NEW
Font size
WorksheetsSAINS SPM M5
Total questions: 20
Worksheet time: 9mins
Apakah kumpulan mikroorganisma ini?
Alga
Virus
Bakteria
Kulat
Keadaan manakah merencat pertumbuhan mikroorganisma?
Suhu persekitaran 37oC
Keadaan yang gelap
Keadaan yang lembap
Keadaan yang sangat berasid
Kaedah manakah memusnahkan bakteria dan sporanya?
Bekukan pada 0oC
Sejukkan pada suhu -4oC
Autoklaf pada 121oC
Didihkan pada 100oC
Kekurangan kelas makanan manakah menyebabkan penyakit skurvi?
Lemak
Protein
Vitamin
Karbohidrat
Klorosis
Pertumbuhan terbantut
Kesan di atas adalah kekurangan sejenis nutrien dalam tumbuhan. Apakah nutrien tersebut?
Kuprum
Nitrogen
Kalium
Fosforus
Yang manakah benar?
P ialah penitritan
P ialah pendenitritan
Q ialah penitratan
Q ialah penguraian
Apakah yang akan berlaku kepada populasi belalang jika helang diburu oleh pemburu?
Berkurang
Bertambah
Tidak berubah
Makanan manakah kaya dengan lemak tak tepu?
Marjerin
Minyak jagung
Daging Merah
Minyak sapi
Bahagian manakah menghasilkan minyak paling banyak?
Sabut
Tempurung
Isirung
Sebuah kereta bergerak sejauh 10 meter dalam masa 2 saat. Berapakah halajunya?
5 ms-1
8 ms-1
12 ms-1
20 ms-1
Hubungan antara jisim dengan momentum.
Semakin besar jisim, semakin besar momentum
Semakin kecil jisim, semakin besar momentum
Semakin besar jisim, semakin kecil momentum
Apakah bahan api yang digunakan di dalam roket?
Cecair hidrogen dan cecair oksigen
Cecair hidrogen sahaja
Cecair oksigen sahaja
Petrol dan diesel
Bahan kimia manakah yang digunakan untuk membaurkan makanan yang mengandungi lemak dan air?
Penstabil
Pengemulsi
Bahan awet
Pengantioksida
PVC ialah polimer bagi suatu monomer tertentu. Apakah monomer tersebut?
Poliklorida
Vinil klorida
Polivinil klorida
Sodium klorida
Antara berikut yang manakah sifat plastik termoset?
Boleh diacu sekali sahaja
Tidak tahan haba
Boleh mengalirkan haba dengan baik
Tidak kalis air
Yang manakah benar mengenai amplitud suatu gelombang?
Halaju maksimum zarah
Pecutan maksimum zarah
Sesaran maksimum bagi zarah dari puncak ke puncak
Sesaran maksimum bagi zarah dari kedudukan seimbang
Apakah nama komponen elektrik yang diwakili simbol ini?
Transistor
Induktor
Kapasitor
Diod
Seorang pelajar ingin mengkaji kesan suhu terhadap pertumbuhan bakteria.
Apakah pemboleh ubah dimanipulasikan?
Suhu
pH
Pertumbuhan bakteria
Jenis tabung uji
Bahagian manakah mengawal tindakan terkawal?
Serebrum
Serebelum
Medula oblongata
Saraf tunjang
Cahaya warna merah ditambah dengan cahaya hijau akan menghasilkan cahaya berwarna...
Kuning
Magenta
Sian
Putih
