Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI SEJARAH T4B2

Total questions: 40

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

"Nasionalisme merupakan satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada bangsa dan negara"


Penyataan di atas merupakan pendapat yang dikemukakan oleh tokoh berikut iaitu

a)

Dr. R. Suntharalingam

b)

Profesor William R. Roff

c)

Hans Kohn

d)

Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid

2.

Berikut merupakan revolusi yang tercetus di Eropah hasil daripada perkembangan idea nasionalisme di Barat KECUALI

a)

Revolusi Keagungan

b)

Revolusi Amerika

c)

Revolusi Perancis

d)

Revolusi Itali

3.

Persatuan Belia Buddha telah menggunakan isu untuk membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Burma.

Apakah isu tersebut?

a)

Isu pendidikan

b)

Isu kasut

c)

Isu hak wanita

d)

Isu politik

4.

Siapakah tokoh yang mempelopori gerakan kebangkitan rakyat di China?

a)

Dr. Sun Yat Sen

b)

Mikado Meiji

c)

Ho Chi Minh

d)

Saya San

5.

Namakan pertubuhan yang dipimpin oleh Jose Rizal semasa gerakan nasionalisme di Filipina.

a)

Liga Filipina

b)

Katipunan

c)

Parti Nasionalis

d)

Parti Do Bama Asiayone

6.

Tokoh berikut merupakan seorang nasionalis India.

Antara berikut,yang manakah berkaitan dengan tokoh di atas dalam mencetuskan gerakan nasionalis di Asia Tenggara?

Pilih DUA jawapan yang tepat.

a)

Menggunakan strategi enggan bekerjasama dengan penjajah dan mogok lapar

b)

Melahirkan nasionalis bersikap sederhana

c)

Mempelopori kebangkitan rakyat secara revolusi

d)

Menggerakkan semangat penentangan secara militan

7.

Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme?

a)

Cinta akan negara

b)

Setia kepada negara

c)

Patuh kepada negara

d)

Korban untuk negara

8.

Idea nasionalisme tidak sama negara dan zaman kerana idea tersebut berkait rapat dengan pengalaman sejarah dan pengaruh sekeliling seperti keturunan, agama, Bahasa dan adat.


Apakah pandangan Professor Hons berkaitan nasionalisme ?

a)

A Perjuangan menuntut kemerdekaan

b)

B Fenomena sejagat menubuh negara sendiri

c)

C Perjuangan orang melayu dalam negara sendiri

d)

D Gerakan kesetiaan kepada negara dan bangsa

9.

Nasionalisma di barat berkembang hasil daripada penentangan terhadap pemerintahan beraja yang menggugat hak dan kebebasan rakyat

Apakah kesan perkembangan nasionalisme tersebut?

a)

A Berjaya mengukuhkan kuasa rakyat

b)

B Memantapkan kedudukan parlimen

c)

C Menjejaskan kedaulatan negara bangsa

d)

D Kebangkitan perjuangan kedaulatan raja.

10.

• Revoluisi Perancis

• Revolusi England


Mengapakah revolusi tersebut berlaku ?

a)

A Memperjuangkan kedaulatan negara

b)

B Mempertahankan peradaban

c)

C Menentang penguasaan ekonomi

d)

D Penentangan pemerintahan beraja

11.

Maklumat berikut berkaitan tokoh nasionalisme di India pada awal abad ke – 20.


•Bal Gangadhar Tilak


• Bipin Chandra Pal

Apakah sumbangan kedua - dua tokoh tersebut ?

a)

A Menggerakkan perjuangan militant.

b)

B Menentang lelemahan pemerintah.

c)

C Mempertahankan pemerintahan islam.

d)

D Memberi perhatian isu sosioagama.

12.

Semangat bushido


Antara pernyataan berikut yang manakah menjelaskan maksud Semangat bushido ?

a)

A Taat setia.

b)

B Bertolak ansur.

c)

C Tolong menolong.

d)

D Sanggup berkorban

13.

” Hilang Gelap Terbitlah Terang “merupakan hasil karya Raden Adjeng Kartini daripada indonesia


Apakah kandungan buku tersebut ?

a)

A Kemunduran peribumi.

b)

B Kemerdekaan negara

c)

C Kepentingan kerjasama.

d)

D Kesetiaan kepada raja.

14.

Tindakan berikut telah dilakukan oleh Thailand semasa perang dunia kedua


Berkerjasama dengan Jepun

Apakah kesan terhadap negara tersebut ?

a)

A Pemantapan kuasa raja.

b)

B Persaingan kuasa barat

c)

C Pengekalan kemerdekaan

d)

D Penguasaan ekonomi oleh imigran

15.

Apakah sumbangan Zainal Abidin Ahmad ( za’ba ) dalam perjuangan nasionalisme di negara kita ?

a)

A Perjuangan melalui penulisan.

b)

B Perjuangan bercorak radikal.

c)

C Perjuangan berpendidikan agama.

d)

D Perjuangan terawal di Tanah Melayu.

16.

Maklumat berikut berkaitan akhbar yang dibentuk bagi melahirkan semangat nasionalisme di tanah melayu.


• Diterbitkan pada 23 julai

1906


• Menyeru umat islam kembali kepada ajaran islam sebenar.


Apakah akhbar tersebut ?

a)

Saudara.

b)

Neracha.

c)

Al – iman

d)

Pengasuh

17.

Antara berikut, yang manakah mencirikan Kaum Muda

a)

A Terdiri daripada golongan pemuda

b)

B Memperjuangkan nasaib golongan muda

c)

C Membawa idea baru dari timur tengah

d)

D Mengasingkan diri dari golongan tua.

18.

Pernyataan berikut berkaitan karya kreatif yang telah lahir di tanah melayu


• Mari kita berjuang

• Angan – angan dengan gurindam

•Sedarlah


Apakah isu yang dibangkitkan dalam penulisan tersebut ?

a)

A Memupuk semangat kebangsaan

b)

B Menyeru penubuhan persatuan

c)

C Menentang tuntutan orang dagang

d)

D Menuntut kemerdekaan negara

19.

Persatuan sahabat pena Malaysia ( PASPAM ) telah ditubuhkan pada tahun 1934.

Apakah peranan PASPAM ?

a)

A Membincangkan masalah ekonomi.

b)

B Menggalakkan kemajuan bangsa


c)

C Memajukan budaya dan maruah

d)

D Menegakkan ajaran islam

20.

Kesatuan melayu singapura ( KMS ) berperanan penting dalam membela nasib orang - orang melayu


Apakah bukti keberkesana perjuangan kesatuan di atas

a)

A Pembentukan pasukan tentera semut.

b)

B Mendapat naungan daripada kerajaan British.

c)

C Menghadiri Kongres Melayu di Kuala Lumpur.

d)

D Penubuhan cawangan di negeri melayu lain.

21.

"Dalam konteks Melayu sebelum merdeka, nasionalisme digunakan untuk merujuk perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri"

Pernyataan di atas adalah tafsiran nasionalisme oleh

(Buku teks m/s 23)

a)

Dr. Burhanuddin al-Helmi

b)

Dr. R. Suntharalingam

c)

Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid

d)

Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim

22.

Revolusi Amerika 1776 merupakan penentangan orang Amerika menentang penjajahan ________________

(Buku teks m/s 25)

a)

Belanda

b)

Perancis

c)

British

d)

Sepanyol

23.

Revolusi Keagungan di England adalah penentangan terhadap pemerintahan raja berkuasa mutlak iaitu

(Buku teks m/s 24)

a)

Raja Louis XVI

b)

Raja James II

c)

Raja William of Orange

d)

John Locke

24.

Revolusi Perancis 1789 adalah penentangan terhadap pemerintahan autokratik

(Buku teks m/s 25)

a)

Raja James II

b)

Raja William of Orange

c)

Raja Louis XVI

d)

Jean Jacques Rousseau

25.

Apakah kesan Revolusi Perancis kepada negara Perancis?

(Buku teks m/s 25)

a)

Menjadi negara republik

b)

Sistem Raja Berperlembagaan diamalkan

c)

Menjadi negara yang berpegang dengan fahaman komunis

d)

Negara berpecah kepada dua

26.

Apakah pegangan yang digunakan oleh Mahatma Gandhi untukk menggerakkan nasionalisme di India?

(Buku teks m/s 26)

a)

Dahagi

b)

Satyagraha

c)

Bushido

d)

Tiga Prinsip Rakyat

27.

Rancangan pembahagian India merupakan pembahagian India kepada dua buah negara iaitu India dan ______________

(Buku teks m/s 26)

a)

Sri Lanka

b)

Bangladesh

c)

Nepal

d)

Pakistan

28.

Jose Rizal iaitu tokoh nasionalis Filipina menubuhkkan ____________

(Buku teks m/s 28)

a)

Katipunan

b)

Kalayan

c)

Parti Nasionalis

d)

Liga Filipina

29.

"Mempelopori perjuangan untuk memajukan pendidikan kaum wanita"

Pernyataan di atas mmerujuk kepada nasionalisme di Indonesia yang dipelopori oleh

(Buku teks m/s 30)

a)

Soekarno

b)

Partai Nasionalis Indonesia

c)

Sarekat Islam

d)

Raden Adjeng Kartini

30.

Kongres Pemuda Indonesia mewujudkan ikrar yang dikenali sebagai ___________________

(Buku teks m/s 30)

a)

Tiga Prinsip Rakyat

b)

Satyagraha

c)

Cloche Felee

d)

Sumpah Pemuda

31.

Gambar di atas menunjukkan presiden pertama Republik Demokrattik Vietnam. Siapakah beliau? (Buku teks m/s 29)

a)

Soekarno

b)

Aung San

c)

Ho Chi Minh

d)

Jose Rizal

32.

Apakah maksud "Thailand"?

(Buku teks m/s 31)

a)

Tanah Besar

b)

Tanah Bebas

c)

Tanah Berani

d)

Tanah Bangga

33.

"Menyeru umat Islam agar kembali kepada ajaran agama sebenar berpandukan al-Quran dan Hadis"


Pernyataan di atas merujuk kepada akhbar

(Buku teks m/s 36)

a)

Warta Malaya

b)

Jawi Peranakan

c)

Fajar Sarawak

d)

Al-Imam

34.

"fajar telah tersinsing, bangunlah wahai bangsaku"


Pernyataan di atas merupakan seruan di dalam akhbar

(Buku teks m/s 38)

a)

Utusan Melayu

b)

Warta Malaya

c)

Fajar Sarawak

d)

Lembaga Melayu

35.

Apakah nama akhbar Cina yang memperjuangkan soal kesatuan sekerja dan keadilan sosioekonomi masyarakat kelas bawahan?

(Buku teks m/s 38)

a)

Lat Pau

b)

Modern Daily News

c)

Chong Shin Yit Pao

d)

Nanyang Siang Pao

36.

Apakah sumbangan tokoh dalam gambar di atas? (Buku teks m/s 43)

I. Presiden Malayan Rubber Estate Owner Association

II. Menganggotai Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat (SSLC)

III. Menganjurkan Tabung Derma Pelajaran Tinggi

IV. Penggerak utama majalah Bulan Melayu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

37.

Jadual berikut berkaitan dengan revolusi yang berlaku di Eropah pada abad ke-17 dan abad ke-18

Tahun : 1688

Revolusi : Revolusi Keagungan di England

Tahun 1789 : Revolusi Perancis


Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Eropah

a)

Kuasa rakyat terjejas

b)

Ideologi komunis terlarang

c)

Kuasa raja mutlak diperkukuh

d)

Kerajaan berpelembagaan ditegakkan

38.

Bill of Rights telah digubal semasa Revolusi Keagungan (1688) di England.

Apakah kuasa parlimen melalui perundangan tersebut?

a)

Mengutip cukai

b)

Melantik penasihat

c)

Mengawal kerajaan

d)

Menolak penjajahan

39.

Jean Jacques Rousseau


Tokoh berikut telah mengemukakan keunggulan suara rakyat dalam Revolusi Perancis 1789.

Apakah gelaran terhadap suara rakyat tersebut?

a)

Kata sepakat

b)

Hasrat umum

c)

Tuntutan rakyat

d)

Impian bersama

40.

Jadual 1 tentang nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir yang lahir daripada kesedaran untuk mempertahankan sistem pemerintahan Islam dan agama Islam.

Apakah tujuan penubuhan al-Urwah al- Wuthqa? (BT hal. 27)

I Meningkatkan ekonomi orang Islam

II Memperkuatkan rasa persaudaraan

III Membawa umat Islam kepada kemajuan

IV Mengubah tradisi kepercayaan masyarakat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV