wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 2 PASARAN

Total questions: 12

Worksheet time: 26mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, manakah menunjukkan ciri-ciri keluk permintaan?

I Mempunyai kecerunan negatif

II Mencerun ke atas dari kiri ke kanan

III Hubungan langsung antara harga dan kuantiti di tawarkan

IV Semakin rendah harga sesuatu barang maka semakin tinggi kuantiti diminta

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

2.

Jadual diatas menunjukkan kuantiti diminta pen marker oleh Zana dan Dina pada pelbagai tingkat harga.Berapakah jumlah permintaan pasaran bagi tingkat harga RM2.00?

a)

1 UNIT

b)

5 UNIT

c)

9 UNIT

d)

13 UNIT

3.

Apakah faktor yang menyebabkan pertambahan permintaan bagi televisyen?

a)

Cukai pendapatan individu dinaikkan

b)

Harga pemain cakera padat meningkat

c)

Cukai untuk televisyen import meningkat

d)

Yuran langganan perkhidmatan ASTRO menurun

4.

Jadual diatas adalah menunjukkan penawaran kasut oleh sesuatu firma.Apakah bentuk keluk penawaran kasut tersebut?

a)

Mencerun ke atas dari kiri ke kanan

b)

Mencerun ke bawah dari kiri ke kanan

c)

Mencerun ke bawah dari kanan ke kiri

d)

Mencerun k atas dari kanan ke kiri

5.

Gambar rajah diatas adalah menunjukkan penawaran bagi ikan kembung oleh empat buah firma iaitu firma A , B , C dan D .Pada tingkat harga RM4 sekilogram, berapakah kuantiti penawaran pasaran?

a)

20 kg

b)

60 kg

c)

80 kg

d)

30 kg

6.

Gambar rajah di atas menunjukkan keseimbangan pasaran telefon bimbit.Apakah yang berlaku apabila harga menurun daripada RM 1000 sebuah kepada RM 800 sebuah?

a)

Kuantiti penawaran jatuh, kuantiti permintaan jatuh

b)

Kuantiti permintaan tetap, kuantiti penawaran jatuh

c)

Kuantiti permintaan tetap, kuantiti penawaran tetap

d)

Kuantiti permintaan meningkat, kuantiti penawaran jatuh

7.

Pemberian subsidi kerajaan kepada pengeluar akan mempengaruhi pengeluaran firma dan pembelian pengguna. Apakah kesan subsidi kepada pengeluar dan pengguna sekiranya keluk permintaan adalah anjal?

a)

Subsidi yang dinikmati oleh pengeluar adalah lebih besar daripada subsidi pembeli

b)

Subsidi yang dinikmati oleh pengeluar adalah lebih kecil daripada subsidi pembeli

c)

Subsidi yang ditanggung oleh pembeli dan pengeluar adalah sama

d)

Pembeli sahaja yang mendapat subsidi tetapi pengeluar tidak menikmati subsidi

8.

Hitung nilai keanjalan bagi beras apabila harga beras meningkat daripada RM 5 ke RM 6 dan kuantiti diminta turun daripada 20 kg kepada 18 kg. Berapakah keanjalan permintaan beras?

a)

0.1

b)

0.2

c)

0.5

d)

2.0

9.

Keanjalan penawaran barang kilang adalah lebih tinggi berbanding keanjalan penawaran barang pertanian. Mengapakah berlaku demikian?

a)

Pengeluaran barang kilang dapat ditingkatkan dengan mudah manakala barang pertanian pengeluaran tidak dapat ditambah serta merta

b)

Penawaran barang kilang adalah memerlukan buruh yang ramai manakala pertanian memerlukan buruh yang sedikit

c)

Masyarakat lebih menggemari barang kilang berbanding barang pertanian

d)

Barang perkilangan menunjukkan prestij manakala barang pertanian bersifat kuno

10.

pilih pernyataan yang benar

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

11.

Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan dan keluk penawaran suatu barang.


Terangkan proses penentuan keseimbangan pasaran.

(6 markah)

4 lines
12.

Maklumat di bawah menunjukkan dua situasi yang berkaitan dengan permintaan


situasi 1 =Berlaku penguncupan atau pengembangan permintaan


Situasi 2=Berlaku pengurangan atau pertambahan permintaan


bezakan situasi 1 dan situasi 2

4 lines