wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa Tingkatan 2

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

"Bilakah __________akan berangkat ke Indonesia?" tanya Hamdan kepada Raju

a)

dia

b)

kami

c)

kamu

d)

dikau

2.

Apabila Zakiah sampai, ibu terus ________________air untuk membuat minuman.

a)

menanak

b)

menjerang

c)

mengukus

d)

merebus

3.

Kerusi itu dibuat _______________ rotan.

a)

dari

b)

daripada

c)

oleh

d)

dengan

4.

Betulkan frasa yang bergaris bagi ayat berikut :


Tiap warganegara Malaysia perlu menguasai bahasa kebangsaan.

a)

Tiap-tiap warganegara-warganegara

b)

Tiap-tiap warganegara

c)

Setiap orang warganegara

d)

Tiap warganegara

5.

Dia terkejut bila memperdengarkan berita itu.

a)

mendengar berita itu

b)

bila mendengar berita itu

c)

apabila mendengar berita itu

d)

bila memperdengarkan berita itu

6.

Apakah maksud peribahasa "baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang"?

a)

orang miskin yang mendapat pertolongan

b)

berbuat baik semasa hidup untuk diri sendiri

c)

orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan juga

d)

merendah diri lebih baik daripada bersikap sombong

7.

Apakah maksud peribahasa "kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau"?

a)

orang yang berketurunan baik, ke mana-mana dia pergi akan baik juga jadinya

b)

merendah diri lebih baik daripada bersikap sombong

c)

orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan juga

d)

orang miskin yang mendapat pertolongan

8.

Kita mestilah mempunyai keazaman yang _______untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan

a)

besar

b)

panjang

c)

tinggi

d)

kuat

9.

Siti sentiasa bersikap________ketika berbelanja dan tidak membeli barangan yang tidak diperlukannya.

a)

rasional

b)

logik

c)

baik

d)

amanah

10.

Pihak ________yang menganjurkan kempen Antimerokok di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri setia minggu hadapan?

a)

apakah

b)

manakah

c)

siapakah

d)

bilakah

11.

Cikgu Sundari menyatakan________keputusan ujian pertengahan tahun sudah keluar.

a)

yang

b)

bahawa

c)

semasa

d)

kemudian

12.

Tok Aki menjirat jalanya yang koyak itu___________berbual-bual dengan Nek Tipah

a)

lalu

b)

serta

c)

dan

d)

sambil

13.

Kita perlulah makan makanan yang ______________ supaya tubuh kita dapat berfungsi dengan normal.

a)

segar

b)

masak

c)

berkhasiat

d)

secukup rasa

14.

Pilih jawapan yang betul di bawah.

a)

Tepak sirih itu adalah untuk majlis perkahwinan Kakak Huda esok.

b)

Tepak sirih itu ialah untuk majlis perkahwinan Kakak Huda esok.

15.

Pilih jawapan yang betul di bawah.

a)

Adik menangis sambil memberitahu ibu bahawa dia bukan bersalah dalam kejadian cermin tingkap rumah jiran pecah.

b)

Adik menangis sambil memberitahu ibu bahawa dia tidak bersalah dalam kejadian cermin tingkap rumah jiran pecah.