Font size
WorksheetsKuiz Peribahasa Bahasa Melayu
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Pada awalnya pasangan kembar itu bergaduh tetapi akhirnya mereka berbaik-baik semula.
bagaimana tepuk, begitulah tarinya
air yang dicencang tidak akan putus
seperti ikan pulang ke lubuk
Perangai anak itu kasar seperti perangai bapanya juga. Tepatlah kata peribahasa...
biduk lalu kiambang bertaut
bagaimana acuan begitulah kuihnya
seperti gagak pulang benua
bagai kucing dengan anjing
Walaupun Fatah dan Fatihin adik beradik kembar tetapi kedua-duanya mempunyai minat dan perwatakan yang sangat berbeza.
rambut sama hitam, hati lain-lain
seperti kacang lupakan kulit
seperti anjing dengan kucing
bagai pinang dibelah dua
Pasangan pengantin yang sedang bersanding itu kelihatan seperti ......... kerana kedua-duanya sama cantik dan sama padan.
langit dengan bumi
kacang lupakan kulit
pinang dibelah dua
bunga kembang pagi
Peraturan sekolah yang menetapkan para pelajar supaya datang awal ke sekolah tepat pada masanya bertujuan untuk melatih pelajar dalam aspek pengurusan masa. Bak peribahasa....
masa itu emas
alah bisa tegal biasa
usaha tangga kejayaan
disiplin asas kejayaan
Berikan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa musuh dalam selimut
talam dua muka
api dalam sekam
serampang dua mata
Bukit sama didaki, ___________________ lengkapkan peribahasa tersebut.
lurah sama dinaiki
lurah sama direnangi
lurah sama dituruni
Setelah menempa kejayaan, para pelajar janganlah menjadi ____________ kerana kejayaan itu tidak akan tercapai tanpa jasa dan sumbangan guru.
bagai aur dengan tebing
usaha tangga kejayaan
seperti kacang lupakan kulit
Para pendidik dan murid haruslah menjalinkan hubungan yang erat dan bekerjasama ____________ agar matlamat yang diingini akan menjadi realiti.
bagai aur ditepi tebing
bagai aur dengan tebing
bagai aur dengan rumpun
Kalau tak dipecahkan ruyung, _________________ . Lengkapkan peribahasa berikut.
manakan dapat sagunya.
masakan dapat hasilnya
manakah dapat berasnya
sagunya akan keluar juga
____________________, jangan berumah di tepi pantai. Lengkapkan peribahasa tersebut.
Kalau kail panjang sejengkal.
Kalau takut dilambung ombak.
Kalau takut ombak bergelombang
____________________, lautan dalam jangan di duga. Lengkapkan peribahasa tersebut.
Kalau kail panjang sejengkal
Kalau kail tidak lurus
Kalau kail lupa dibawa
Komitmen kerajaan Malaysia dalam usaha melatih atlet berpotensi diperingkat antarabangsa sangat dihargai. Jika dahulu orang mengatakan bahawa usaha ini hanya mimpi, namun kini bakal menjadi realiti.
bagai aur dengan tebing
usaha tangga kejayaan
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Pegawai itu telah melakukan kesalahan pecah amanah dan melesapkan wang pelanggan. Beliau akan didakwa di mahkamah.
harapkan sokong, sokong membawa rebah
rambang mata
usaha membawa kejayaan
buat jahat jangan sesekali
Farabi dan Aina telah dinasihati oleh gurunya agar berbaik-baik semula dan melupakan segala persengketaan yang wujud antara mereka.
Seperti cacing kepanasan
buang yang keruh, ambil yang jernih
buang yang jernih ambil yang keruh
Hawa tidak senang duduk dan berasa resah di dalam kelasnya, terutama selepas dia dipanggil oleh gurunya masuk ke bilik pengetua.
Seperti anjing dengan bayang-bayang
Seperti kera mendapat bunga
Seperti cacing kepanasan
Sebagai ibu bapa, kita hendaklah mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni sejak mereka masih kecil.
bagai menatang minyak yang penuh.
melentur buluh biarlah dari rebungnya
bapa borek anak rintik
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam amalan ___________ kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang dan hukum agama.
makan suap
tangan panjang
keras kepala
makan angin
Walaupun pemuda itu sudah biasa melalui jalan tersebut, namun _________________ kerana pada suatu hari dia terbabas lalu terlanggar pembahagi jalan.
malang tidak berbau
sudah terhantuk baru terngadah
alah bisa tegal biasa
Namakan satu peribahasa lain yang membawa maksud yang sama dengan peribahasa tersebut ;
Alang-alang mandi biar basah
alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.... peribahasa yang sama maksud ialah _____________
belum duduk, sudah berlunjur
besar kuali, besarlah keraknya
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
Cikgu Batrisyia mendidik dan menjaga anak-anak didiknya dengan penuh kasih sayang supaya anak-anaknya berasa bahagia dan gembira.
bagai pinang dibelah dua
bagai aur dengan tebing
bagai menatang minyak yang penuh
bagai menatang air di dulang
Lagu-lagu lama yang bertemakan hari raya masih segar dan diminati sehingga hari ini.
tak lekang dek panas, tak basah dek hujan.
tak luput ditelan zaman
tiada yang lama, tiada yang baharu
Sebagai seorang pelajar yang sedang menuntut di luar negara, Adlina sentiasa mematuhi peraturan dan adat resam di tempat orang kerana ___________________
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Seperti rusa masuk kampung
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Tatasusila budaya kita
Encik Farid mengambil kesempatan menjual barang-barang runcit di kedainya dengan harga yang tinggi pada musim pendemik Covid-19. Sikapnya umpama pepatah Melayu ....
menangguk di air jernih
menangguk hujan yang keruh
menangguk di air keruh
menangguk ikan laga di air keruh
Murid-murid seharusnya menyiapkan kerja dengan segera dan tidak menangguhkan kerja mereka supaya bebanan kerja tidak menjadi terlalu banyak dan akan menyusahkan diri sendiri.
berdikit-dikit, lama-lama jadi bukit.
sehari selembar benang, akhir menjadi kain
kerja bertangguh tidak menjadi
di mana ada kemahuan di situ ada jalan
Murid-murid selalu merujuk Internet dan bertanyakan guru-guru apabila menghadapi masalah dalam pembelajaran. Sikap ini umpama ....
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
malu bertanya, sesat jalan
membaca jambatan ilmu
buka mulut
Bagai pinang dibelah dua sama maksud dengan ....
bagai cincin dengan permata
bagai bintang dipagari matahari
bagai kucing dengan anjing
bagai pasir dengan permata
Peribahasa air dicincang tidak akan putus sama maksud dengan peribahasa...
bagai kucing dengan anjing
rambut sama hitam tapi hati lain-lain
carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
Berikut ialah peribahasa yang menggambarkan maksud orang yang kembali ke tempat asalnya KECUALI...
belut pulang ke lumpur
ikan pulang ke lubuk
sirih pulang ke gagang
itik pulang petang
