wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Akaun Tingkatan 4 (Modul 3)

Total questions: 10

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut berkaitan dengan dokumen Y.

Dihantar oleh pembekal kepada pelanggan Peringatan baki hutang yang belum dijelaskan


Apakah Y ?

a)

Makluman Kredit

b)

Makluman Debit

c)

Penyata Akaun

d)

Penyata Bank

2.

Antara berikut, dokumen manakah digunakan dalam urus niaga tunai?

I Invois Asal

II Nota Serahan

III Folio Pelanggan

IV Slip Transaksi Perbankan Elektronik

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Puan Maizura membeli barang niaga berharga RM1 600 secara kredit pada 31 Mac 2020 dengan syarat diskaun tunai 15% 10 hari ; 10% 15 hari.

Berapakah jumlah bayaran yang perlu dibuat pada 11 April 2020?

a)

RM1 200

b)

RM1 360

c)

RM1 440

d)

RM1 520

4.

Apakah yang dimaksudkan dengan syarat ’Angkutan Dibayar’ seperti yang terkandung dalam invois?

a)

Kos pengangkutan barangan ditanggung oleh penjual

b)

Kos pengangkutan barangan ditanggung oleh pembeli

c)

Penjual meminta pembeli menjelaskan kos pengangkutan

d)

Pembeli meminta penjual menjelaskan kos pengangkutan

5.

Dokumen yang manakah digunakan untuk membetulkan sebarang kesilapan dan ketinggalan yang berlaku dalam invois?

a)

Resit

b)

Nota Debit

c)

Penyata Akaun

d)

Makluman Kredit

6.

Apakah tujuan diskaun tunai?

a)

Menarik ramai pelanggan

b)

Mengelakkan berlakunya hutang lapuk

c)

Menggalakkan pembeli membayar segera

d)

Menggalakkan pembeli membeli dengan kuantiti yang banyak

7.

Antara yang berikut, yang manakah fungsi dokumen perniagaan?

I Sumber maklumat perakaunan

II Rujukan kepada pemegang-pemegang saham

III Memberi maklumat urus niaga kepada pihak

bank

IV Mengingatkan peniaga tentang hutang urus

niaga

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Bajrai Ent. menjalankan urus niaga secara kredit dengan Syarikat Melor.


Aliran dokumen manakah yang berlaku dalam urus niaga tersebut?

a)

Katalog – Invois – Borang pesanan – Resit

b)

Borang pesanan – Invois – Katalog – Resit

c)

Borang pesanan – katalog – Resit – Invois

d)

Katalog – Borang pesanan – Invois – Resit

9.

En Sunni, pemilik perniagaan Sunni Enterprise membeli rak pameran secara kredit bernilai RM3 000 untuk kegunaan perniagaan.


Apakah dokumen yang terlibat dalam urus niaga tersebut?

a)

Cek

b)

Resit

c)

Invois

d)

Bil Tunai

10.

Pernyataan manakah benar berkaitan diskaun niaga?

a)

Galakan pembelian dalam kuantiti yang banyak

b)

Potongan daripada harga bersih dalam invois

c)

Galakan pembayaran hutang dengan segera

d)

Potongan daripada jumlah hutang