Font size
WorksheetsKUIZ SAINS TUMBUHAN TAHUN 5
Total questions: 22
Worksheet time: 12mins
Antara berikut, manakah bukan ciri-ciri tumbuhan di atas untuk melindungi diri daripada cuaca yang melampau?
Akar panjang
Berduri
Daun berbentuk jarum
Batang berisi air
Rajah menunjukkan dua jenis buah. Bagaimanakah buah berkenaan dipencarkan?
Melalui angin
Melalui air
Melalui haiwan dan manusia
Melalui mekanisme letupan.
Rajah menunjukkan biji benih kapas. Antara berikut yang manakah dipencarkan dengan cara yang sama seperti kapas.
Bagaimanakah pokok buluh melindungi dirinya daripada serangan musuh?
Buahnya beracun
Daunnya diliputi lilin
Batangnya berbulu halus
Mempunyai daun yang lebar
Mengapakah pokok getah menggugurkan daunnya semasa musim kemarau?
Menarik perhatian serangga
Mengurangkan kehilangan air melalui daun
Melindungi diri daripada musuh
Mengelakkan akar pokok tercabut akibat tiupan angin kuat
Mengapakah pencaran biji benih adalah penting bagi tumbuhan?
Menggalakkan pertumbuhan
Mewujudkan persaingan antara tumbuhan
Mengekalkan kemandirian spesies tumbuhan
Memulihara tumbuhan
Selepas bersenam di padang, Ali mendapati banyak biji benih tumbuhan P melekat pada stokin dan kaki seluarnya. Antara yang berikut, yang manakah merupakan biji benih tumbuhan P?
cendawan
angsana
rambutan
kemuncup
Rajah menunjukkan sejenis tumbuhan.
Apakah ciri khas tumbuhan itu untuk melindungi dirinya daripada musuh?
Bau yang busuk
Bunga yang beracun
Bunga yang bergetah
Saiz bunga yang besar
Antara yang berikut, manakah ciri-ciri khas pokok pisang?
i- Akar yang panjang
ii- Batang berbulu halus
iii- Daun diselaputi lapisan lilin
iv- Menggulung daun pada hari yang panas
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Rajah menunjukkan buah kelapa yang dipencarkan jauh daripada pokok induknya daripada air.
Mengapakah tindakan ini penting bagi tumbuhan tersebut?
Menggalakkan persaingan
Meningkatkan kualiti spesiesnya
Memastikan kemandirian spesiesnya
Memberi perlindungan kepada biji benih
Gambar menunjukkan buah tembikai.
Buah manakah yang mempunyai kaedah pencaran biji benih yang sama seperti buah pada gambar di atas?
Buah meranti
Buah kiwi
Buah dandelion
Buah keembung
Apakah kelebihan biji yang dipencarkan oleh haiwan berbanding dengan biji yang dipencarkan melalui mekanisme letupan?
Biji benih boleh hidup lebih lama
Biji benih akan bercambah dan bertumbuh dengan cepat
Biji benih dapat disebarkan ke tempat yang sangat jauh dari pokok induk
Biji benih akan dilindungi dangan baik oleh haiwan yang membawanya
Manakah antara tumbuhan berikut BUKAN melindungi dirinya dengan bulu halus
Daun buluh
Daun tebu
Lalang
Pokok semalu
Apakah persamaan ciri perlindungan pokok pong-pong dan cendawan?
Berduri
Beracun
Mengeluarkan bau
Bergetah
Pokok keladi dan oleander adalah contoh pokok yang....
Beracun
Berduri
Berbulu halus
Bergetah
Antara yang berikut, tumbuhan yang manakah mempunyai cara berlindung daripada musuh yang tidak sama dengan yang lain?
Bagaimanakah tumbuhan di atas melindungi diri daripada musuh?
Mempunyai getah yang melekit
Mengeluarkan racun yang berbahaya
Mempunyai duri tajam yang boleh melukakan
Mempunyai bulu halus yang menyebabkan kegatalan
Maklumat berikut menerangkan satu situasi .
Seorang budak lelaki tersentuh daun sejenis tumbuhan. Tangannya berasa gatal selepas beberapa ketika.
Pokok Buluh
Bunga ros
Pokok kelapa
Pokok semalu
Antara tumbuhan berikut yang manakah mempunyai ciri khas mengulungkan daun.
Pencaran ialah
cara tumbuhan menyesuaikan diri dengan perubahan iklim dan musim
cara tumbuhan melindungi diri daripada musuh
cara tumbuhan membiak
cara untuk tumbuhan membawa biji benihnya jauh dari induk
Terdapat 4 cara pencaran biji benih tumbuhan iaitu melalui air, angin, mekanisme letupan dan .................
Haiwan
Manusia
Haiwan dan manusia
Biji benih dan buah penting dipencarkan jauh daripada induknya untuk
Memencarkan biji benih jauh daripada induk
Memastikan kemandirian spesies.
Memastikan tumbuhan tidak pupus dan mati
