NEW
Font size
WorksheetsKuiz Akaun Tingkatan 4 (Modul 5)
Total questions: 10
Worksheet time: 3mins
Puan Murni telah mengambil barang niaga bernilai RM65 untuk tujuan promosi.
Apakah akaun yang akan dikreditkan?
Belian
Inventori
Ambilan
Promosi
Akaun manakah yang mempunyai baki kredit...
Akaun Ambilan
Akaun Sewa dibayar
Akaun Insurans prabayar
Akaun Kadar bayaran prabayar
Butiran manakah yang terdapat di dalam Akaun Kawalan Belum Bayar?
Diskaun diterima
Pulangan masuk
Hutang lapuk
Jualan
Pilih langkah mengimbangkan akaun mengikut turutan yang betul.
I Jumlahkan kedua-dua lajur debit dan kredit
II Cari perbezaan antara lajur debit dengan lajur
kredit
III Catatkan perbezaan itu sebagai baki hantar ke
bawah
IV Ambil jumlah yang lebih besar dijadikan
sebagai jumlah kedua-dua lajur
I, III, IV, II
I, IV, II, III
IV, I, II, III
IV, I, III, II
Antara yang berikut, yang manakah direkodkan dalam Akaun Kawalan Belum Terima?
I Bank
II Diskaun diberi
III Pulangan keluar
IV Peruntukan Hutang Ragu
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Salmah menjelaskan hutang sebanyak RM1000 kepada Pembekal Izam dengan cek selepas mengambil kira diskaun tunai.
Apakah akaun yang didebitkan bagi pihak Salmah?
Pembekal Izam
Diskaun diterima
Diskaun diberi
Bank
Pemilik Kedai Bunga Ria telah mengambil 30 kuntum bunga bernilai RM150 untuk didermakan kepada SK Lunas.
Apakah catatan di sebelah debit bagi urus niaga di atas?
Ambilan
Belian
Derma
Jualan
Pemilik Kedai Pakaian Sri Wangi membuat catatan bergu seperti berikut:
Debit Kredit
Promosi Belian
Urus niaga manakah yang ditunjukkan dengan catatan di atas?
Pemilik menaja pakaian seorang artis dalam Anugerah Juara Lagu
Ambil sehelai baju untuk dipakaikan pada patung di hadapan kedai
Pemilik mengambil sehelai tudung untuk menghadiri majlis perkahwinan rakannya
10 pasang baju Melayu dihadiahkan kepada anak yatim sempena Hari Raya Aidil Fitri
Antara berikut, pernyataan manakah yang benar tentang lejar?
I Akaun Modal dan Akaun Ambilan direkodkan
ke dalam Lejar Am
II Lejar Subsidiari terdiri daripada Lejar Jualan
dan Lejar Belian
III Lejar Belian digunakan untuk merekod semua
Akaun Belum Terima
IV Lejar Akaun Belum Bayar dikenali juga sebagai
Lejar Jualan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Data menunjukkan butiran berkaitan jualan kredit suatu perniagaan pada bulan Jan 2020.
Baki awal Ak Belum Terima RM2 380
Baki akhir Ak Belum Terima RM3 160
Bayaran oleh Ak Belum Terima RM12 450
(termasuk hutang lapuk pulih RM200)
Pulangan jualan RM720
Hitungkan jumlah jualan kredit bagi bulan itu.
RM12 190
RM13 550
RM13 750
RM13 950
