wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengurusan perbelanjaan secara beretika

Total questions: 10

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Perbelanjaan perlu diuruskan secara beretika bagi menjamin kewangan yang tidak stabil.

a)

Betul

b)

Salah

2.

Antara cara pengurusan perbelanjaan secara beretika adalah menentukan kedudukan kewangan yang dimiliki seperti memastikan jumlah wang yang dimiliki. Apakah kepentingan memastikan jumlah wang yang dimiliki?

a)

Untuk membeli semua barang kehendak yang ingin dibeli

b)

Supaya dapat membeli barangan yang berjenama

c)

Supaya mampu mengawal perbelanjaan diri

d)

Supaya tidak terlepas membeli semua batangan yang mempunyai harga promosi

3.

Antara yang berikut merupakan cara pengurusan perbelanjaan secara beretika kecuali

a)

Mengenal pasti dan membuat anggaran perbelanjaan.

b)

Mendisiplinkan ketika berbelanja

c)

Menggunakan kad kredit untuk membeli barang kehendak

d)

Mendokumentasikan perbelanjaan

4.

Antara yang berikut yang manakah kepentingan mendokumentasikan perbelanjaan?

a)

Mendapatkan khidmat nasihat sebelum membeli sesuatu barangan.

b)

Merancang semula perbelanjaan bagi mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan.

c)

Berusaha mencari alternative lain jika terpaksa membeli barangan mahal.

5.

Antara yang berikut yang manakah bukan kepentingan pengurusan perbelanjaan secara beretika?

a)

Menjadi orang berada yang mempunyai kuasa beli yang tinggi seterusnya mampu membeli apa sahaja barangan yang dikehendaki.

b)

Mengurangkan bebanan hutang

c)

Mengelakkan pembaziran

d)

Menjamin masa hadapan

6.

Pengurusan perbelanjaan secara beretika dikatakan mampu mengelakkan pembaziran kerana?

a)

Pengguna mampu membeli barang kehendak bila-bila masa sahaja.

b)

Pengguna boleh menggunakan kad kredit dengan bebas

c)

Membeli mengikut perancangan

d)

Membebaskan diri daripada bebanan hutang yang banyak.

7.

Pengurusan perbelanjaan secara beretika mampu membantu untuk membuat anggaran yang lebih baik bagi perbelanjaan akan datang.Apakah kesan positifnya?

a)

Tidak ketinggalan untuk membeli barangan murah yang dikehendaki pada masa akan datang.

b)

Mengelakkan pembaziran.

c)

Hutang dapat diselesaikan dengan segera.

8.

Yang berikut merupakan kesan pengurusan perbelanjaan tidak beretika terhadap diri kecuali?

a)

Menghadapi masalah kewangan.

b)

Bebanan hutang yang tidak sepatutnya.

c)

Muflis dan tekanan perasaan.

d)

Menjejaskan perbelanjaan lain.

9.

Kesan pengurusan perbelanjaan tidak beretika akan mendatangkan manfaat kepada

a)

Diri

b)

Keluarga

c)

Peniaga

d)

Negara

10.

Yang manakah bukan kesan pengurusan perbelanjaan tidak beretika terhadap masyarakat.

a)

Meningkatkan inflasi

b)

Peningkatan pemiutang yang tidak berlesen.

c)

Meningkatkan kuasa beli yang tidak sewajarnya.

d)

Melahirkan persaingan yang tidak sihat dalam berbelanja.