Font size
WorksheetsBAHAGIAN A PUISI (SELOKA PANDAI PAK PANDIR)
Total questions: 15
Worksheet time: 13mins
Berikut merupakan definisi bagi seloka kecuali?
Seloka berasal daripada perkataan Sanskrit, `seloka` iaitu sejenis puisi yang terdiri daripada dua baris atau dua kerat yang setiap satunya mengandungi 16 suku kata yang disusun dalam empat unit.
Dalam Kesusasteraan Melayu tradisional, seloka merupakan puisi bebas dari segi rangkap (sama ada berangkap atau tidak).
Seloka sejenis ouisi Melayu yang popular setelah kedatangan Islam di Tanah Melayu.
Seloka juga boleh mempunyai rima atau tidak. Di mana kebiasaanya seloka memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea.
Antara berikut, yang manakah bukan ciri-ciri bagi seloka?
Seloka mempunyai bentuk yang hampir sama seperti puisi bebas yang lain seperti gurindam, talibun atau teromba. Namun, jika dilihat dari segi aspek isi ia berbeza antara satu dengan yang lain.
Seloka mengandungi banyak peribahasa yang disusun dengan cara senada atau mempunyai irama.
Secara keseluruhan, seuntai seloka merujuk kepada cerita jenaka yang benar-benar dikenali dalam masyarakat seperti cerita Pak Kaduk, Pak Pandir, Lebai Malang dan Emak si Randang di mana bertujuan untuk menyindir masyarakat yang berperangai seperti watak dalam cerita tersebut.
Seloka mempunyai pembayang dan maksud. Pembayang ialah hal yang berkaitan dengan permulaan bayangan sebagai pelengkap bicara. dan maksud pula berkaitan dengan penegasan, nasihat dan sindiran.
Berikut merupakan fungsi seloka, kecuali?
Seloka digunakan untuk membuat persembahan pada majlis rasmi.
Seloka menggambarkan masyarakat yang mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan.
Seloka digunakan untuk mengkritik sebarang perlakuan negatif masyarakat tanpa menyinggung perasaan.
Seloka digunakan sebagai alat kawalan sosial.
Apakah tema yang sesuai bagi Seloka Pandai Pak Pandir?
Manusia yang sentiasa dirundung nasib malang.
Manusia yang mudah tertipu akibat kebodohan diri sendiri.
Manusia yang malas berusaha.
Manusia yang rajin dalam pekerjaan.
"mendengar guruh dilangit, air tempayan dicurahkan"
Antara berikut, yang manakah merujuk kepada gaya bahasa yang terdapat dalam Seloka Pandai Pak Pandir?
Simile
Peribahasa
Hiperbola
Personifikasi
"Tak sedar bertelanjang"
Contoh di atas merujuk kepada...?
Aliterasi
Asonansi
Sinkope
Anafora
"Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak "(B8-9)
Contoh di atas merujuk kepada gaya bahasa perulangan...
Repitisi
Responsi
Epifora
Anafora
"Orang berbunga dia berbunga
Orang berbuah dia haram" B14 - 15
Contoh di atas merujuk kepada gaya bahasa perulangan...?
Epifora
Anafora
Asonansi
Aliterasi
"Orang berbunga dia berbunga"B14
Contoh di atas merujuk kepada..?
Aliterasi
Asonansi
Responsi
Repitisi
Seloka Pandai Pak Pandir banyak menggunakan citra alam untuk memberi pembaca tentang gambaran suasana yang lebih tepat.
Antara berikut, yang manakah contoh citra alam yang terdapat dalam Seloka Pandai Pak Pandir?
Guruh
Beruang
Salji
Banjir
Tandakan BETUL bagi gambaran masyarakat yang terdapat dalam Seloka Pandai Pak Pandir.
(Boleh tanda lebih dari 1 jawapan)
Masyarakat yang tidak pandai menjaga hartanya.
Masyarakat yang penyayang.
Masyarakat yang terlalu mendengar pendapat orang lain.
Masyarakat yang suka cakap besar.
Sikap masyarakat yang malas.
Tandakan BETUL bagi unsur kritiksn sosial yang terdapat dalam Seloka Pandai Pak Pandir.
(Boleh tanda lebih dari 1 jawapan)
Menempelak individu atau masyarakat yang lebih mengutama orang luar berbanding anak sendiri.
Menyindir individu atau masyarakat yang mudah terpedaya dengan janji manis orang luar yang baru dikenalinya
Mengkritik masyarakat yang terlalu mengharapkan keuntungan yang belum pasti, sehingga sanggup menghabiskan harta yang sedia ada
Menyindir masyarakat yang suka berangan-angan.
Menempelak individu atau masyarakat yang malas bekerja dan ingin bersenang-lenang
Tandakan BETUL bagi pandangan sarwajagat yang terdapat dalam Seloka Pandai Pak Pandir. (Boleh tanda lebih dari 1 jawapan)
Sikap mengutamakan orang lain.
Tak sedar kelemahan diri sendiri.
Sikap suka menyebar aib orang lain.
Terlalu mendengar kata pihak lain.
Melakukan sesuatu perkara tetapi tidak bersungguh-sungguh.
Tandakan BETUL bagi peribahasa dan maksud berdasarkan Seloka Pandai Pak Pandir. (Boleh tanda lebih dari 1 jawapan)
Anak dipijak dagang dijinjing - keluarga sendiri terabai, sebaliknya orangg luar diperbesarkan
Mendengar guruh di langit , Air tempayan dicurahkan - mendengar berita yang tidak pasti, dia sudah percaya
Orang berbunga, dia berbunga, Orang berbuah, dia haram - orang lain memberi hasil/manfaat tetapi dia sendiri cuma menunjuk tanpa membawa hasil
Kilat memancar hujan tak jadi, Awak juga kecundangan - sesuatu yang diharapkan tidak menjadi kenyataan sebaliknya dia sendiri yang menderita
Kucing dibunuh tikus dibela - melakukan kerja yang sia-sia
Tandakan BETUL bagi pengajaran yang terdapat dalam Seloka Pandai Pak Pandir. (Boleh tanda lebih dari 1 jawapan)
Kita perlu bijak dalam membuat keputusan
Kita hendaklah berhati-hati dalam setiap tindakan
Kita mestilah menjunjung perintah sultan
Kita hendaklah rasional dalam membuat sebarang keputusan
Janganlah kita terlalu mudah percayakan orang asing
