wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ekonomi

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Ekonomi adalah kajian tentang bagaimana manusia
a)
mengatasi masalah kos lepas
b)
memenuhi kehendak yang terhad
c)
memperuntukkan sumber ekonomi
d)
mengurangkan pembaziran sumber
2.
Mengapakah masalah ekonomi sukar diselesaikan ?
a)
kewujudan jurang pendapatan dalam ekonomi
b)
kewujudan masalah pengangguran dalam ekonomi
c)
manusia sentiasa menginginkan barangan yang lebih banyak
d)
manusia tidak berpuas hati dengan sistem ekonomi yang diamalkan
3.
Kekurangan wujud kerana kehendak manusia tidak terhad manakala sumber ekonomi
a)
terhad
b)
tidak terhad
c)
bersifat boleh diperbaharui
d)
bersifat tidak boleh diperbaharui
4.
Matlamat isi rumah apabila membuat pilihan bagi menyelesaikan masalah kekurangan adalah untuk memaksimumkan
a)
tabungan
b)
kepuasan
c)
keuntungan
d)
kebajikan masyarakat
5.
Seorang pemilik kapal mengupah tiga orang pekerja untuk menangkap ikan di laut dan menjualkan hasil di pasar tempatan. Faktor pengeluaran yang terlibat ialah
a)
usahawan, modal dan buruh
b)
tanah, usahawan dan buruh
c)
modal, usahawan dan tanah
d)
tanah, buruh, modal dan usahawan
6.
Ainul membelanjakan RM2 300 untuk membeli sebuah telefon bimbit yang baharu. Kos lepasnya ialah .....
a)
bil telefon yang perlu dibayar
b)
masa yang digunakan untuk memilih telefon bimbit
c)
komputer riba yang boleh dibeli dengan wang perbelanjaan tersebut
d)
perbelanjaan elektrik yang perlu ditanggung untuk mengecas telefon bimbit
7.
Seorang penganggur telah menerima tawaran kerja di sebuah syarikat swasta. Kos lepas bagi keputusan tersebut adalah
a)
latihan yang perlu dihadiri
b)
masa lapang untuk aktiviti hiburan
c)
perbelanjaan pengangkutan untuk pergi ke tempat kerja
d)
pendapatan yang diperoleh daripada pekerjaan tersebut.
8.
Antara yang berikut, yang manakah mungkin menyebabkan pengurangan penawaran faktor pengeluaran dalam ekonomi?
a)
Peningkatan umur persaraan pekerja.
b)
peningkatan kadar cukai ke atas keuntungan
c)
penurunan kadar faedah untuk pinjaman bank
d)
penggunaan kaedah pengairan baharu untuk sektor pertanian
9.
Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan amalan sistem ekonomi perancangan pusat?
a)
Harga barang ditentukan oleh mekanisme pasaran
b)
individu dan pihak swasta boleh memiliki faktor pengeluaran
c)
Pengeluar bersaing secara bebas untuk memaksimumkan keuntungan
d)
kerajaan membuat keputusan tentang peruntukan sumber dalam ekonomi
10.
Apakah kelebihan sistem ekonomi pasaran bebas dalam penentuan harga barang?
a)
Harga barang adalah tetap
b)
harga barang aadalah dikawal
c)
harga barang adalah minimum
d)
harga barang mengikut kuasa permintaan dan penawaran
11.

1. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan

permintaan berkesan ?

a)

Wan Ain mempunyai RM20 dan ingin membeli sebuah buku yang berharga RM15

b)

Anita mempunyai RM10 dan ingin membeli sebuah beg yang

berharga RM15

c)

Amsyar tidak mempunyai wang dan ingin membeli sebatang pen yang berharga RM3

d)

Encik Aqil mempunyai RM50 dan tidak ingin membeli jam tangan yang berharga RM30

12.

Antara yang berikut,yang manakah benar tentang Hukum permintaan ?

a)

Apabila harga naik,maka kuantiti diminta berkurang

b)

Apabila harga naik,maka kuantiti diminta bertambah

c)

Apabila harga jatuh,maka kuantiti diminta berkurang

d)

Apabila harga jatuh,maka kuantiti diminta kekal

13.

Maklumat di atas berkaitan dengan dua barang.


Antara yang berikut, yang manakah mungkin merupakan barang S dan barang T ?


a)

Telefon pintar dan alat pengecas

b)

Gula dan beras

c)

Kopi dan teh

d)

Komputert peribadi dan kereta

14.

Rajah di atas menunjukkan pergerakan Y ke X di sepanjang keluk permintaan (DD).


Pergerakan dari Y ke X berlaku disebabkan


a)

kejatuhan harga barang itu

b)

kenaikan harga barang itu

c)

kenaikan harga barang penggenap

d)

kejatuhan harga barang penggenap

15.

Maklumat di atas menunjukkan suatu perubahan penentu

permintaan.

Kesan perubahan penentu permintaan di atas boleh dilihat dalam keluk ...

a)
b)
c)
d)
16.

Peralihan keluk permintaan ke kanan disebabkan oleh

a)

harga barang pada masa depan dijangka turun

b)

harga barang itu sendiri jatuh

c)

harga barang pengganti jatuh

d)

harga barang penggenap jatuh

17.

Pernyataan manakah benar tentang hukum penawaran ?

a)

Keluk penawaran mencerun ke bawah dari kiri ke kanan

b)

Kuantiti sesuatu barang dan perkhidmatan

yang ingin dikeluarkan oleh firma pada satu tingkat harga tertentu dan dalam tempoh masa tertentu

c)

Kuantiti sesuatu barang dan perkhdmatan yang

sanggup dikeluarkan oleh firrma pada satu tingkat harga tertentu dan dalam tempoh masa tertentu

d)

Kuantiti sesuatu barang dan perkhidmatan yang sanggup dikeluarkan oleh isi rumah pada satu tingkat harga tertentu dan

dalam tempoh masa tertentu

18.

Antara yang berikut,yang manakah akan menyebabkan

peningkatan dalam penawaran penghawa dingin ?

a)

Peningkatan kos upah buruh

b)

Penurunan cukai pendapatan perseorangan

c)

Peningkatan pendapatan individu

d)

Kemajuan dalam penyelidikan dan pembangunan

19.

Rajah di atas menunjukkan keluk penawaran bagi Firma A, B dan C bagi suatu barang.

Sekiranya jumlah penawaran pasaran pada tingkat harga RM30 ialah 82 unit, berapakah nilai X?

a)

30 unit

b)

32 unit

c)

64

d)

100

20.

Pernyataan di sebelah berkaitan dengan suatu kejadian dalam ekonomi.


Apakah kesan kejadian tersebut?

a)

Lebihan permintaaan, harga cenderung untuk naik

b)

Lebihan permintaaan,harga cenderung untuk jatuh

c)

Lebihan penawaran, harga cenderung untuk naik

d)

Lebihan penawaran, harga cenderung untuk jatuh