WorksheetsBAHASA MELAYU - TATABAHASA T3
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
"Mangsa bencana banjir akan dibantu melalui_________ yang diwujudkan", kata wakil rakyat itu semasa menyampaikan ucapannya di hadapan para penduduk kampung.
sumbangan
simpanan
derma
dana
Emak sentiasa mengingatkan adik yang tinggi lampai itu supaya berjalan dengan_____ badannya agar tidak bongkok sabut apabila tua kelak.
mendirikan
menegapkan
menegakkan
melempangkan
Dompet itu diperbuat____________ kulit ikan pari.
daripada
oleh
pada
dari
"Titah perintah tuanku terjunjung di atas batu jemala______________”kata syeikh Shamsuddin kepada Sultan Mansur Syah.
beta
patik
hamba
baginda
Prestasi Hanim dalam pelajaran makin lama semakin baik.
makin lama makin membaik
semakin lama makin baik
semakin lama semakin baik
makin lama semakin baik
Semua murid-murid lelaki itu sedang membaca buku di perpustakaan.
semua murid lelaki
semua murid lelaki-murid lelaki
murid lelaki-murid lelaki
semua murid-murid lelaki
Ikram _____________ sebaldi air untuk disiram pada pokok bunganya yang kekeringan akibat cuaca panas.
menjunjung
menjinjing
mengelek
memikul
Menurut buku panduan resepi itu, ibu akan memasukkan_____________ garam ke dalam masakan kari ikan patin.
segenggam
seketul
secubit
seberkas
Puteri raja itu akan ______________ untuk bersiram di tepi sungai sambil ditemani oleh dayang istana.
bertolak
bergerak
berjalan
berangkat
Amirul amat pandai mengarang novel sejak menghadiri bengkel penulisan novel remaja anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.
teramat pandai sekali
teramat terpandai sekali
amat terpandai sekali
amat pandai
Peribahasa cubit peha kanan, peha kiri juga terasa membawa maksud
sesuatu pekerjaan yang sukar hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh
jika ahli keluarga mendapat susah, yang lain akan turut susah
bertindak dengan tergesa-gesa, akhirnya akan merugikan diri sendiri.
orang yang malu bertanya, akan tersesat di pertengahan jalan
Peribahasa yang berikut membawa maksud pasangan yang sama cantik dan sama padan, kecuali
seperti isi dengan kuku
seperti pinang dibelah dua
seperti cincin dengan permata
seperti bulan dengan matahari
Perangai Nurul yang suka menjahit baju ketika waktu lapang sama seperti perangai ibunya.
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.
Genggam bara api biar sampai jadi arang.
Alang-alang mandi biar basah.
Fenomena El-Nino telah menyebabkan ____________ di negara kita mengalami jerebu yang teruk.
lalu lintas
jalan raya
suhu panas
ruang udara
Tetamu yang menghadiri kenduri di rumah Pak Mahat ________ ketika makan di ruang tamu.
beratur
berlunjur
bersimpuh
bertingguh
Mamat ingin berhijrah ke bandar tetapi tidak kesampaian kerana ibunya berhasrat supaya dia berkahwinkan dengan gadis pilihannya. Tiada kesalahan.
berhijrah
berhasrat
berkahwinkan
tiada kesalahan
Johari hanya terpinga-pinga _________ Cikgu Azhar menanyakan soalan Matematik kepadanya.
sejak
kerana
dengan
apabila
Guru yang ditempatkan di sekolah pedalaman hendaklah memiliki sifat yang _______ apabila menjalankan tugas.
tegas
teguh
kuat
kental
Amalan ................. orang yang sedang sakit di hospital merupakan suatu amalan yang mulia.
menoleh
menonton
memandang
menziarah
Walaupun Hijaz berasa penat bekerja berulang-alik dari Seremban ke Kuala Lumpur, namun gaji yang diterimanya adalah ........................
berbaloi
berpadan
berkaitan
bertepatan
