wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 1 SOSIOLOGI SUKAN

Total questions: 20

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Takrifkan sosiologi sukan.

a)

Sesuatu yang teratur, empirikal, sistematik serta mengambil kira isu berkaitan kesahan dan kebolehpercayaan.

b)

Organisasi yang wujud dalam masyarakat mikro dan makro.

c)

Kajian saintifik mengenai struktur dan proses sosial dalam masyarakat berkaitan dengan sukan.

d)

Interaksi yang berlaku antara individu dan kumpulan dalam masyarakat.

2.

Antara berikut, yang manakah menjelaskan konsep main.

a)

Berbentuk bebas

b)

Diuruskan secara profesional

c)

Tiada had masa

d)

Boleh dimainkan di mana-mana sahaja

3.

Pilih dua konsep sukan.

a)

Melibatkan peraturan dan undang-undang.

b)

sudah wujud keinginan untuk menang.

c)

Objektif utama adalah mendapat ganjaran dan pengiktirafan.

d)

Dilakukan untuk keseronokan semata-mata

4.

Nyatakan dua kepentingan sukan dari sudut sosial yang dapat menjana perkembangan ekonomi negara.

a)

Hasil kutipan cukai daripada pelancong sukan dalam dan luar negara.

b)

Memupuk semangat patriotisme.

c)

Mengeratkan hubungan antara kaum.

d)

Pendapatan daripada penjualan cenderamata.

5.

Apakah maksud mobiliti sosial?

a)

Hubungan sosial antara kaum-kaum di Malaysia.

b)

Proses perubahan kedudukan sosio-ekonomi seseorang dari satu tahap kelas sosial kepada tahap kelas sosial yang lain.

c)

Sukan yang menjadi pilihan sesuatu kaum.

d)

Proses yang berlaku sehingga memberi kesan negatif kepada perpaduan kaum.

6.

Polarisasi kaum di Malaysia secara asasnya berpunca daripada sosial, ekonomi dan (a)   .

7.

Mengapakah wanita kurang bersukan?

a)

Ibu bapa bimbang sukan akan menjejaskan pelajaran anak-anak mereka.

b)

Kurang mendapat pendedahan yang meluas dalam sukan.

c)

Sukan tidak menjamin masa depan.

d)

Boleh menjejaskan emosi wanita kerana mereka tidak suka kepada aktiviti yang berbentuk pertandingan.

8.

Bagaimana sukan dapat membantu mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja?

a)

Mewujudkan pusat-pusat hiburan.

b)

Mengisi masa lapang dengan aktiviti sukan dan rekreasi.

c)

Menganjurkan pertandingan sukan yang melibatkan pertaruhan wang.

d)

Mewujudkan semangat setia kawan

9.

Nyatakan satu ciri dalam sukan yang dapat membentuk nilai sosial yang positif dalam kalangan remaja.

(a)  

10.

Faez bermain sepak raga bulatan bersama-sama rakannya pada waktu petang.


Nyatakan konsep asas kesukanan yang ditunjukkan oleh Faez.

a)

Sukan

b)

Main

c)

Permainan

d)

Kesukanan

11.

Heram menyertai Pertandingan Kriket MSS Pahang dan mendapat pingat emas.


Apakah konsep asas kesukanan yang ditunjukkan oleh Heram?

a)

Main

b)

Permainan

c)

Kesukanan

d)

Sukan

12.

Proses sosialisasi sukan berlaku menerusi dua cara iaitu _____________ dan _______________.

a)

Sosialisasi menerusi sukan.

b)

Sosialisasi kepada sukan.

c)

Sosialisasi ke dalam sukan.

d)

Sosialisasi terhadap sukan.

e)

Sosialisasi ke luar sukan.

13.

Antara berikut yang manakah bukan agen sosialisasi sukan.

a)

Keluarga

b)

Rakan sebaya

c)

Media massa

d)

Sekolah

e)

Majlis Sukan Negara

14.

Sukan dominan berdasarkan kaum bermaksud sukan yang menjadi pilihan atau (a)   oleh sesuatu kaum.

15.

Antara berikut, yang manakah kesan dominasi kaum.

a)

Sukar untuk mewujudkan pasukan yang baik.

b)

Bakat-bakat terpendam pemain dapat ditinjolkan.

c)

Perpaduan kaum tidak dapat dipupuk.

d)

Sukan tidak dapat berkembang dan maju.

e)

Mewujudkan satu kaum yang kuat.

16.

-Kaum Melayu menguasai sukan sepak takraw.

-Kaum Cina memilih sukan badminton.

-Kaum India hanya menyertai sukan kriket.


Situasi di atas merujuk kepada (a)   berdasarkan kaum.

17.

Nyatakan dua usaha pihak sekolah untuk mengurangkan dominasi kaum dalam sesuatu jenis sukan.

a)

Mengadakan pemilihan pemain daripada pelbagai kaum.

b)

Memberi elaun kepada pelajar.

c)

Menggubal permainan yang melibatkan penyertaan pelbagai kaum.

d)

Mempengaruhi pelajar untuk menyertai sesuatu jenis sukan.

18.

Pilih maksud sosialisasi ke dalam sukan.

a)

Individu telah memilih untuk melibatkan diri ke dalam sukan kerana minat dan kesan dari pengaruh, dorongan serta impak agen-agen sosialisasi.

b)

Individu telah memilih untuk melibatkan diri ke dalam sukan disebabkan dipaksa oleh agen-agen sosialisasi

c)

Sukan itu sendiri menjadi alat kepada proses sosialisasi

d)

Sukan membentuk diri atlet melalui nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh idola sukan.

19.

Berikan maksud sosialisasi menerusi sukan.

a)

Sukan membentuk diri atlet yang mengutamakan disiplin dan nilai kerjasama.

b)

Sukan terbentuk daripada pengaruh idola sukan.

c)

Sukan itu sendiri menjadi alat kepada proses sosialisasi.

d)

Individu telah memilih untuk melibatkan diri ke dalam sukan kerana minat dan kesan pengaruh, dorongan serta impak agen-agen sosialisasi sukan.

20.

Sorakan para penonton dapat meningkatkan (a)   para atlet.