Font size
WorksheetsSains Komputer Tingkatan 4 - 3.2.2 Prototaip
Total questions: 8
Worksheet time: 5mins
Prototaip merujuk gambaran awal kepada sesuatu produk yang akan dibangunkan yang mana akan melalui proses penilaian dan penambahbaikan secara berulang kali sehingga memperoleh prototaip yang boleh diterima oleh pengguna yang disasarkan.
Benar
Palsu
Selain daripada perisian, prototaip juga boleh dihasilkan menggunakan _________ (Boleh pilih lebih daripada satu jawapan)
kertas
gambaran secara elektronik
video simulasi
kadbod
Prototaip membolehkan interaksi antara manusia dan
komputer.
Benar
Palsu
Perisian Java Netbeans ialah salah satu platform bagi bahasa pengaturcaraan Java yang membolehkan pengguna membina prototaip paparan skrin dengan baik.
Benar
Palsu
Tujuan prototaip adalah _________ (Boleh pilih lebih daripada satu jawapan).
sebagai satu permulaan untuk membina sesuatu paparan dan reka bentuk skrin
sebagai artifak yang dianalisis untuk membolehkan pereka bentuk mengkaji masalah pada prototaip tersebut
sebagai artifak untuk pereka bentuk menyelesaikan masalah yang terdapat pada prototaip tersebut
sebagai contoh yang membolehkan pereka bentuk untuk menghasilkan paparan yang lebih baik
Terdapat dua jenis paparan maklumat iaitu
.
maklumat statik
maklumat dinamik
maklumat linear
maklumat tidak linear
Maklumat _________ ialah maklumat yang berubah semasa sesi interaksi dan perubahan tersebut perlu dipaparkan kepada pengguna sistem.
dinamik
statik
Maklumat _______ ialah maklumat yang tidak berubah semasa sesi interaksi.
dinamik
statik
