Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM : Kita Umpama Sehelai Daun

Total questions: 15

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Penyajak mengibaratkan manusia sebagai sehelai daun yang menjadi tempat untuk mahluk lain menikmati kehidupan dengan sempurna.


Berdasarkan maksud rangkap di atas, nyatakan rangkap ke berapa dalam sajak kita umpama sehelai daun.

a)

Rangkap 1

b)

Rangkap 2

c)

Rangkap 3

d)

Rangkap 4

2.

Nyatakan tema bagi sajak "kita umpama sehelai daun".

a)

Kecintaan manusia kepada Tuhan pencipta alam

b)

Menghargai dan mensyukuri nikmat Tuhan

c)

Mengamalkan sikap yang baik dalam kehidupan

d)

Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah

3.

"Kita umpama sehelai daun"


Apakah gaya bahasa bagi ayat di atas?

a)

Personafikasi

b)

Simile

c)

Metafora

d)

Hiperbola

4.

hijau menunas menyegar mata


Apakah unsur bunyi bagi ayat di atas?

a)

epifora

b)

asonansi

c)

aliterasi

d)

anafora

5.

Manusia bertanggungjawab untuk memberi perlindungan kepada makhluk yang lemah.


Ayat di atas merujuk kepada nilai

a)

baik hati

b)

bertanggungjawab

c)

kesederhanaan

d)

prihatin

6.

Manusia digalakkan membuat kebaikan sesama manusia dan makhluk Tuhan yang lain dalam menjalani kehidupan bersama-sama di bumi ini.


Ayat di atas menepati nilai

a)

baik hati

b)

bertanggungjawab

c)

kesederhanaan

d)

prihatin

7.

jadilah sehelai daun

hijau melunas menyegar mata

kering gugur menjadi baja


Nyatakan rima akhir rangkap ini.

a)

abc

b)

abb

c)

abd

d)

acb

8.
Berdasarkan ayat di bawah, ayat yang manakah menepati ciri-ciri gaya bahasa hiperbola ?
a)
tempat bercanda unggas meriang
b)
sehingga lupa makhluk duafa
c)
di bawah redup bebayang mentari
d)
dari tusukan bahang memijar
9.

Antara pengajaran berikut yang mana berkaitan dengan pengajaran sajak yang dibincangkan?

a)

Kita perlulah taat akan perintah Tuhan agar menjadi hamba yang soleh.

b)

Kita haruslah menghulurkan bantuan kepada golongan yang lemah.

c)

Kita perlulah berhemah ketika bertutur kerana bahasa melambangkan bangsa.

10.

Kita umpama sehelai daun

bertunas segar di hujung ranting

lalu melebar dan merimbun

tempat bercanda unggas meriang

di bawah redup bebayang mentari


Berdasarkan rangkap di atas, apakah maksud yang cuba disampaikan penulis sajak?

a)

Kehidupan manusia seperti sehelai daun kerana apabila dewasa dapat melaksanakan tanggungjawab terhadap ibu bapa

b)

Kehidupan manusia seperti sehelai daun kerana apabila dewasa dapat memberi bantuan kepada haiwan yang memerlukan

c)

Kehidupan manusia seperti sehelai daun kerana apabila dewasa seharusnya dapat bernaung kepada insan lain yang dalam kesenangan

d)

Kehidupan manusia seperti sehelai daun kerana apabila dewasa seharusnya dapat menerangi kehidupan insan lain yang dalam kesusahan

11.

'sehingga lupa makhluk duafa'


Berdasarkan baris di atas, apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata bewarna merah?

a)

Makhluk Tuhan yang dalam kesusahan

b)

Makhluk Tuhan yang dalan kesenangan

c)

Makhluk Tuhan yang dalam keadaan lupa

d)

Makhluk Tuhan yang sudah tua

12.

Apakah nilai yang terdapat dalan sajak Kita Umpama Sehelai Daun?

a)

Prihatin terhadap golongan yang memerlukan

b)

Bertanggungjawab terhadap diri sendiri

c)

Beserderhana ketika berbelanja

d)

Kerajinan mencari rezeki

13.

Pada pendapat anda, mengapakah penulis mengumpamakan manusia itu seperti sehelai daun?

a)

Kerana daun ketika segar dan kering memberi kehidupan kepada makhluk lain

b)

Kerana daun ketika segar dan kering memberi manfaat kepada makhluk lain

c)

Kerana daun ketika segar dan kering menjadi makanan kepada makhluk lain

d)

Kerana daun ketika segar dan kering menjadi beban kepada makhluk lain

14.

Penyajak menggambarkan kehidupan ibarat daun kering yang akan gugur, iaitu manusia akhirnya akan

a)

tidak beramaya

b)

kembali ke asalanya

c)

meninggalkan dunia ini

d)

lemah untuk meneruskan hidup

15.

Bilangan kata yang terdapat dalam sajak ini ialah

a)

dua hingga empat kata sebaris

b)

dua hingga lima kata sebaris

c)

tiga hingga lima kata sebaris

d)

tiga hingga enam kata sebaris