Font size
WorksheetsKuiz Teknologi
Total questions: 22
Worksheet time: 11mins
Rajah menunjukkan beberapa struktur binaan.
Kelaskan struktur-struktur ini kepada kategori struktur binaan yang stabil.
Tiang bendera, motor, kon aiskrim, bola, silinder penyukat dan pensel.
Kon, dadu, khemah, kereta, piramid dan bikar.
Rajah menunjukkan tiga buah kerusi yang sama tinggi.
Nyatakan tujuan eksperimen ini.
Untuk menyiasat hubungan di antara luas tapak kerusi dengan kestabilan kerusi.
Untuk menyiasat hubungan di antara ketinggian kerusi dengan kestabilan kerusi.
Untuk menyiasat hubungan di antara luas tapak dengan kestabilan.
Untuk menyiasat hubungan di antara ketinggian dan kestabilan.
Meja yang manakah kurang stabil?
Meja X
Meja Y
Meja Z
Berikan inferens (alasan) bagi pilihan jawapan kamu tentang meja mana yang kurang stabil?
Ini kerana luas tapak meja adalah besar
Ini kerana luas tapak meja adalah kecil.
Ini kerana luas tapak meja adalah sederhana.
Jelaskan hubungan(hipotesis) di antara luas tapak dan kestabilan sesuatu objek.
Semakin bertambah luas tapak objek, semakin bertambah kestabilan objek.
Semakin berkurang luas tapak objek, semakin berkurang kestabilan objek.
Semakin bertambah luas tapak objek, semakin berkurang kestabilan objek.
Semakin berkurang luas tapak objek, semakin bertambah kestabilan objek.
Tiga bongkah kayu J, K dan L disusun dan dipasang pada papan engsel. Kemudian papan itu dicondongkan secara perlahan-lahan sehingga 45 darjah.
Bongkah kayu manakah yang akan tumbang dahulu?
Bongkah kayu J
Bongkah kayu K
Bongkah kayu L
Bongkah kayu manakah yang akan tumbang paling akhir?
Bongkah K
Bongkah J
Bongkah J
Apakah pembolehubah dimanipulasi (perkara yang diubah-ubah) berdasarkan eksperimen ini?
Luas tapak
Ketinggian objek
Kestabilan objek
Apakah pembolehubah dimalarkan (tidak berubah atau sama)?
Kestabilan objek
Ketinggian objek
Luas tapak objek
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada eksperimen ini?
Semakin bertambah ketinggian objek semakin berkurang kestabilan objek.
Semakin bertambah ketinggian objek semakin bertambah kestabilan objek.
Semakin bertambah ketinggian semakin berkurang kestabilan.
Semakin bertambah ketinggian semakin bertambah kestabilan.
Rajah menunjukkan dua cawan, K dan L yang diperbuat daripada bahan yang berlainan. Sebiji bata diletakkan di atas setiap cawan tersebut.
Cawan manakah yang akan mula-mula menjadi leper?
Cawan K
Cawan L
Cawan manakah yang lebih kuat?
Cawan K
Cawan L
Apakah faktor yang mempengaruhi kekuatan cawan-cawan itu?
luas tapak
rendahnya pusat graviti
jenis bahan yang membuatnya
bentuk bahan
Namakan satu bahan lain yang boleh digunakan untuk menggantikan cawan L.
Gunakan cawan plastik
Gunakan cawan besi
Sekumpulan murid menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kekuatan suatu binaan. Mereka membina 2 struktur model X dan Y. Kemudian mereka meletakkan duit syiling 20 sen pada struktur tersebut seperti yang ditunjukkan pada rajah. Akhirnya mereka mengira bilangan syiling yang boleh ditampung oleh model tersebut sebelum runtuh.
Struktur manakah paling lemah?
Struktur X
Struktur Y
Dalam eksperimen ini, apakah pembolehubah dimanipulasi?
Luas tapak
Ketinggian objek
Bentuk struktur
Bilangan duit syiling yang mampu ditampung
Apakah bentuk struktur UTAMA yang membentuk bangunan ini?
Hemisfera
Sfera
Silinder
Kuboid
Apakah maksud struktur yang stabil?
Struktur yang goyah
Struktur yang mudah terbalik
struktur yang tidak mudah tumbang atau jatuh apabila daya bertindak ke atasnya.
Struktur yang mudah jatuh
Nyatakan faktor yang mempengaruhi kestabilan? Pilih 2 yang tepat..
Ketinggian
Luas tapak
Isipadu objek
Jisim objek
Semakin (a) struktur, semakin kurang stabil struktur itu.
Apakah dua faktor yang mempengaruhi kestabilan objek?
Ketinggian dan bentuk struktur
Ketinggian dan jenis bahan
Ketinggian dan luas permukaan
Luas permukaan dan jenis bahan
Mengapakah kereta lumba kekal stabil walaupun dipandu dengan laju?
Mempunyai warna yang menarik
Mempunyai empat tayar
Mempunyai luas tapak yang besar
Mempunyai ketinggian yang sederhana
