Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengajian Am S1

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah benar tentang Perlembagaan

Persekutuan?

I Mengandungi perlindungan kepada Sabah dan

Sarawak.

II Perlembagaan Persekutuan menentukan konsep

pembahagian kuasa.

III Perlembagaan hanya boleh dipinda dengan

persetujuan Majlis Raja-Raja.

IV Prosiding terhadap raja-raja hanya boleh dilakukan di

Mahkamah Persekutuan.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

2.

Perlembagaan Persekutuan merupakan dokumen yang mengandungi

a)

Semua undang-undang di Malaysia

b)

Hak asasi rakyat bagi menjaga kepentingan mereka

c)

Peraturan dan tatacara bagaimana memerintah negara

d)

Perkara-perkara yang berkaitan cara hidup masyarakat majmuk

3.

Yang manakah tentang kepentingan Perlembagaan Persekutuan

a)

Sebagai asas membentuk kehidupan yang berguna

b)

Menjamin hak warganegara untuk hidup aman dan harmoni

c)

Merupakan panduan kepada kerajaan mengadakan pilihan raya

d)

Menjadi panduan rakyat untuk menentukan hala tuju hidup berpendapatan tinggi

4.

Yang manakah menepati konsep ketertinggian Perlembagaan Persekutuan?

a)

Perlembagaan tidak boleh dipinda

b)

Parlimen berkuasa mentafsir peruntukan perlembagaan

c)

Perlembagaan Persekutuan menjadi punca semua jenis undang-undang

d)

Mahkamah tidak berkuasa untuk membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan

5.

Yang manakah menepati kehendak Perlembagaan Persekutuan?

I Yang di-Pertuan Agong melaksanakan fungsi nasihat

daripada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.

II Kewarganegaraanseseorang boleh dilucutkan atau

mereka sendiri menolaknya.

III Perlembagaan Persekutuan hari ini adalah berasaskan Perlembagaan 1963.

IV Parlimen berbentuk unidewan merupakan satu daripada badan pentadbiran Persekutuan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II danIV

d)

III dan IV

6.

Yang manakah berkaitan dengan agama dalam Perlembagaan Persekutuan?

I Agama Islam merupakan agama Rasmi Persekutuan.

II Kuasa menggubal undang-undang Islam merupakan

kuasa Parlimen.

III Setiap orang boleh menyebarkan ajaran agamanya

kepada penganut agama lain.

IV Setiap orang boleh menubuh dan menyelenggarakan

yayasan bagi agamanya

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Yang manakah pelanggaran kebebasan asasi menurut Perlembagaan Persekutuan?

a)

Encik P tidak dibenarkan memasuki negeri Sarawak

b)

Encik Q diambil tanahnya dengan bayaran pampasan yang dipersetujui

c)

Encik R dirampas hartanya kerana terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram

d)

Encik S dihalang daripada berunding dengan peguam pilihannya semasa dalam tahanan

8.

Yang manakah berkaitan pelanggaran hak asasi seseorang?

a)

Menghalang seseorang warganegara untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan

b)

Merampas hak milik individu lain tanpa kebenaran

c)

Mendapatkan khidmat guaman daripada Biro Bantuan Guaman

d)

Melawan pihak berkuasa daripada melakukan kesalahan

9.

Yang manakah cara perolehan kewarganegaraan bagi anak seorang warganegara Malaysia yang dilahirkan di luar sempadan negara?

a)

Kuat kuasa undang-undang

b)

Pendaftaran

c)

Masukan

d)

Percantuman wilayah

10.

Seseorang warganegara asing yang ingin memperoleh kewarganegaraan Persekutuan dengan cara masukan mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

I Berumur lebih daripada 18 tahun.

II Mempunyai pengetahuan bahasa Melayu yang

memadai.

III Telah bermastautin di Persekutuan 10 daripada 12

tahun sebelum tarikh permohonan.

IV Tidak mempunyai kecacatan fizikal

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Cik Amily seorang warganegara Australia telah berkahwin dengan Encik Johan Abdullah seorang warganegara Malaysia. Apakah jenis kewarganegaraan yang diperoleh cik Amily?

a)

Pendaftaran selepas bermastautin selama dua tahun di Malaysia

b)

Pendaftaran sebaik sahaja permohonan kewarganegaraan dibuat

c)

Masukan sebaik sahaja permohonan kewarganegaraan dibuat

d)

Kuat kuasa undang-undang sebaik sahaja bermastautin selama dua tahun di Malaysia

12.

Yang berikut ialah perkara-perkara yang menyebabkan kewarganegaraan seseorang boleh dilucutkan kecuali

a)

Membuat permohonan kewarganegaraan dengan memberikan maklumat palsu

b)

Ibu bapanya telah dilucutkan kewarganegaraan mereka kerana terlibat dalam perbuatan mengkhianati negara

c)

Tidak setia kepada raja dan negara

d)

Menolak kewarganegaraan secara sukarela

13.

Bagaimana anak berumur 15 tahun yang salah seorang ibu atau bapanya warganegara Malaysia dan telah meninggal dunia untuk memperoleh kewarganegaraan Malaysia?

a)

Kuat kuasa undang-undang

b)

Pendaftaran

c)

Masukan

d)

Percantuman wilayah

14.

· Dilahirkan sebelum Hari Malaysia dan sudah menjadi

warganegara Persekutuan Tanah Melayu.

. Dilahirkan di negara Malaysia pada 6 Julai 1982


Yang manakah cara kewarganegaraan dapat diperoleh mengikut kategori berikut?

a)

Kuat kuasa undang-undang

b)

Pendaftaran

c)

Kemasukan

d)

Percantuman wilayah

15.

Apakah syarat-syarat yang harus dipenuhi oleh seorang warganegara Malaysia jika dia mahu menolak kewarganegaraannya?

I Mestilah mencapai umur 21 tahun dan ke atas. II Mestilah menguasai sesuatu bahasa asing.

III Sudah memperoleh kewarganegaraan negara lain atau hampir memperoleh.

IV Berniat atau merancang untuk berkhidmat di negara lain

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

16.

Yang manakah antara berikut benar jika terdapat percanggahan antara undang-undang persekutuan dengan undang-undang negeri?

a)

Undang-undang persekutuan akan terbatal

b)

Undang-undang persekutuan dan undang-undang negeri akan dipinda untuk mendapatkan persamaan

c)

Undang-undang persekutuan akan digunakan dan undang-undang negeri akan terbatal setakat mana yang bercanggah sahaja

d)

Undang-undang yang bercanggah ini akan dirujuk kepada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri

17.

Yang manakah pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja?

a)

Jemaah Menteri

b)

Bahasa Kebangsaan

c)

Keanggotaan Parlimen

d)

Bahagian Pilihan Raya Persekutuan

18.

Yang manakah isu-isu sensitif yang bercanggah dengan Perlembahaan Persekutuan?

a)

Mempersoalkan corak pentadbiran kerajaan negeri

b)

Meminta agama-agama lain setaraf dengan agama Islam

c)

Bahasa Inggeris digunakan dalam Persidangan Antarabangsa

d)

Pelucutan kewarganegaraan seseorang yang melakukan jenayah berat

19.

Yang manakah pindaan berikut memerlukan sokongan 2/3 daripada ahli Dewan Undangan Negeri dan perkenan Sultan?

a)

Penganugerahan bintang kebesaran

b)

Bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri

c)

Keistimewaan Dewan Undangan Negeri

d)

Pelantikan, pemecatan dan penurunan warisan takhta sulta

20.

Yang manakah perkara-perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipersoalkan?

a)

Hak-hak kebebasan asasi

b)

Keistimewaan Parlimen

c)

Kedudukan istimewa Raja-raja Melayu

d)

Agama Islam sebagai agama Rasmi Persekutuan

21.

“Pindaan terhadap beberapa perkara tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan hanya dianggap lulus jika mendapat sokongan majoriti 2/3 Majlis Parlimen pada bacaan kali kedua dan ketiga dan juga persetujuan Majlis Raja-Raja”

Antara yang berikut yang manakah tertakluk kepada pernyataan tersebut?

a)

Pindaan terhadap kedaulatan raja-raja

b)

Pindaan terhadap kedudukan istimewa orang-orang Melayu

c)

Pindaan terhadap imuniti undang-undang ahli-ahli Parlimen yang menyatakan mereka tidak boleh didakwa di mahkamah atas sebarang perbuatan jenayah

d)

Kelulusan belanjawan negara yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan

22.

Antara pindaan perlembagaan yang berikut, yang manakah memerlukan sokongan majoriti mudah Majlis Parlimen pada bacaan kedua dan ketiga?

a)

Pindaan terhadap pengubahan sempadan bahagian pilihanraya di Semenanjung Malaysia

b)

Pindaan terhadap pelantikan senator dan kehilangan kelayakan mereka

c)

Pindaan terhadap status bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain di Malaysia

d)

Pindaan terhadap kepentingan sah bagi bumiputera di Malaysia

23.

1. Antara berikut, yang manakah bidang kuasa yang terkandung dalam Senarai Bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?

a)

Peruntukan kewangan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri

b)

Parit dan saliran air

c)

Peruntukan hutan simpanan dan pencegahan pemburuan haram

d)

Pengawalan kenaikan harga barangan dan penguatkuasaan Akta Kawalan Bekalan

24.

Antara yang berikut, yang manakah tidak benar?

a)

Pilihan raya kecil boleh diadakan semula sungguhpun sesuatu pilihan raya baru tamat jika diarahkan oleh Mahkamah Tinggi.

b)

Ketua parti yang banyak ahlinya menjadi ahli Dewan Rakyat akan diundang oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan

c)

Pilihan raya umum akan diadakan selepas Parlimen dibubarkan

d)

Pilihan raya kawasan Parlimen dan kawasan Dewan Undangan Negeri mesti diadakan serentak

25.

Kekosongan kerusi di Parlimen akan diisytiharkan apabila seseorang ahli Parlimen itu hilang kelayakannya, meninggal dunia atau berhenti daripada menjadi ahli. Berapakah tempoh untuk mengisi kekosongan kerusi di Parlimen bagi negeri Sabah?

a)

60 hari

b)

90 hari

c)

180 hari

d)

100 hari

26.

Yang manakah antara yang berikut bukan tugas Suruhanjaya Pilihan Raya?

a)

Mempersembahkan keputusan pilihan raya Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong

b)

Menyemak daftar pemilih

c)

Menyemak sempadan kawasan pilihan raya untuk diluluskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri

d)

Menjalankan pemilihan ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara

27.

Antara yang berikut, yang manakah syarat kelayakan untuk seseorang mendaftarkan diri dalam daftar pemilih?

a)

Mencapai umur 18 tahun

b)

Bermastautin di sesuatu kawasan pilihan raya

c)

Warganegara Malaysia

d)

Tidak pernah melakukan kesalahan di sisi undang-undang

28.

Yang manakah antara penyataan yang berikut tidak benar tentang pilihan raya?

a)

Rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas dan sudah mendaftarkan namanya dengan Suruhanjaya Pilihan Raya layak mengundi

b)

Seseorang pengundi yang sah yang diwadkan di hospital boleh mengundi

c)

Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab untuk mengawal keselamatan orang awam semasa pilihan raya.

d)

Pilihan raya kawasan Dewan Undangan Negeri boleh diadakan sebelum pilihan raya kawasan Parlimen

29.

Yang manakah antara yang berikut merupakan bidang tugas Suruhanjaya Pilihan Raya?

a)

Menjaga keselamatan pengundi semasa pilihan raya

b)

Mendengar petisyen pilihan raya

c)

Menentukan calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya memenuhi syarat- syarat tertentu.

d)

Memastikan pilihan raya dilaksanakan dengan adil

30.

Pengundian melalui pos hanya dikhaskan untuk warganegara Malaysia yang

a)

Berada di luar negara kerana melancong

b)

Sedang mendapat rawatan perubatan di luar negara

c)

Sedang melanjutkan pelajaran di luar negara

d)

Berkhidmat dengan keduataan Malaysia di luar negara.

31.

Yang manakah antara yang berikut fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?

a)

Mengawasi kempen pilihan raya

b)

Menyemak dan mengubah kawasan pilihan raya

c)

Menyiapkan dan menyemak daftar pemilih

d)

Melantik ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Ne

32.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang pilihan raya di Malaysia?

a)

Seorang banduan yang baru tamat hukuman penjara layak membuang undi

b)

Pelajar sepenuh masa di luar negara boleh mengundi secara pos

c)

Persempadanan kawasan pilihan raya perlu dilakukan 5 tahun sekali.

d)

Seseorang yang menerima rawatan perubatan di luar negara boleh mengundi secara pos.

33.

Yang manakah antara yang berikut ialah faktor yang menghilangkan kelayakan seseorang untuk bertanding dalam pilihan raya di Malaysia?

a)

Calon disahkan sebagai orang yang tidak waras.

b)

Calon telah didenda RM10,000 oleh mahkamah dalam suatu kes sivil.

c)

Calon telah disingkirkan daripada parti politiknya.

d)

Calon berkelakuan tidak baik dan lemah badan.

34.

Yang di-pertuan Agong dipilih oleh

a)

Majlis Raja-Raja

b)

Jemaah Menteri

c)

Perdana Menteri

d)

Dewan Rakyat dan Dewan Negara

35.

Berikut ialah keistimewaan dan kuasa yang dimiliki oleh Yang di-Pertuan Agong kecuali

a)

Baginda tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah di Malaysia

b)

Keutamaan baginda mengatasi semua orang dalam persekutuan

c)

Baginda ialah Pemerintan Tertinggi Angkatan Tentera

d)

Baginda berhak menolak permintaan untuk membubarkan parlimen

36.

Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Agama Islam di negeri-negeri

a)

Selangor

b)

Pulau Pinang

c)

Perlis

d)

Sabah

37.

Kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong merangkumi pesalah-pesalah yang berikut kecuali

a)

Orang yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tentera

b)

Orang yang didapati bersalah oleh Mahkamah Awam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

c)

Orang yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di Melaka dan Pulau Pinang

d)

Orang yang didapati bersalah oleh Mahkamah Syariah

di Melaka dan Pulau Pinang

38.

Apakah perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong?

a)

Bergiat secara aktif dalam politik

b)

Menolak permohonan untuk membubarkan Parlimen

c)

Mengisytiharkan darurat tanpa berbincang dengan Perdana Menteri

d)

Memohon supaya diadakan mesyuarat Majlis Raja-raja

39.

Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang jawatan Yang di-Pertuan Agong?

a)

Baginda menjalankan tugas atas nasihat Perdana Menteri dan tertakluk pada Perlembagaan Persekutuan

b)

Baginda bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak

c)

Baginda tidak boleh dipecat oleh Kabinet ataupun Parlimen

d)

Baginda merupakan Ketua Agama Islam untuk semua negeri di Semenanjung Malaysia

40.

Apakah yang akan terjadi sekiranya sesuatu rang undang-undang itu tidak diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong?

a)

Rang Undang-undang itu akan dikembalikan kepada Parlimen untuk dibahaskan semula

b)

Rang Undang-undang itu akan dirujuk kepada Majlis Raja-Raja

c)

Rang Undang-undang itu dianggap sebagai diperkenankan oleh Yang di- Pertuan Agong selepas 30 hari

d)

Rang Undang-undang itu terpaksa dimansuhkan