Font size
WorksheetsSains Tahun 2: Terang dan Gelap
Total questions: 17
Worksheet time: 10mins
Berikut adalah sumber cahaya kecuali ___
unggun api
lampu jalan
matahari
kunang-kunang
Saya adalah sumber cahaya yang paling penting di waktu siang. Cahaya yang saya hasilkan adalah percuma dan tidak perlu dibeli.
Saya ialah_____
lampu
matahari
api
Aktiviti mudah dilakukan dalam keadaan _____
terang
gelap
Cahaya penting kepada manusia kerana ____
aktiviti mudah dilakukan dengan kehadiran cahaya
objek boleh dilihat dengan jelas
membuatkan tubuh merasa panas
Apakah bayang - bayang ?
kawasan gelap yang terhasil kerana cahaya dihalang oleh objek
kawasan yang terang
kawasan gelap yang tiada lampu
Bayang -bayang terhasil apabila _____
objek dihalang oleh cahaya
cahaya dihalang oleh objek
Plastik jernih mampu menghalang semua cahaya daripada melaluinya
betul
salah
Kertas surih mampu menghalang sebahagian cahaya daripada menembusinya
betul
salah
Kertas tebal menghalang kesemua cahaya daripada menembusinya
betul
salah
Objek yang manakah menghasilkan bayang-bayang paling jelas?
botol kaca
plastik
sudu besi
Dalam permainan wayang kulit, bayang-bayang watak adalah ______ bentuk dengan objek.
sama
tidak sama
Sumber cahaya _________ apabila melakukan aktiviti di dalam gelap.
tidak diperlukan
diperlukan
Kejelasan bayang - bayang bergantung kepada _________ yang digunakan.
sumber cahaya
objek
Tanglung dan bunga api akan lebih menarik dalam keadaan ___________________
terang
gelap
Kita mudah tidur dalam keadaan __________
terang
gelap
Apabila mentol dinyalakan....
bayang-bayang tidak terhasil
cahaya dihalang oleh bola
bayang-bayang terhasil
Apabila mentol dinyalakan ...
bayang-bayang tidak terhasil
mentol menghalang cahaya
bayang-bayang terhasil
