wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEM 1 R7

Total questions: 15

Worksheet time: 45mins

Name
Class
Date
1.

Pada peringkat awal, sesebuah kementerian akan merangka draf undang-undang yang perlu digubalnya dengan bantuan penasihat undang-undang kementerian dan dengan bantuan

a)

Majlis Peguam

b)

Biro Bantuan Guaman

c)

Jabatan Peguam Negara

d)

Ketua Hakim Negara

2.

Pernyataan manakah yang tidak benar tentang Ahli Dewan Undangan Negeri?

a)

Terdiri daripada warganegara yang berumur 21 tahun ke atas

b)

Boleh mewakili kawasan pilihanraya Parlimen

c)

Boleh mewakili lebih daripada satu kawasan pilihanraya peringkat negeri

d)

Berkhidmat sebagai wakil rakyat selama lima tahun

3.

Antara kes berikut, yang manakah tidak boleh dirayu di Mahkamah Persekutuan?

a)

Nilai perkara yang dipertikai berjumlah RM300 000.00

b)

Pihak plaintif tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi

c)

Keputusan yang diambil oleh Mahkamah sebelumnya masih boleh dipertikai

d)

Rayuan itu hanya berkaitan dengan tuntutan berhubung dengan kos perbicaraan

4.

Yang berikut ialah keterangan yang benar tentang seseorang hakim kecuali

a)

memegang jawatan selama mana yang diperkenan oleh DYMM

b)

diberi hak menafsir Akta dan Enakmen

c)

menentukan keadilan dijalankan tanpa tekanan

d)

boleh dilucutkan jawatan oleh DYMM dengan syor tribunal

5.

Pernyataan yang benar tentang ahli-ahli Suruhanjaya ialah

a)

dilantik untuk berkhidmat selama 5 tahun

b)

boleh dilantik semula sehingga umur maksimum 58 tahun

c)

tidak boleh dipecat kecuali dengan sebab yang sama dengan sebab-sebab pemecatan hakim Mahkamah Persekutuan

d)

saraan mereka ditentukan oleh DYMM

6.

Antara berikut yang manakah menjadi penasihat kepada Kerajaan Persekutuan dari segi undang-undang?

a)

Ketua Hakim Negara

b)

Majlis Peguam

c)

Penasihat Undang-Undang

d)

Peguam Negara

7.

Keterangan yang benar tentang penggunaan bahasa Inggeris di negara ini dalam masa sepuluh tahun selepas Hari Merdeka ialah, bahasa tersebut digunakan

a)

sebagai bahasa pengantar tunggal di sekolah-sekolah

b)

oleh ahli-ahli Parlimen dalam persidangan Parlimen

c)

dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan

d)

sebagai bahasa rasmi yang kedua selepas bahasa Melayu

8.

Akta Bahasa Kebangsaan 1967 menetapkan bahawa

a)

rang undang-undang dan akta-akta Parlimen dibuat dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

b)

bahasa dalam perbicaraan mahkamah ialah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

c)

tiada halangan bagi penduduk menuturkan bahasa lain selain bahasa Melayu dalam situasi tidak rasmi

d)

apabila rang undang-undang dibuat dalam bahasa Melayu dan Inggeris, teks sahihnya adalah dalam bahasa Melayu

9.

Antara yang berikut, dalam hal apakah orang Melayu mempunyai keistimewaan mengikut Perlembagaan?

a)

Peruntukan dan kelayakan kewarganegaraan

b)

Perolehan pinjaman perniagaan

c)

Jawatan dalam perkhidmatan awam

d)

Perkhidmatan rejimen askar Melayu

10.

Antara yang berikut, manakah keterangan yang benar tentang peruntukan diraja bagi DYMM?

a)

Peruntukan dibuat oleh Kabinet

b)

Dipertanggungjawabkan kepada Kumpulan Wang Amanah Negara

c)

Jumlahnya tidak boleh dikurangkan sewaktu DYMM itu memegang jawatan

d)

Termasuk bayaran anuiti kepada Raja Permaisuri Agong

11.

Pilih pernyataan yang benar tentang undang-undang di negara ini.

a)

Akta atau statut ialah undang-undang tertinggi bagi negara ini.

b)

Undang-undang yang dibuat selepas Hari Merdeka akan terbatal sekiranya bertentangan dengan Perlembagaan, kecuali semasa darurat.

c)

Undang-undang berkaitan Bahasa Kebangsaan, keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta keistimewaan Raja-raja Melayu tidak boleh diubah.

d)

Sesuatu pindaan terhadap perlembagaan hanya akan diluluskan apabila mendapat sokongan dua pertiga daripada Majis Parlimen.

12.

Di peringkat Persekutuan institusi yang terlibat dalam penggubalan undang-undang ialah

a)

Dewan Rakyat

b)

Dewan Negara

c)

Mahkamah Persekutuan

d)

Suruhanjaya Kehakiman

13.

Jika berlaku pertikaian antara dua kerajaan negeri dan pertikaian itu dibawa ke mahkamah, mahkamah yang akan membicarakannya ialah ..

a)

Mahkamah Khas

b)

Mahkamah Persekutuan

c)

Mahkamah Rayuan

d)

Majlis Privy

14.

Antara pindaan Perlembagaan yang berikut, manakah yang perlu mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja?

a)

Membabitkan hak kebebasan asasi individu

b)

Melibatkan status kewarganegaraan penduduk

c)

Membabitkan hak keistimewaan orang Melayu

d)

Menyentuh hak kepentingan yang sah bagi penduduk tetap

15.

Umur minimum untuk menganggotai Dewan Rakyat ialah ............. manakala untuk keanggotaan Dewan Negara pula ialah .........

a)

21 tahun, 25 tahun

b)

18 tahun, 30 tahun

c)

30 tahun, 21 tahun

d)

18 tahun, 21 tahun