wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Akaun Tingkatan 4 (Modul 1)

Total questions: 10

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Apakah sub bidang perakaunan yang merangkumi skop kerja berkaitan dengan aspek kawalan dan perancangan?

a)

Perakaunan Pengurusan

b)

Perakaunan Kewangan

c)

Pengauditan

d)

Percukaian

2.

Siapakah pengguna dalaman penyata kewangan Kedai Elektrik Lunas?

a)

Pemborong Elektrik Sungai Petani

b)

Penyelia Kedai Elektrik Lunas

c)

Kedai Elektrik Padang Serai

d)

Syarikat Audit Rozaini

3.

Perniagaan Tan telah merekodkan kadar bayaran RM1 900 dalam penyata kewangan perniagaan termasuk kadar bayaran belum bayar sebanyak RM800.


Apakah prinsip perakaunan yang dipatuhi?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip Kos

c)

Wang sebagai ukuran

d)

Pengiktirafan hasil dan belanja

4.

Manakah yang berkaitan dengan kos manfaat?

a)

Kos operasi perniagaan

b)

Kos tetap yang ditambah kepada kos berubah

c)

Kos yang optimum dengan pendapatan yang minima

d)

Kos penyediaan maklumat tidak melebihi nilai maklumat tersebut

5.

Pada 1 Januari 2015, Perniagaan Boney telah membeli sebuah jentera pada harga RM80 000. Pada 31 Disember 2019, nilai semasa jentera tersebut telah berkurang kepada RM55 000. Catatan dalam Penyata Kewangan perniagaan masih menunjukkan harga jentera sebagai RM80 000.


Apakah prinsip perakaunan yang bertepatan dengan situasi di atas?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip kos

c)

Kos manfaat

d)

Pengiktirafan hasil dan belanja

6.

Syarikat guaman yang ditubuhkan oleh Irman akan beroperasi untuk suatu tempoh masa yang tidak tetap.

Apakah andaian perakaunan yang berkaitan dengan maklumat itu?

a)

Tempoh perakaunan

b)

Usaha berterusan

c)

Prinsip kos

d)

Ketekalan

7.

Manakah antara berikut entiti perniagaan milikan tunggal?


I Kedai Kasut Jeefreey

II Klinik Ali dan Rakan-rakan

III Kedai Roti dan Kek Sayangku

IV Bengkel kereta Amir dan Amur

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

8.

Apakah proses yang menunjukkan turutan tatacara perakaunan yang berlaku dalam satu tempoh perakaunan?

a)

Sistem perakaunan

b)

Konsep perakaunan

c)

Kitaran perakaunan

d)

Prinsip perakaunan

9.

Pernyataan berikut merujuk kepada ciri-ciri kualitatif.

Maklumat dalam Penyata Kewangan mesti bebas daripada kesilapan material dan pelaporannya adil dan saksama.

Apakah ciri kualitatif tersebut?

a)

Perwakilan benar

b)

Kebolehfahaman

c)

Kebolehsahan

d)

Kerelevenan

10.

Maklumat berikut merujuk kepada ciri-ciri akauntan.

Kemampuan akauntan untuk menyampaikan maklumat perakaunan secara saksama dan objektif kepada semua pihak yang berkepentingan dalam perniagaan.

Apakah ciri akauntan tersebut?

a)

Akauntabiliti

b)

Kompetensi

c)

Kredibiliti

d)

Integriti