaga

15.

Ibu Soko dikenali dengan beberapa nama mengikut luak. Apakah gelaran untuk Ibu Soko di Luak Tampin?

a)

Ibu Suku

b)

Ibu Waris

c)

Ibu Telapak

d)

Ibu Kedim

16.

Mengapakah anggota suku dianggap sedarah dalam masyarakat Negeri Sembilan?

a)

Mereka adalah saudara kandung

b)

Dari kampung halaman yang sama

c)

Mereka mempunyai pertalian keluarga dari sebelah ibu

d)

Mereka berasal daripada moyang perempuan yang sama sebelah ibu

17.

Jelaskan peranan penting yang dimainkan oleh Ibu Soko.

a)

Mengetahui, memahami dan menghafal adat dan asal keturunan kelompok keluarga yang diwakilinya

b)

Memastikan waris perempuan mendapat harta pusaka moyang perempuan masing- masing

c)

Memilih lelaki yang sesuai untuk menjadi orang semenda

d)

Terlibat pelantikan Undang dalam keluarga yang diwakilinya

18.

Antara berikut, yang manakah syarat pengganti sultan dalam undang- undang Tubuh Kerajaan Kedah dan Kelantan?


I Lelaki

II Warganegara

III Berumur 21 tahun

IV Berketurunan raja

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Antara berikut, kerajaan manakah yang menggunakan gelaran sultan?


I Perlis

II Kedah

III Kelantan

IV Negeri Sembilan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Syair Sultan Maulana dihasilkan pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II yang berkaitan kisah......................

a)

perang tentera Kedah

b)

pengasasan kerajaan Perlis

c)

pengasasan kerajaan Kelantan

d)

maklumat jurai pemerintah Kedah