NEW
Font size
WorksheetsUlangkaji 1
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Susunan fasa pembangunan aturcara yang betul ialah
analisis masalah, reka bentuk aturcara, pengujian dan penyahpepijatan, pengekodan, dokumentasi
analisis masalah, rekabentuk aturcara, pengekodan, pengujian dan penyahpepijatan, dokumentasi
analisis masalah, rekabentuk aturcara, pengujian dan penyahpepijatan, dokumentasi, pengekodan
analisis masalah, reka bentuk atur cara, pengekodan, dokumentasi, pengujian dan penyahpepijatan
Masalah besar dan masalah kecil ditentukan dalam fasa
Pengekodan
Analisis Masalah
Rekabentuk Aturcara
Pengujian
Pseudokod dan carta alir biasanya dihasilkan dalam fasa
Pengekodan
Analisis Masalah
Rekabentuk Aturcara
Pengujian
Dokumentasi luaran penting kerana
membantu pengguna menggunakan aplikasi yang telah dibina
membantu pengaturcara memahami aplikasi yang telah dibina
memudahkan pengguna dan pengaturcara memahami aplikasi
membantu pemasangan perisian
Seorang pengaturcara telah tersilap memasukkan formula luas dalam segmen kod. Apakah jenis ralat yang akan berlaku?
Ralat sintaks
Ralat masa larian
Ralat logik
Ralat perlaksanaan
Pilih contoh peleraian daripada senarai berikut
Melihat kes jenayah yang sama yang telah terjadi untuk menyelesaikan masalah jenayah baru.
Menyelesaikan kes jenayah yang kompleks dengan mecahkannya kepada waktu ia terjadi dan sama ada wujud saksi di tempat kejadian.
Melihat kepada kemungkinan berlakunya jenayah-jenayah lain .
Dalam menyelesaikan masalah mencari isipadu sebuah tangki air., Aiman telah menyingkirkan maklumat tentang warna dan ketinggian tiang tangki tersebut. Aiman telah melakukan teknik
pengecaman corak
peniskalaan
leraian
pengitlakan
Fasa yang terlibat dalam proses mengesan dan membetulkan sebarang ralat dalam aturcara dikenali sebagai
Pengekodan
Analisis Masalah
Rekabentuk Aturcara
Pengujian
“Satu model standard penyelesaian masalah dapat dihasilkan selepas fasa pembangunan aturcara dalam bentuk dokumentasi. “
Teknik yang digunakan dalam pernyataan di atas ialah
pengecaman corak
peniskalaan
leraian
pengitlakan
Antara yang berikut yang manakah merupakan komponen utama kriptografi?
I. Kunci
II. Teks sifer
III. Algoritma
IV. Pseudokod
I dan II
I, II ,III
II, III, IV
I,II,III,IV
Antara yang berikut manakah tidak diperlukan oleh Reverse Cipher ?
menentukan teks biasa
menentukan bilangan aksara
menghasilkan teks sifer
membuat penyahsulitan
Jika abjad pertama dalam satu Caesar Cipher ialah huruf C, kunci yang digunakan ialah
2
3
4
5
Teks sifer berikut terhasil daripada sejenis Reverse Cipher .
HISREB AYAS HALOKES
Reverse Ciper yang dimaksudkan ialah
Songsangan perkataan
Songsangan seluruh mesej
Songsangan seluruh abjad
Songsangan anjakan abjad
Kaedah Sifer yang menggunakan simbol dikenali sebagai
Pig Pen
Reverse
Rail Fence
Columnar
Apakah yang dimaksudkan dengan penyahsulitan?
Menukarkan teks biasa kepada teks sifer
Menukarkan teks sifer kepada teks biasa.
Menentukan kata kunci penyulitan
Menentukan baris dan lajur sifer
Antara berikut pilih kepentingan perkhidmatan keselamatan data dan kriptografi
I. Kerahsiaan III. Integriti
II. Pengesahan IV. Tiada sangkalan
I dan II
II, III, IV
I, II , III
I,II,III,IV
Susun dengan tepat langkah-langkah yang terlibat dalam penyulitan (encryption)
I. Pengirim menentukan jenis sifer
II. Pengirim menulis teks biasa
III. Pengirim memberikan kunci dan jenis sifer terlibat
IV. Penerima dapat membuka mesej
I, II, III, IV
II,III,IV, I
II, I, III, IV
II, III, I, IV
Maklumat berikut menunjukkan kod arahan bagi mengira luas segi tiga.
panjang = float(input("Masukkan panjang (cm) :"))
tapak = float(input("Masukkan tapak (cm) : "))
luas = 0.5 * panjang + tapak
print("Luas segi tiga : ", luas, "cm")
Didapati terdapat ralat dalam kod arahan tersebut. Apakah jenis ralat yang terhasil?
Ralat logik
Ralat sintaks
Ralat masa larian
Perhatikan kod arahan Python di bawah.
Jalil = "Jalil"
jalil = "jalil"
juga_Jalil = "Jalil"
print ("Jalil == jalil: ", Jalil == jalil)
print ("Jalil == juga_Jalil: ", Jalil == juga_Jalil)
Apakah output yang akan dikeluarkan?
Jalil == jalil: True
Jalil == juga_Jalil: True
Jalil == jalil: False
Jalil == juga_Jalil: False
Jalil == jalil: False
Jalil == juga_Jalil: True
Jalil == jalil: True
Jalil == juga_Jalil: False
Antara berikut, ungkapan manakah yang akan menghasilkan output TRUE jika y = 2?
y > 6
y<1
0 <y ≤3
6 ≥y<0
