wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM STPM PENGGAL 1 ( FONOLOGI SET 1)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah keterangan yang benar tentang vokal bahasa Melayu?

i. Semasa menghasilkannya, pita suara bergetar

ii. semua vokal bahasa Melayu merupakan vokal asli.

iii. Terdapat dua huruf yang melambangkan satu vokal.

iv. Semasa penghasilannya, lelangit lembut diturunkan.

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

2.

i - Depan lidah dinaikkan ke arah lelangit keras tetapi tidak setinggi seperti menghasilkan vokal /i/

ii Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan.


Vokal yang dihasilkan dengan cara di atas terdapat dalam kedua-dua perkataan dalam pasangan

a)

endah - pendek

b)

kerat - herot

c)

teler - pekat

d)

sendat - cendol

3.

Pasangan perkataan yang manakah yang kedua-duanya mengandungi vokal yang penyebutannya mengalami sengauan

a)

nano - sejat

b)

ketua - maha

c)

ambil - mawar

d)

gunung - kemaruk

4.

Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya, semasa penyebutannya berlaku pelelangitkerasan?

a)

kuat - liang

b)

lauk - tuak

c)

paut - muat

d)

piat - ketiak

5.

Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya ketika penyebutannya berlaku pengglotisan sebagai artikulasi tambahan?

a)

faedah - godaan

b)

persenjataan - Anuar

c)

keibu-ibuan - rakyat

d)

kualiti - suara

6.

Yang manakah perkataan yang ada antara vokalnya tidak mengalami penyengauan?

i. mewah

ii. menerjah

iii. menganiaya

iv. menanggung

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

7.

Pasangan perkataan yang manakah yang kedua-duanya mengandungi vokal belakang?

i. karet - toreh

ii. terus - jagoh

iii. boleh - sapu

iv. tukul - sempit

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

8.

Sesuatu jenis vokal itu dikategorikan sebagai vokal luas atau sempit berdasarkan

i keadaan dua bibir

ii. bahagian lidah yang terlibat

iii.buka antara rahang bawah dan atas

iv. tinggi atau rendahnya lidah dinaikkan

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

9.

menggeletek


Dalam perkataan di atas, vokal depan separuh sempit terdapat dalam suku kata

i. pertama

ii. kedua

iii. ketiga

iv. keempat

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

10.

Yang manakah perkataan yang kesemua vokalnya mengalami nasalisasi?

a)

memanfaatkan

b)

menyaingimu

c)

mengerumuni

d)

menemankannya

11.

Yang manakah perkataan yang mengandungi vokal yang sebutannya mengalami palatalisasi?

a)

kemandulan

b)

lengkuas

c)

mengeliat

d)

penerokaan

12.

Yang manakah perkataan yang vokalnya mengalami kelainan sebutan semasa perkataan itu dibunyikan?

i. nama

ii. minum

iii. karung

iv. sumbu

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

13.

Jenis vokal bahasa melayu ditentukan oleh

i. getaran pita suara

ii bukaan rongga mulut

iii. bahagian lidah yang terlibat

iv. sekatan terhadap laluan udara

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

14.

vokal depan luas + letupan gusi tak bersuara + vokal depan luas + letupan dua bibir tak bersuara


Percantuman bunyi-bunyi di atas menghasilkan perkataan

a)

adat

b)

epal

c)

atap

d)

esak

15.
  • udara yang keluar dari paru-paru dihalang laluannya
  • alat artikulasi tertentu dirapatkan pada titik artikulasi
  • udara dilepaskan dengan pantas


Konsonan yang terhasil melalui cara penghasilan di atas ialah

a)

geseran

b)

letupan

c)

letusan

d)

sisian

16.
  • udara dari paru-paru disekat pada artikulasi gusi-lelangit keras
  • udara kemudian dilepaskan secara perlahan-lahan
  • keadaan pita suara terbuka


Bunyi yang dihasilkan dengan cara di atas terdapat dalam perkataan

i. hambat

ii. cetus

iii. olahan

iv. klac

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

17.

Yang manakah perkataan yang mengandungi konsonan pinjaman bahasa Arab?

i. khasiat

ii. muafakat

iii. maksiat

iv. insaniah

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

18.

Bunyi yang terdapat pada awal suku kata ketiga dan suku kata keempat pada perkataan perubatan ialah konsonan

a)

letupan dua bibir bersuara, letupan gusi tak bersuara

b)

letupan dua bibir tak bersuara, letupan gusi bersuara

c)

vokal belakang sempit, letupan dua bibir bersuara

d)

getaran gusi, letupan gusi tak bersuara

19.

Yang manakah perkataan yang mengandungi konsonan pinjaman?

i. bakat

ii. formal

iii. prihatin

iv. masyarakat

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

20.

Pada perkataan manakah dalam sebutannya terdapat bunyi hentian atau letupan glotis?

i. manfaat

ii. politik

iii. gerabak

iv. kerabat

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv