WorksheetsPSV TINGKATAN 2 (KOMUNIKASI VISUAL - FOTO)
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
Perkataan fotografi berasal daripada perkataan Greek, iaitu ' photos' bermaksud cahaya dan 'graphein' bermaksud ___________ .
Mewarna
Melukis
Menggambar
Meniru
Kamera pinhole merupakan kamera yang paling ringkas, kamera ini terdiri daripada kotak __________ dengan satu lubang jarum dan kertas foto atau filem pada arah bertentangan.
Kedap udara
Kedap air
Kedap cahaya
Kedap gas
Konsep kamera pinhole adalah beradasarkan teori ________ .
Optik
Titik lenyap
Pantulan cahaya
Titik buta
Cahaya yang masuk melalui lubang kecil kamera tersebut akan memancarkan imej pada arah yang bertentangan. Oleh itu, imej yang dipancarkan adalah _____________ .
Nyata
Betul
Kabur
Songsang
Gambarajah menunjukkan sebuah kamera pinhole. Kamera ini adalah hanya untuk objek pegun sahaja, namun objek yang bergerak memerlukan pendedahan kepada ______________ untuk menghasilkan imej yang terang dan jelas.
Cahaya Sekejap
Cahaya yang lama
Cahaya matahari
Cahaya samar
Antara berikut, manakah ciri-ciri kamera pinhole yang betul?
Semakin kecil lubang, imej akan semakin jelas dan terang
Semakin dekat dengan lubang, semakin sudut akan mengecil sehingga cahaya yang sampai pada permukaan kertas akan menghasilkan gambar yang lebar
Kamera berbentuk silinder akan menghasilkan imej yang cembung sperti penggunaan lensa fish eye
kamera berbentuk segi empat akan menghasilkan imej yang normal dan nyata
Kedudukan jarak antara kertas foto dengan lubang akan menentukan kelebaran sudut cahaya.
Kamera pinhole telah dicipta oleh seorang saintis muslim yang bernama _____________ (965-1040M).
Siapakah yang dimaksudkan?
Ibn Haytham
Al Farabi
Ibn Sina
Al Khawarizmi
Kewujudan kamera pinhole adalah untuk membuktikan fakta bahawa...
Cahaya bergerak lebih perlahan daripada kelajuan bukaan mata
Cahaya bergerak dan tidak dapat dipantulkan
Cahaya bergerak dalam satu garis lurus dan penglihatan dihasilkan oleh cahaya bergerak ke dalam mata
Cahaya infra merah adalah cahaya yang tidak diperlukan dalam teknologi
Kamera pinhole boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan terpakai seperti?
Kotak
Tin
Kertas
Botol
Kamera obscura adalah kamera yang diciptakan oleh Gemma Frisius pada tahun 1544 untuk merakam aktiviti?
Meteor
Gerhana bulan
Asteroid
Gerhana matahari
