NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu - Kata Prafrasa
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Perjalanan mereka ke Nepal tertangguh kerana ____________ mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa negara tersebut.
belum
masih
akan
telah
Usaha dan doa merupakan dua kombinasi yang __________dibudayakan oleh sesesorang untuk berjaya dalam kehidupan.
cuma
mesti
masih
cuba
Ikmal duduk di________________ibu dan ayahnya ketika menonton siaran langsung perlawanan akhir bola sepak.
sisi
luar
atas
antara
______________jenis juadah disediakan kepada tetamu pada majlis Rumah Terbuka Malaysia bersempena Hari Raya Aidilfitri.
Berbagai
Pelbagai
Semua
Sepuluh
Pengalamannya yang bertambah dari setahun ke setahun menyebabkan dia semakin berkeyakinan dalam menjalankan tugas sebagai editor.
dari tahun ke setahun
daripada tahun ke tahun
daripada setahun ke setahun
dari setahun ke setahun
Rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi untuk keamanan dan kemakmuran negara yang tercinta.
untuk aman dan makmur
demi untuk aman dan makmur
demi keamanan dan kemakmuran
demi untuk keamanan dan kemakmuran
Pilih jawapan yang betul
I Pemain itu pantas sekali berlari apabila mendapatkan bola.
II Ayah telah memerhatikan gerak- geri pemuda itu dari semalam.
III Mereka berbincang di antara adik-beradik mereka sahaja.
IV Rumah pusaka peninggalan arwah nenek itu tidak untuk ayah tetapi untuk adiknya.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I,II dan III sahaja
II,III dan IV sahaja
Keadaan di pasar raya itu ________sesak dengan ibu bapa yang datang untuk membeli barang kelengkapan sekolah anak-anak.
benar
betul
paling
sungguh
Mereka ________membersihkan kawasan taman permainan itu pada pagi tadi.
belum
masih
akan
telah
" Dia________mengingatkan saya supaya membawa novel itu tetapi saya terlupa,"kata Arina kepada Najlah.
sudah
belum
hendak
mungkin
