Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN SIVIK TINGKATAN 5

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud empati?

a)

daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain

b)

daya membantu kesusahan orang lain dalam bentuk wang atau harta

c)

daya memerhati kesusahan orang lain dengan jelas

d)

daya memantau gaya hidup orang susah

2.

Sifat-sifat yang wajar bagi manusia yang berperikemanusiaan termasuklah __________.

i. bersikap empati

ii. menjaga maruah

iii. menghargai nyawa

iv. cinta akan keamanan

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

i, ii, iii dan iv

3.

Bagaimanakah anda menunjukkan cara hidup yang bersifat menjaga maruah diri di sekolah?

a)

berpakaian seragam sekolah dengan kemas

b)

terjebak dalam gejala merokok

c)

terlibat dalam kes salah laku sekolah

d)

melepak bersama rakan sebaya di kafe siber

4.

Apakah matlamat kerajaan Malaysia dalam perancangan pembangunan negara ke arah kesejahteraan negara?


i. usaha pembentukan jati diri remaja

ii. keutuhan bangsa dan negara

iii. pembinaan insan kamil dalam masyarakat

iv. pemfokusan kesejahteraan masyarakat minoriti Malaysia sahaja

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

i, ii, iii dan iv

5.

Kata-kata hikmah manakah yang menasihatkan masyarakat supaya menghargai nyawa orang lain?

a)

pandu cermat jiwa selamat

b)

jiran sepakat membawa berkat

c)

berbudi bahasa amalan kita

d)

negara bersih rakyat sihat

6.

Peh Chin Shi bersikap empati terhadap rakannya, Almeric Yap yang merupakan mangsa banjir di Kuching.

Berdasarkan kenyataan tersebut, jelaskan sikap Peh Chin Shi yang bersifat empati terhadap rakannya.


i. memahami kesedihan

ii. melahirkan perasaan simpati

iii. merasakan perasaan mangsa banjir

iv. suka berbaik-baik dengan orang lain

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

i, ii, iii dan iv

7.

Amalan X:

  • simpati nasib mangsa penderaan
  • berperikemanusiaan
  • nyawa amat berharga
  • mengelakkan kes jenayah
  • tidak mahu siksaan Tuhan di akhirat


Berdasarkan pernyataan tersebut, amalan X mewakili sifat _______.

a)

menghargai maruah diri

b)

cinta akan keamanan

c)

menghargai nyawa

d)

empati

8.

Antara berikut, yang manakah contoh amalan cintakan keamanan?

i. bergotong-royong

ii. gejala bohsia

iii. menghormati agama dan kebudayaan orang lain

iv. mengamalkan semangat kejiranan

a)

i dan iii

b)

i,ii dan iii

c)

i, iii dan iv

d)

ii, iii dan iv

9.

Peribahasa manakah yang menggambarkan sikap cinta akan keamanan?

a)

bersatu teguh bercerai roboh

b)

seperti kacang lupakan kulit

c)

ada udang di sebalik batu

d)

sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit

10.

Pengetua SMK Sungai Tapang telah mengadakan aktiviti antibuli di sekolah. Kegiatan ini dilancarkan dengan penglibatan murid dan pihak berwajib dalam program NBOS.


Pernyataan di atas berkaitan dengan ___________.

a)

penjelasan konsep cinta akan keamanan dalam masyarakat

b)

pembudayaan disiplin yang baik di sekolah

c)

mempermudahkan masalah disiplin sekolah

d)

menjelaskan objektif disiplin dalam pengajaran