Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Konsep Sastera (KMK Sem 1)

Total questions: 20

Worksheet time: 36mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan gaya bahasa perulangan, KECUALI...

a)

Repitisi kata

b)

Hiperbola

c)

Asonansi

d)

Aliterasi

2.

Terdapat lima nada yang digunakan dalam puisi. Antaranya ialah nada...

a)

Nada bersahaja

b)

Nada gembira

c)

Nada sedih

d)

Nada melankolik

3.

Persoalan ialah...

a)

Keindahan bahasa

b)

Nasihat atau pesanan yang hendak disampaikan oleh penulis

c)

isu-isu yang ingin dikemukakan oleh penulis dalam karya

d)

Alat untuk menyatakan pendapat atau pandangan

4.

Gaya bahasa perulangan terdiri daripada...

a)

Asonansi, aliterasi, anafora, responsi dan epifora

b)

Hiperbola, simile dan asonansi

c)

Personifikasi, simile, kata ganda

d)

Asonansi, aliterasi, kata ganda, dan anafora

5.

Nyatakan empat gaya bahasa perbandingan dalam sastera

a)

Hiperbola, kata ganda, simile, personifikasi

b)

Metafora, repitisi kata, hiperbola dan personifikasi

c)

Personifikasi, simile, hiperbola dan metafora

d)

Bahasa arab, sinkope, Personifikasi, metafora

6.

Nyatakan tiga unsur bunyi dalam sastera

a)

Rima akhir

b)

Kata ganda

c)

Aliterasi

d)

Asonansi

7.

Teknik plot dikenali sebagai

a)

Teknik penghayatan

b)

Teknik penceritaan

c)

Teknik imbas muka

d)

Teknik dialog

8.

Gambaran atau bayangan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku atau belum berlaku lagi.


Kenyataan di atas merupakan teknik...

a)

imbas kembali

b)

Saspens

c)

Konflik

d)

imbas muka

9.

Simile ialah...

a)

Membandingkan sesuatu dengan sesuatu dengan sesuatu yang lain iaitu membandingkan sesuatu benda, keadaan atau suasana

b)

Pemberian sifat manusia kepada objek atau konsep tertentu

c)

Pemilihan perkataannya yang membawa pernyataan berlebih-lebihan

d)

Perulangan kata pada awal baris

10.

Antara berikut, yang manakah BUKAN unsur sejarah dalam sastera?

a)

Peristiwa bersejarah

b)

Tempat bersejarah

c)

Tokoh bersejarah

d)

Masa bersejarah

11.

Persamaan antara pantun dua kerat dan gurindam ialah...

a)

Rima akhir adalah sama setiap rangkap

b)

Terdiri daripada empat baris setiap rangkap

c)

Mempunyai pembayang dan maksud

d)

Rima akhirnya ialah ab setiap rangkap

12.

Teknik pemerian bermaksud...

a)

Memperlihatkan watak berkata-kata dalam hati

b)

Pengarang menceritakan secara terus sama ada tentang watak, latar atau suasana

c)

Pertuturan antara watak-watak

d)

Memperlihatkan watak berbicara sendirian dalam bentuk ucapan

13.

Gambaran watak oleh pengarang sama ada perawakan fizikal mahupun sifat-sifat peribadinya. Kenyataan berikut merupakan maksud bagi....

a)

Perwatakan

b)

Watak

c)

Pelakon

d)

Pengarah

14.

Berikut merupakan nilai murni dalam sastera, iaitu...

a)

Kasih sayang

b)

Mengenang budi

c)

Jujur

d)

Ketaatan

15.

Pengajaran ialah...

a)

unsur-unsur positif yang terdapat pada sesuatu watak atau masyarakat

b)

corak kehidupan masyarakat

c)

Sesuatu yang dapat dijadikan pedoman atau iktibar dalam hidup

d)

Tempat berlakunya sesuatu peristiwa

16.

Berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam sastera, KECUALI...

a)

Kita sewajarnya membantu orang yang dalam kesusahan

b)

Kita haruslah membantu orang lain.

c)

Kita janganlah menipu orang lain demi kepentingan diri sendiri

d)

Kita hendaklah mengamalkan sikap kasih sayang dalam keluarga

17.

Pilih latar masyarakat yang tepat dalam sastera.

a)

Masyarakat yang berpelajaran tinggi

b)

Masyarakat petani

c)

Masyarakat yang percaya kepada mimpi

d)

Masyarakat yang menghormati orang lain

18.

Apakah maksud tema dalam sastera?

a)

Idea utama yang ingin disampaikan dalam karya

b)

Watak-watak yang terlibat dalam cerita

c)

Gaya bahasa yang digunakan oleh penulis

d)

Latarnya yang menggambarkan suasana

19.

Apakah yang dimaksudkan dengan personifikasi?

a)

Memberikan sifat manusia kepada objek atau konsep

b)

Menonjolkan perasaan melalui kata-kata

c)

Pengulangan bunyi pada awal kata

d)

Membandingkan dua perkara yang berbeza

20.

Apakah ciri-ciri puisi tradisional?

a)

Memiliki rima dan irama yang tetap

b)

Hanya ditulis dalam bentuk prosa

c)

Tiada penggunaan bahasa kiasan

d)

Hanya mengandungi satu tema sahaja