WorksheetsCERPEN BAWOD
Total questions: 15
Worksheet time: 11mins
Pada permulaan cerita, mengapakah Beluntung keresahan?
haiwan-haiwan peliharaannya itu mati lemas
hujan lebat telah turun di kampung Beluntung
memikirkan keselamatan nyawa dua ekor haiwan peliharaannya
air Sungai Layong telah melepasi paras tebing
Bawod merupakan seekor ..............
lembu
kerbau
kambing
biri-biri
Keesokan harinya, pada awal-awal pagi, Beluntung telah turun ke tanah mencari haiwan-haiwan peliharaannya berbekalkan ................
makanan
parang
pucuk ubi kayu
lampu suluh
Dimanakah Beluntung akhirnya menemukan haiwan-haiwan peliharaannya?
di tebing Sungai Layong
berdekatan dengan pokok nangka yang rimbun
di bawah pohon kelapa
di padang Kampung Layong
Mengapa Beluntung menggunakan khidmat kerbaunya, Tuyog yang ditungganginya setiap hari untuk ke sekolah?
untuk merentas hutan yang penuh semak-samun
untuk meredah air sungai yang agak dalam
untuk mengharungi perjalanan yang jauh
untuk melatih Tuyog sebelum menyertai Pesta Lumba Kerbau
Beluntung sering menjadi bahan ejekan kawan-kawannya kerana ........................
dia lemah dalam pembelajaran
dia seorang yang miskin
dia tidak mempunyai kawan
dia membawa Tuyog ke sekolah
Beluntung berasa kesabarannya tercabar apabila.......................................
Basil telah membuang buku-bukunya ke lantai
kerbaunya, Tuyog diganggu oleh anjing
leher kerbaunya telah terjerut tali
kambingnya, Bawod diusik oleh kawan-kawan sekelasnya
Mengapakah Cikgu Rambuyat meminta Basil memohon maaf kepada Beluntung?
Basil telah mengejek Beluntung
Basil telah membuang buku-bukunya ke lantai
Basil menjerut leher kerbau Beluntung dengan tali
Basil mengusit kambing Beluntung
Apakah pesanan ibunya yang menyebabkan Beluntung tidak jadi bergaduh dengan rakan-rakan sekelasnya yang sering mengatanya?
Jika ingin bersaing, bersainglah dalam pelajaran.
Bersabar dengan segala cabaran dan rintangan.
Jangan menyimpan dendam.
Jangan menimbulkan pergaduhan.
Beluntung telah menyertai Pesta Lumba Kerbau peringkat Kampung Layong. Dia menunggangi Tuyog ketika menyertai perlumbaan itu dan memperoleh tempat ....................
pertama
kedua
ketiga
tercorot
Mengapakah Beluntung terkejut hingga menyebabkan dia tersungkur dan pengsan buat seketika?
Bawod sudah disembelih untuk dijadikan lauk kenduri
Tuyog sudah disembelih untuk dijadikan lauk kenduri
banyak orang kampung berada di rumahnya
bapanya mengadakan kenduri kesyukuran
Mengapakah bapa Beluntung menyembelih Bawod?
mengadakan kenduri kesyukuran
meraikan Beluntung yang berjaya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan darjah enam
meraikan kejayaan Beluntung dalam Pesta Lumba Kerbau
mengadakan kenduri korban
Antara pilihan jawapan yang berikut, yang manakah BUKAN persoalan yang terdapat dalam cerpen Bawod?
Kegigihan seorang murid dalam mengejar impian
Pengorbanan dan kesetiaan antara dua ekor haiwan
Pendidikan tinggi tidak menjamin keperibadian
Kesetiaan haiwan peliharaan terhadap tuan
Beluntung bertekad untuk fokus dalam pelajarannya dan menjadi salah seorang pelajar terbaik di SRK Timbang Pasir.
Nyatakan LATAR MASYARAKAT yang sesuai dengan contoh peristiwa yang diberi.
Masyarakat pendidik yang amanah dan bertanggungjawab dalam memikul tugas.
Masyarakat kampung yang berpendidikan rendah.
Masyarakat murid yang gigih dan tekun menuntut ilmu.
Masyarakat yang patuh dan taat akan suruhan kedua-dua ibu bapa.
Bawod takut akan air,
takut akan hujan.
Nyatakan gaya bahasa yang digunakan berdasarkan ayat diatas.
Personifikasi
Simile
Repetisi
Inversi
