wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa 2

Total questions: 20

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Ranting kayu yang patah itu ___________ sebelum jatuh ke tanah.

a)

terayun-ayun

b)

terawang-awang

c)

terliuk-liuk

d)

terlayang-layang

2.

__________ kerbau sedang meragut rumput di padang itu.

a)

Segerombolan

b)

Sekumpulan

c)

Sepasukan

d)

Seangkatan

3.

Pada alaf ini, minat generasi muda ___________ permainan tradisional semakin berkurangan.

a)

oleh

b)

dengan

c)

pada

d)

terhadap

4.

Para penyokong perlawanan bola sepak itu berasa __________ apabila peluang pasukan mereka memenangi perlawanan itu semakin hampir.

a)

cemas

b)

takut

c)

lega

d)

bimbang

5.

Bantuan yang diberikan oleh orang ramai __________ dapat meringankan beban mangsa ribut itu.

a)

sebaik-baiknya

b)

seelok-eloknya

c)

setidak-tidaknya

d)

seboleh-bolehnya

6.

Kami berempat tersentak apabila terdengar bunyi __________ yang kuat di hutan itu.

a)

seruan

b)

jeritan

c)

sahutan

d)

kicauan

7.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuang sampah sarap di merata-rata tempat bagi mengelakkan longkang dari tersumbat apabila musim hujan. Tiada kesalahan.

a)

supaya

b)

bagi

c)

dari

d)

Tiada kesalahan

8.

Encik Kamaruzzaman memagarkan kawasan kebunnya untuk mengelakkan daripada dimasuki kerbau. Tiada kesalahan.

a)

memagarkan

b)

daripada

c)

dimasuki

d)

Tiada kesalahan

9.

I) Kebiasaannya air laut akan susut sekitar jam 8.00 pagi.

II) Paras air di empangan Puah dan Tambat yang terletak di Terengganu akan susut apabila tiba musim kemarau.

III) Berat badan ayah semakin susut sejak menghidap penyakit kencing manis.

IV) Harga hartanah tidak pernah susut walaupun jauh di pedalaman.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II, dan III sahaja

d)

II, III, dan IV sahaja

10.

I) Ayah membaiki atap rumah yang bocor itu semalam.

II) Pihak sekolah telah menggantikan soalan peperiksaan percubaan PT3 yang bocor dengan soalan yang baharu.

III) Disebabkan poket seluarnya bocor, dia kehilangan wang saku.

IV) Sebuah kereta terbabas lalu melanggar pembahagi jalan semasa melalui jalan raya yang bocor itu.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II, dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

11.

I) Beberapa orang mekanik berjaya membaik pulih kenderaan yang rosak itu.

II) Penyakit yang dialami oleh nenek Maisarah sejak sekian lama itu beransur-ansur pulih.

III) Ekonomi syarikat pembinaan itu semakin pulih sejak pelantikan pengarah yang baharu.

IV) Pendatang asing yang pulih dibenarkan masuk ke negara ini.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II, dan III sahaja

d)

II, III, dan IV sahaja

12.

Pihak berkuasa sentiasa memantau kawasan cerun bukit itu dari masa ke semasa bagi mengelakkan sebarang tragedi buruk daripada berlaku.

a)

daripada masa ke masa

b)

dari semasa ke semasa

c)

daripada semasa ke semasa

d)

dari masa ke semasa

13.

Saya membaca buku cerita yang baru dibeli itu sehingga selesai sebelum meminjamkan kepada rakan.

a)

sebelum dipinjamkan kepada

b)

sebelum dipinjamkan oleh

c)

sebelum meminjamkan oleh

d)

sebelum meminjamkan kepada

14.

Pelbagai koleksi lagu-lagu klasik nyanyian P.Ramlee akan dipamerkan dalam karnival keseniaan yang diadakan itu.

a)

Koleksi lagu klasik

b)

Pelbagai koleksi lagu klasik

c)

Koleksi lagu-lagu klasik

d)

Pelbagai koleksi lagu-lagu klasik

15.

I) Sejak pulang ke kampung, Seman berternak ayam.

II) Mangsa kemalangan tersebut cedera parah.

III) Dia sanggup berkorban demi untuk negara tercinta.

Iv) Kami sedang membincangkan tentang soalan-soalan peperiksaan.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II, dan III sahaja

d)

II, III, dan IV sahaja

16.

I) Banyak tanaman rosak akibat banjir.

II) Cikgu Mariam menghadiahkan beberapa buah buku kepada Salmi.

III) Jalur Gemilang dinaikkan sebaik sahaja kami menyanyikan lagu Negaraku.

IV) Oleh kerana gagal menahan kesedihan adik menangis sekuat-kuatnya.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II, dan III sahaja

d)

II, III, dan IV sahaja

17.

Suhairi terpaksa belajar sambil bekerja untuk mengurangkan beban keluarganya.

a)

Suhairi terpaksa memilih antara belajar mahupun bekerja bagi mengurangkan beban keluarganya.

b)

Beban keluarganya berkurang semenjak Suhairi belajar sambil bekerja.

c)

Untuk mengurangkan beban keluarganya, Suhairi terpaksa belajar sambil bekerja.

d)

Suhairi diminta keluarganya untuk belajar sambil bekerja bagi menampung keperluan keluarga mereka.

18.

Semua pihak perlu bersama-sama membantu pihak sekolah menangani masalah disiplin dalam kalangan murid.

a)

Semua pihak perlu memainkan peranan dalam membantu pihak sekolah menangani masalah disiplin murid di sekolah.

b)

Pihak sekolah perlu memberikan bekerjasama dengan semua pihak bagi menyelesaikan masalah disiplin yang berlaku di sekolah.

c)

Masyarakat perlu mengembleng tenaga untuk pihak sekolah bagi membantu menurunkan kadar salah laku di sekolah.

d)

Semua sekolah perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap masalah disiplin yang berlaku di sekolah

19.

Semangat bekerjasama dan muafakat yang jitu akan menghasilkan kejayaan, kecuali

a)

ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

b)

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

c)

bagai isi dengan kuku.

d)

muafakat membawa berkat.

20.

Peribahasa yang berikut membawa maksud perbuatan yang sia-sia, kecuali

a)

bagai embun dihujung rumput.

b)

bagai mencurah air ke daun keladi.

c)

bagai hujan turun ke pasir.

d)

bagai mencurah garam ke lautan.