wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

4. BAHAGIAN FUNGSIAN

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

"Penggunaan teknologi maklumat dalam sesebuah perniagaan dapat meluaskan pasaran ke peringkat global"


Pernyataan di atas menunjukkan kelebihan dalam menggunakan teknologi maklumat.


Apakah peranan bahagian fungsian teknologi maklumat?

a)

Membuat promosi melalui radio dan surat khabar

b)

Membina laman web untuk memperkenalkan barang

c)

Menggunakan kapal terbang untuk menghantar barang

d)

Mengambil lebih ramai pekerja untuk memasarkan barang

2.

Mengapakah teknologi maklumat penting dalam sesebuah organisasi perniagaan?

a)

Dapat meluaskan pasaran

b)

Dapat memproses barang dengan cepat

c)

Dapat meningkatkan kuantiti pengeluaran

d)

Dapat mengagihkan barang kepada pengguna

3.

Apakah bahagian fungsian yang terlibat dalam pernyataan berikut?


"Pembayaran gaji dan bonus kepada pekerja dalam sesebuah organisasi perniagaan"

a)

belian

b)

kewangan

c)

khidmat pelanggan

d)

pentadbiran

4.

Apakah kepentingan mewujudkan pasaran baharu?

a)

Dapat membuat promosi

b)

Dapat menguasai pasaran baharu

c)

dapat meningkatkan jumlah pekerja

d)

dapat menggunakan teknologi moden

5.

Mengapakah kawalan selepas pengeluaran perlu dilakukan oleh unit staf bahagian fungsian pengeluaran?

a)

Mengawal penggunaan sumber secara efektif

b)

Memastikan peralatan dan mesin dalam keadaan baik

c)

Mengatasi setiap masalah yang timbul dalam pengeluaran dengan segera.

d)

Memastikan produk yang dihasilkan mengikut standard yang betul

6.

Strategi pemasaran terbahagi kepada dua iaitu Y dan campuran pemasaran.


Apakah Y?

a)

Lokasi

b)

Harga

c)

Promosi

d)

Sasaran pasaran

7.

Yang manakah menerangkan aktiviti pemasaran dengan tepat?

a)

Aktiviti menjual barang kepada pengguna

b)

Aktiviti mengagihkan barang daripada penjual kepada pengguna

c)

Aktiviti memperkenalkan barang oleh penjual kepada pengguna

d)

Aktiviti pertukaran barang yang dapat memberi nilai kepada penjual dan pengguna

8.

Maklumat di bawah tentang ciri-ciri sesuatu barang atau perkhidmatan.


*Perlu tempahan

*Tidak tahan lama


Apakah jenis saluran yang paling sesuai untuk memasarkan produk yang mempunyai ciri-ciri tersebut?

a)

Pengeluar --> Pengguna

b)

Pengeluar --> Peruncit --> Pengguna

c)

Pengeluar --> Pemborong --> Peruncit --> Pengguna

d)

Pengeluar --> Ejen --> Peruncit --> Pengguna

9.

Mengapakah struktur organisasi dibahagikan mengikut bahagian fungsian?

a)

Memaksimumkan keuntungan

b)

Mengurangkan bilangan pekerja

c)

Meminumumkan kos pengeluaran

d)

Anggota organisasi perniagaan mengetahui tugas masing-masing.

10.

*Menghasilkan barang dan perkhidmatan

*Memasarkan barang kepada pengguna untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka

*Merancang dan menjalankan proses transformasi input


Apakah bahagian fungsian berkaitan pernyataan di atas?

a)

Bahagian fungsian pembelian

b)

Bahagian fungsian pengeluaran

c)

Bahagian fungsian pentadiran

d)

Bahagian fungsian pemasaran