wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perniagaan BAB 1 T4

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan?

a)

menjadikan usahawan terkenal

b)

melambangkan imej perniagaan

c)

melancong ke seluruh dunia

d)

memiliki kereta mewah

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan 'Berhad' (bhd.) pada nama sesetengah perniagaan?

a)

Bilangan ahli tidak melebihi 50 orang

b)

Tidak dibenarkan membuka cawangan

c)

Modal dibenar sehingga RM5 juta sahaja

d)

Liabiliti terhad setakat modal yang dilaburkan

3.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis perniagaan.

i) Peniaga dibenarkan mengguna jenama produk pemilik asal.

ii) Mengendalikan perniagaan mengikut sistem yang ditetapkan.

iii) Membuat bayaran dalam bentuk fi.

Apakah bentuk perniagaan tersebut?

a)

Milikan Tunggal

b)

Perkongsian

c)

Usaha sama

d)

Francais

4.

Apakah kekurangan perniagaan bersaiz besar?

a)

Komunikasi kurang berkesan

b)

Sukar menyediakan latihan

c)

Kurang daya saing

d)

Kekurangan Modal

5.

Pernyataan di bawah menunjukkan suatu sektor perniagaan.

X

i) mengekstrak sumber semula jadi

ii) mengeluarkan bahan mentah untuk kegunaan sektor kedua

Apakah X?

a)

Sektor asli

b)

Sektor Utama

c)

Sektor Kedua

d)

Sektor Ketiga

6.

Gambar berikut menunjukkan satu organisasi bukan bermotifkan untung.


Pernyataan manakah benar tentang tujuan organisasi tersebut?

a)

mengeluarkan hasil keluaran yang berkualiti

b)

memuaskan kehendak dan keperluan pengguna

c)

menyediakan barangan dan perkhidmatan

d)

memasarkan produk kepada pengguna

7.

Antara berikut manakah ciri milikan tunggal?

I Liabiliti terhad

II Perniagaan berterusan

III Bebas membuat keputusan

IV Perlu didaftarkan dengan SSM

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Gambar berikut berkaitan dengan sejenis bentuk pemilikan perniagaan.


Manakah ciri yang benar bagi bentuk pemilikan tersebut?

a)

Pemegang syer ialah 2 orang dan maksimum 50 orang

b)

Pemilik syer boleh menjual syer secara bebas

c)

Penyata kewangan perlu dirahsiakan

d)

Penubuhan lebih mudah dan murah

9.

Maklumat berikut berkaitan ciri sejenis bentuk pemilikan perniagaan.

*Sekurang-kurangnya 50 orang anggota

*Aktiviti tidak berunsurkan politik

*Mempunyai perkataan "berhad" di belakang


Apakah bentuk pemilikan tersebut?

a)

Koperasi

b)

Perkongsian

c)

Syarikat Awam Berhad

d)

Syarikat Sendirian Berhad

10.

Pernyataan yang manakah benar tentang kelebihan perniagaan francais kepada francaisor?

a)

Risiko kerugian dapat diminimumkan

b)

Menikmati ekonomi bidangan

c)

Pengalaman tidak diperlukan

d)

Mendapat latihan dan tunjuk ajar

11.

Klasifikasi perniagaan yang manakah menunjukkan skala sederhana dalam sektor perkilangan?

a)

Jualan tahunan RM 300 000 hingga kurang RM 15 juta

b)

Jualan tahunan antara RM 3 juta hingga kurang RM 20 juta

c)

Bilangan pekerja tetap antara 30 orang hingga kurang 75 orang

d)

Bilangan pekerja tetap antara 75 orang hingga kurang 200 orang

12.

Situasi manakah benar tentang sektor kedua(sekunder)?

a)

Ahmad mengusahakan penternakan ayam kampung

b)

Latif bekerja sebagai pemandu pelancong

c)

Badrul terlibat dalam pemprosesan kayu balak

d)

Haliza bertugas sebagai sukarelawan di Palestin

13.

Pernyataan manakah menerangkan kelebihan perniagaan bersaiz kecil?

a)

Menikmati ekonomi bidangan

b)

Melibatkan pengkhususan kerja

c)

Memupuk semangat kerja dalam pasukan

d)

Menyelesaikan masalah pelanggan dengan cepat

14.

Apakah kaedah yang digunakan untuk melaksanakan dasar pembelian subsidi kerajaan?

a)

Jualan pada harga kos

b)

Jualan secara percuma

c)

Jualan pada harga di atas kos

d)

Jualan pada harga di bawah kos

15.

Apakah prinsip koperasi?

a)

Kebebasan autonomi

b)

Jumlah anggota yang terhad

c)

Pulangan dalam bentuk faedah

d)

Kawalan autokratik

16.

Apakah tujuan utama sesuatu perniagaan itu wujud dalam masyarakat?

a)

Penawaran barang dan perkhidmatan

b)

Mewujudkan peluang pekerjaan

c)

Menambahkan pendapatan negara

d)

Membantu masyarakat setempat

17.

Perniagaan manakah yang merupakan milikan tunggal?

a)

Kedai Runcit Chan

b)

Restoran Syed dan Sharifah

c)

Koperasi Kg Bunga Berhad

d)

Syarikat Tikar Terbang Sendirian Berhad

18.

Antara berikut, yang manakah benar tentang tujuan perniagaan?

a)

Mewujudkan peluang pekerjaan

b)

Meningkatkan pendapatan negara

c)

Menawarkan barang dan perkhidmatan

d)

Membantu masyarakat setempat

19.

Apakah kelebihan perniagaan perkongsian berbanding dengan perniagaan milikan tunggal?

a)

Mudah membuat keputusan

b)

Perniagaan berterusan

c)

Berkongsi kepakaran

d)

Tanggungan terhad

20.

Mengapakah perniagaan bersaiz sederhana lebih fleksibel berbanding dengan perniagaan besar?

a)

Risiko perniagaan adalah lebih rendah

b)

Perubahan dibuat dengan lebih cepat

c)

Proses membuat keputusan lebih mudah

d)

Layanan peribadi dapat menarik ramai pelanggan