wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PA KEWARGANEGARAAN DAN HAK ASASI

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Yang berikut ialah perkara-perkara yang menyebabkan kewarganegaraan seseorang warganegara Malaysia boleh dilucutkan kecuali

a)

Ibu bapanya telah dilucutkan kewarganegaraan mereka kerana terlibat dalam perbuatan yang mengkhianati negara.

b)

Dia tidak setia kepada raja dan negara

c)

Dia menolak kewarganegaraan secara sukarela

d)

Dia membuat permohonan kewarganegaraan dengan maklumat palsu.

2.

Dengan cara apakah isteri seorang warganegara Malaysia atau anak berumur 15 tahun yang salah seorang ibu atau bapanya warganegara Malaysia dapat memperoleh kewarganegaraan Malaysia?

a)

Pendaftaran

b)

Kemasukan

c)

Percantuman wilayah

d)

Kuat kuasa undang-undang

3.

Seseorang warganegara Malaysia akan menolak taraf kewarganegaraan apabila dia

a)

Mendapati ekonomi negara semakin merundum

b)

Didapati bersalah kerana mengedar dadah

c)

Gagal mencabar keputusan pilihan raya

d)

Memohon kewarganegaraan negara lain

4.

Perkara 10 memperuntukkan mengenai kebebasan bercakap, berhimpun, dan menubuhkan persatuan. Namun, adalah satu kesalahan seandainya seseorang itu mempersoalkan hal-hal sensitif seperti :

a)

Kelemahan jentera pentadbiran kerajaan

b)

Hak dan kedaulatan raja-raja

c)

Masalah sosial

d)

Masalah ekonomi

5.

Menurut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Bahasa Melayu ditetapkan sebagai Bahasa Kebangsaan bagi maksud rasmi. Yang manakah antara pernyataan yang berikut tidak benar?

a)

Apa-apa Bahasa lain boleh digunakan, diajarkan, atau dipelajari bagi maksud bukan rasmi.

b)

Bahasa inggeris dijadikan Bahasa kedua

c)

Bahasa ibunda kaum-kaum yang lain tidak disekat perkembangannya.

d)

Bahasa melayu digunakan dalam semua urusan rasmi negara

6.

Apakah syarat-syarat yang harus dipenuhi oleh seorang warganegara Malaysia jika dia

mahu menolak kewarganegaraannya?

I Mestilah mencapai umur 21 tahun dan ke atas.

II Mestilah menguasai sesuatu bahasa asing.

III Sudah memperoleh kewarganegaraan negara lain atau hampir memperoleh.

IV Berniat atau merancang untuk berkhidmat di negara lain.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

7.

Lee Lian Hui seoramg warganegara China berkahwin dengan Donald Wong seorang

warganegara Malaysia. Apakah syarat-syarat yang mesti dipenuhi oleh Lee Lian Hui

sebelum dapat menjadi warganegara Malaysia?


I Mestilah bermastautin di Malaysia bagi tempoh sekurangnya dua tahun sebelum

tarikh permohonan.

II Mendapat pekerjaan yang tetap di Malaysia.

III Membuat permohonan melalui cara kemasukan.

IV Berkelakuan baik.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Menurut perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu mestilah


I menganuti agama Islam.

II bertutur dalam bahasa ibunda.

III mengamalkan adat istiadat Melayu.

IV dilahirkan di Persekutuan atau Singapura selepas Hari Merdeka.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

9.

Yang manakah berkaitan pelanggaran hak asasi seseorang?

a)

Menghalang seseorang warganegara untuk mendapatkan perkhidmatan

kesihatan.

b)

Mendapatkan khidmat guaman daripada Biro Bantuan Guaman.

c)

Melawan pihak berkuasa daripada melakukan kesalahan.

d)

Merampas hak milik individu tanpa kebenaran

10.

Yang manakah cara perolehan kewarganegaraan bagi anak seorang warganegara

Malaysia yang dilahirkan di luar sempadan negara?

a)

Pendaftaran

b)

Masukan

c)

Kuatkuasa undang-undang

d)

Percantuman wilayah.

11.

Cik Attireh seorang warganegara Australia telah berkahwin dengan Encik Johan

Abdullah seorang warganegara Malaysia. Apakah jenis kewarganegaraan yang

diperoleh cik attireh?

a)

Pendaftaran selepas bermastautin dua tahun di Malaysia

b)

Pendaftaran sebaik sahaja permohonan kewarganegaraan dibuat.

c)

Masukan sebaik sahaja permohonan kewarganegaraan dibuat.

d)

Kuat kuasa undang-undang sebaik sahaja bermastautin selama dua tahun di

Malaysia.

12.

Yang berikut ialah perkara-perkara yang menyebabkan kewarganegaraan seseorang

boleh dilucutkan kecuali.

a)

Membuat permohonan kewarganegaraan dengan memberikan maklumat palsu.

b)

Menolak kewarganegaraan secara sukarela

c)

bu bapanya telah dilucutkan kewarganegaraan mereka kerana terlibat dalam

perbuatan mengkhianati negara.

d)

Tidak setia kepada raja dan negara.

13.

 Dilahirkan sebelum Hari Malaysia dan sudah menjadi warganegara Persekutuan

Tanah Melayu.

 Dilahirkan di negara Malaysia pada 6 Julai 1982.


Yang manakah cara kewarganegaraan dapat diperoleh mengikut kategori berikut?

a)

Pendaftaran.

b)

Kemasukan.

c)

Kuatkuasa undang-undang

d)

Percantuman wilayah.

14.

Bagaimana anak berumur 15 tahun yang salah seorang ibu atau bapanya warganegara

Malaysia dan telah meninggal dunia untuk memperoleh kewarganegaraan Malaysia?

a)

Pendaftaran

b)

Kuat kuasa undang-undang

c)

Masukan.

d)

Percantuman wilayah.

15.

Yang manakah bukan kebebasan asasi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan

a)

Kesamarataan

b)

Kebebasan diri

c)

Pengabdian dan kerja paksa

d)

Berarak dan mengadakan sebarang perhimpunan

16.

Satu daripada peruntukan dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan ialah tiap-tiap

warganegara bebas dan mengeluarkan fikirannya, tetapi dilarang daripada mengungkit

isu-isu sensitif.

yang manakah bukan isu sensitif?

a)

Bahasa kebangsaan

b)

Agama persekutuan

c)

Kedaulatan raja melayu

d)

Hak warga asing

17.

Encik X ditahan oleh pihak polis kerana disyaki terlibatd alam kes bunuh.Perintah

tahanan telah dikeluarkan oleh mahkamah.

yang manakah bukan hak yang ada pada Encik X ketika dalam tahanan polis.

a)

Hak diberitahu sebab ditahan

b)

Hak mendapat habeas corpus untuk membebaskan diri dari tahanan

c)

Hak berjumpa ahli keluarga terlebih dahulu

d)

Hak untuk berunding dan berjumpa peguam

18.

Yang manakah dua kedudukan istimewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan?


I Status tanah rizab melayu

II Hak rumah

III kuota peluang pendidikan

IV Hak melancong dalam negara

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan III

d)

III dan IV

19.

Apakah maksud kesamarataan disisi undang-undang bagi setiap warganegara

Malaysia.

a)

Semua warganegara adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan sama rata di sisi undang-undang.

b)

Semua warganegara adalah sama rata untuk mendapat sebarang bekalan makanan

c)

Semua warganegara adalah sama rata untuk mendapat pinjaman dan bantuan

d)

Semua warganegara adalah sama rata untuk mendapat jaminan untuk tinggal di sesuatu kawasan mengikut semahunya tempoh untuk tinggal.

20.

Yang manakah pelanggaran kebebasan asasi menurut Perlembagaan Persekutuan?

a)

Encik Pairus tidak dibenarkan memasuki negeri Sarawak.

b)

Encik Rody dirampas hartanya kerana terlibat dengan aktiviti pengubahan wang

haram.

c)

Encik Samsul dihalang berunding dengan peguam semasa dalam tahanan.

d)

Encik Qabil diambil tanahnya dengan bayaran pampasan yang dipersetujui.