Font size
WorksheetsKUIZ BAHASA MELAYU TINGKATAN 3
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Tetamu yang menghadiri kenduri di rumah Pak Mahat ________ ketika makan di ruang tamu.
beratur
berlunjur
bersimpuh
bertingguh
Guru yang ditempatkan di sekolah pedalaman hendaklah memiliki sifat yang _______ apabila menjalankan tugas.
tegas
teguh
kuat
kental
Johari hanya terpinga-pinga _________ Cikgu Azhar menanyakan soalan Matematik kepadanya.
sejak
kerana
dengan
apabila
Haryati ____________ selepas pengacara majlis mengumumkan namanya sebagai penerima Tokoh Pelajar Cemerlang di sekolahnya.
terpegun
terpukau
tergamam
tercengang
Arahan menangguhkan aktiviti luar kelas ketika jerebu ................. daripada Pengarah Pelajaran Malaysia.
ialah
harus
adalah
belum
Pihak berkuasa tempatan akan menjalankan ....................... terhadap kedai-kedai makan di kawasan itu dari semasa ke semasa.
penelitian
pemantauan
penyiasatan
penyelidikan
Kak Long sanggup berhenti kerja demi untuk membantu ayah yang mengusahakan perniagaannya.
demi bantuan
untuk membantu
demi untuk membantui
demi untuk membantu
Pihak sekolah harus mengambil langkah yang bijak untuk memartabatkan Bahasa Melayu dalam kalangan murid.
ambil langkah yang bijak
mengambilka langkah yang bijak
mengambil akan langkah yang bijak
mengambil langkah yang bijak
Habis pakaiannya akibat digigit oleh anjing yang garang itu.
compang-camping
comot-momot
koyak-rabak
serbah-serbih
Ayah menghadiahi ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
menghadiahi ibu seutas rantai yang amat cantik sekali
menghadiahkan ibu seutas rantai yang amat cantik sekali
menghadiahkan ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali
menghadiahi ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali
Nyatakan watak-watak yang terdapat dalam cerpen "Legasi Tapai Ubi".
Hashim, Halimah, Parjo
Parjo, Wak Salikon, Profesor Haidar
Beluntung, Tuyog, Bawod
Hisham, Halimah, Harun
Berikut merupakan pengajaran yang dapat diperolehi daripada cerpen Legasi Tapai Ubi kecuali?
Kita hendaklah membantu ibu bapa memngusahakan sesuatu perkara
Kita hendaklah belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama keluarga
Kita mestilah berfikir dengan rasional dalam sesuatu urusan
Kita haruslah menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa
Pilih padanan tiga buah cerpen yang telah anda pelajari di Tingkatan 3.
Banjir di Mata Emak, Talia dan Raksasa Qadqad, Bawod
Sekeping Tanah, Legasi Tapai Ubi, Bawod
Sekeping Tanah, Bawod, Banjir di Mata Emak
Talia dan Raksasa Qadqad, Bawod, Legasi Tapai Ubi
Pilih tema yang tepat bagi cerpen Bawod yang telah anda pelajari di Tingkatan 3
Hubungan kekeluargaan yang diuji dengan peninggalan tanah pusaka.
Kesungguhan seorang anak peniaga makanan tradisi sehingga berjaya
Persahabatan antara manusia dengan haiwan
Persahabatan antara adik beradik yang saling menyayangi antara satu sama lain
Nyatakan bentuk gaya bahasa yang terdapat dalam petikan berikut: "Kau lulus, nak"
Personifikasi
Simile
Sinkope
Inversi
Pilih persoalan yang paling terdapat di dalam cerpen Sekeping Tanah.
Persoalan tentang kegigihan untuk belajar dengan bersungguh-sungguh meskipun terpaksa menempuhi pelbagai cabaran
Persoalan tentang tanggungjawab anak untuk mengembirakan ibu bapa
Persoalan tentang tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak-anak
Persoalan tentang sikap kerjasama dalam menjalankan sesuatu kerja
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan tatabahasa. Nyatakan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Berkat dorongan dan sokongan kedua ibu bapanya, Lailatul telah berjaya menempa nama dalam bidang perniagaan.
(a)
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan tatabahasa. Nyatakan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Setiap petang, Puan Asyikin menjual goreng keledek di hadapan rumahnya.
(a)
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan tatabahasa. Nyatakan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Konsert itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.
(a)
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan tatabahasa. Nyatakan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Lain-lain hal yang berbangkit akan dibincangkan kemudian.
(a)
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Nyatakan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Dyna perlu membuat keputusan samada mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara ataupun tidak.
(a)
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Nyatakan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Murtabak yang dibeli oleh bonda petang tadi telah basi.
(a)
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Nyatakan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Galakkan daripada ibu bapa banyak membantu meningkatkan prestasi murid.
(a)
Pada mulanya kehidupan Puan Rina sekeluarga agak susah selepas kematian suaminya. Kini, kehidupan mereka bertambah baik apabila mereka mendapat bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor.
Ibarat beban sudah ke tepi
Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung
Laksana buah bemban, masak jatuh ke lumpur
Ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar kembali
"Maafkan saya, cikgu. Saya tidak dapat menyertai pertandingan pidato itu. Saya sudahpun berfikir masak-masak. Saya gugup apabila berhadapan dengan orang ramai", kata Raisya kepada Cikgu Siti. Keadaan ini sesuai dengan peribasa ..............
ukur baju di badan sendiri
lalang ditiup angin
alah bisa tegal biasa
sarang tebuan jangan dijolok
