wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Penghayatan Etika dan Peradaban

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Etika berasal daripada Bahasa Yunani iaitu ethos.

Maksud etika yang paling tepat ialah...

a)

hukum, suasana dan budi pekerti.

b)

kepelbagaian adat, kelaziman dan budi pekerti.

c)

hukum, adat resam, kebiasaan dan budi pekerti.

d)

budaya dan sosiologi bangsa.

2.

Pilih krono;ogi pembentukan susur masa etika dan peradaban yang paling tepat.

a)

Pra-kolonial > Kolonial > Pasca kolonial

b)

Pasca kolonial > Kolonial > Pra Kolonial

c)

Kolonial > Pra Kolonial > Pasca Kolonial

d)

Kolonial > Pasca Kolonial > Pra kolonial

3.

Pra Kolonial merujuk kepada zaman...

a)

penguasaan politik, ekonomi dan intelektual terhadap negara yang dikuasai.

b)

masyarakat luar merantau dan berdagang sehingga ke alam Melayu.

c)

era moden yang membawa perubahan melibatkan pemikiran dan nilai.

4.

Kolonial merujuk kepada zaman...

a)

penguasaan politik, ekonomi dan intelektual terhadap negara yang dikuasai.

b)

masyarakat luar merantau dan berdagang sehingga ke alam Melayu.

c)

era moden yang membawa perubahan melibatkan pemikiran dan nilai.

5.

Pasca Kolonial merujuk kepada zaman...

a)

penguasaan politik, ekonomi dan intelektual terhadap negara yang dikuasai.

b)

masyarakat luar merantau dan berdagang sehingga ke alam Melayu.

c)

era moden yang membawa perubahan melibatkan pemikiran dan nilai.

6.

[Menyedari dan menghormati budaya etnik lain serta mempertahankan budaya hidup masing-masing ]

Pernyataan di atas merujuk kepada tahap-tahap hubungan etnik di Malaysia iaitu...

a)

Segregasi

b)

Akomodasi

c)

Akulturasi

d)

Asimilasi

7.

[ Menerima unsur kebudayaan dari satu kelompok masyarakat lain tetapi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat Contoh - pemaikaian tali leher dan seluar ]

Kenyataan-kenyataan di atas merujuk kepada tahap-tahap hubungan etnik di Malaysia iaitu...

a)

Akomodasi

b)

Akulturasi

c)

Asimilasi

d)

Amalgamasi

8.

[ Proses apabila budaya atau ras bercampur aduk dan membentuk ras atau generasi baru]

Kenyataan di atas merujuk kepada tahap-tahap Hubungan etnik di Malaysia iaitu...

a)

Akulturasi

b)

Akomodasi

c)

Asimilasi

d)

Amalgamasi.

9.

“Penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza menjadi satu entiti fizikal.”


Kenyataan di atas merujuk kepada ________

a)

Kesepaduan Sosial

b)

Kesepaduan Nasional

c)

Etos Nasional

d)

Etos Sosial

10.

Alat utama teras kesepaduan nasional terdiri daripada ____________ dan _____________.

a)

Perlembagaan Persekutuan

b)

Rukun Negara

c)

Kontrak Sosial

d)

Bendera Kebangsaan

11.

Berikut merupakan ciri-ciri kemajmukan bangsa KECUALI _________

a)

Berkongsi norma hidup

b)

Berkongsi agama

c)

Berkongsi persamaan nilai

d)

Berkongsi kerencaman sosial

12.

Asas utama kesepaduan sosial adalah _____________


(Lebih daripada satu jawapan)

a)

Persaingan antara kaum

b)

Masyarakat tanpa konflik

c)

Mewujudkan keadaan yang stabil

d)

Pengkhususan ekonomi mengikut kaum

13.

Tapak _________ adalah anak kunci kepada kesepaduan.

a)

Etnik

b)

Konstruk

c)

Integrasi

d)

Komuniti

14.

Detik-detik perpaduan boleh berlaku dalam suasana berikut, KECUALI ____________

a)

pemakanan

b)

aktiviti sukan

c)

ritual keagamaan

d)

bantuan bencana

15.

Bakso, nasi lemak, roti canai dan sebagainya boleh dijadikan detik perpaduan masyarakat Malaysia dalam aspek ___________

a)

perkahwinan

b)

sukan

c)

kesihatan

d)

makanan

16.

Kepelbagaian agama dan kepercayaan di Malaysia dapat dipupuk melalui perpaduan dengan cara ____________

a)

meraikan agama lain dengan ritual tertentu

b)

menganggap agama adalah sama sahaja

c)

sembahyang bersama-sama

d)

budaya kunjung-mengunjung

17.

Variasi kaum dan agama melahirkan diversiti ritual dan amalan kepercayaan. Bagaimanakah cara terbaik bagi menangani isu ini?

a)

Menafikan hak dan kepercayaan kaum lain

b)

Titik perbezaan kaum dan kepercayaan diterima dan berlapang dada

c)

Melupakan sebentar identiti kepercayaan sendiri dan menyertai kaum lain

d)

Menghapuskan kaum lain agar tidak berlaku lagi sebarang konflik

18.

Bilakah pengisytiharan Rukun Nrgara?

a)

31 Ogos 1957

b)

31 Ogos 1970

c)

16 September 1963

d)

16 September 1970

19.
  • Mewujudkan perpaduan yang lebih erat dalam seluruh masyarakat.
  • Membina sebuah masyarakat progresif berlandaskan sains dan teknologi moden.


Kenyataan tersebut menjelaskan tentang objektif __________.

a)

Majlis Gerakan Negara (Mageran)

b)

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

c)

Integrasi Nasional

d)

Rukun Negara

20.

Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) terdiri daripada ____________ matlamat utama yang dikemukakan oleh__________________.

a)

14

b)

17

c)

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB)

d)

Kerajaan Malaysia