NEW
Font size
Worksheetstrial sejarah spm 2020 (Sabah)
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Mengapakah tamadun awal dunia bermula di lembah sungai?
Hasil bumi yang kaya
Tanah yang subur untuk pertanian
Memudahkan aktiviti keagamaan dijalankan
Kawasan strategik untuk pertahanan yang kukuh
Gambar 1 menunjukkan salah satu kejayaan Tamadun Mesopotamia dalam penciptaan roda.
Apakah sumbangan roda kepada masyarakat Mesopotamia ?
Mengawal banjir
. Menimba air perigi
Menarik kereta kuda
Mengangkat air dari perigi
Gambar 2 merupakan Piramid Sakkara hasil sumbangan dan ilham .tokoh terkenal dalam Tamadun Mesir Purba.Siapakah tokoh tersebut ?
Howard Carter
Firaun Djoser
Ra-Atum
Imhotep
Apakah persamaan sistem demokrasi yang diamalkan di Yunani dengan sistem
demokrasi yang diamalkan pada masa kini ?
Penglibatan rakyat dalam pembentukan kerajaan
Golongan agama menjadi penasihat pemerintah
Pilihan raya diadakan setiap lima tahun
Raja menjadi ketua pentadbir negara
Dalam kerajaan awal di Asia Tenggara, raja dikaitkan dengan konsep berikut.
• Dewa raja
• Orde kosmos
Mengapakah konsep tersebut dikaitkan dengan raja
Memantapkan adat istiadat di istana
Mengekalkan pemerintahan yang adil
Mempelbagaikan upacara keagamaan
Memantapkan kuasa pemerintahan raja
Apakah faktor yang menyebabkan kerajaan Angkor menjadi sebuah kerajaan yang ulung di Asia Tenggara?
I Era perancangan bandar teratur dan tersusun
II Iklim sesuai untuk kawasan pertanian
III Berhampiran Tasik Tonle Sap
IV Terlindung dari bencana alam
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Tokoh berikut adalah yang terawal memeluk Islam di Makkah.
• Bilal bin Rabah
• Amir bin Fuhairah
Mengapakah mereka tertarik kepada ajaran Islam?
Persamaan taraf
Perubahan status
Desakan keluarga
Kebebasan beragama
Pada 6 Ogos 610 Masihi, bersamaan 17 Ramadhan, Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama.
Penyebaran agama Islam
Kemunculan kerajaan baharu Islam
Penentangan orang Arab Quraisy terhadap Islam
Pemisahan antara Zaman Jahiliah dan Zaman Islam
Nabi Muhammad SAW telah diamanahkan oleh pemimpin Arab Quraisy untuk meletakkan Hajar Aswad ke tempat asalnya,
Apakah kepentingan peristiwa tersebut kepada masyarakat Arab ?
Perbalahan antara kaum dielakkan
Penyebaran Islam diterima di Makkah
Perkembangan perdagangan di Makkah
Perlantkan pemimpin dari kalangan orang Islam
Antara berikut yang manakah berkaitan dengan masyarakat Arab Jahiliah ?
I Menghalalkan segala bentuk amalan riba
II Menjalankan pemerintahan berpusat
III Menjalin kerjasama antara kabilah
IV Mengamalkan perkahwinan bebas
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Rajah 1 menunjukkan syarat Perjanjian Hudaibiyah yang ditandatangani antara Nabi Muhammad SAW dengan masyarakat Quraisy Makkah pada tahun 628 Masihi / 6 Hijrah.
Apakah kesan perjanjian tersebut?
Penghijrahan penduduk berkurangan
Pertambahan wilayah jajahan
Perluasan penyebaran Islam
Pengukuhan tentera
Orientalis Barat menganggap hijrah Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari Makkah ke Madinah sebagai perlarian.
Apakah alasan untuk menyangkal anggapan tersebut?
I Diberi sambutan meriah
II Dijemput penduduk tempatan
III Galakan oleh pemimpin Quraisy
IV Mendapatkan bantuan masyarakat Arab
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan sumbangan Ibn al-Nafis.
Ibn al- Nafis (1210-1288) adalah seorang doktor Arab yang banyak menyumbang kepada kemajuan ilmu perubatan dan sains pada abad ke-13. Beliau juga terlibat dalam perundangan, politik dan kajian anatomi.
Apakah sumbangan beliau ?
Menulis ensiklopedia undang-undang
Membuka pusat pengajian akademik
Membetulkan teori peredaran darah
Menubuhkan hospital pesakit kusta
Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah menubuhkan institusi baitulmal di Acheh. Apakah fungsi institusi itu ?
Menjaga perbendaharaan negara
Menguruskan adat istiadat di istana
Menyeragamkan system pentadbiran
Mengawal pelaksanaan undang-undang
Undang-undang berikut wujud pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
• Hukum Kanun Melaka
• Undang-Undang Laut Melaka
Apakah kepentingan undang-undang tersebut ?
I Menentukan struktur kerajaan
II Menetapkan sempadan wilayah
III Menyekat pengaruh budaya luar
IV Memajukan kegiatan perdagangan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan mempunyai ciri matrilineal .
Apakah ciri matrilineal dalam adat tersebut ?
Perlantikan ketua adat
Keturunan sebelah bapa
Perkahwinan sesame suku
Anak perempuan mewarisi harta
Sekolah pondok merupakan institusi pendidikan penting di Tanah Melayu pada abad ke-17.
Pernyataan yang manakah berkaitan dengan institusi tersebut ?
Peperiksaan secara berpusat
Waktu pembelajaran tidak terbatas
Mufti mengawal sukatan pembelajaran
Bangunan dibina oleh golongan pemerintah
Bandar berikut muncul pada zaman Kemuncak Pertengahan.
Venice
Milan
Florence
Apakah faktor kemunculan bandar tersebut ?
Keseragaman undang-undang
Peluasan wilayah kekuasaan
Kemajuan perdagangan
Kekayaan sumber alam
Bagaimanakah Akta Tanah Simpanan Melayu diperkenalkan oleh British pada 25 November 1913 memanfaatkan orang Melayu ?
Memberikan tanah
. Mengekalkan hak milik
Mempelbagaikan jenis tanaman
Meneruskan ekonomi tradisional
Apakah kesan penggunaan kapal korek dalam kegiatan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu pada abad ke-20 ?
Lombong orang Cina terpaksa ditutup
Pembesar Melayu menyediakan modal
Kuala Lumpur sebagai pusat pengeluaran
Syarikat Eropah menjadi pengeluar utama
Gambar menunjukkan seorang pembesar Mandarin di Vietnam.
Bagaimanakah pembesar tersebut dilantik ?
Dilantik oleh raja
Pemilihan oleh rakyat
Perlantikan oleh penjajah
Melalui sistem peperiksaan
Karya di bawah mendedahkan tentang
Tokoh
Raden Adjeng Kartini
Hasil Karya
• Habis Gelap Timbullah Terang
• Penulisan Seorang Puteri Jawa
Kemunduran rakyat
Kemerosotan ekonomi
. Ketidakadilan undang-undang
Kelemahan sistem pemerintahan
Apakah tindakan J.W.W Birch yang menyebabkan orang Melayu bangkit menentang British di Pasir Salak, Perak ?
Larangan mengutip hasil hutan
Menghalang kemasukan imigran
Campur tangan dalam pentadbiran
Mengambil alih aktiviti perlombongan
Bagaimanakah British menghalang Gerakan Islah di Negeri-Negeri Melayu pada awal abad ke-20 ?
I Mengugut pemimpin
II Menyekat kegiatan dakwah
III Menghalang kemasukan risalah
IV Menyekat peluang belajar ke luar Negara
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Persidangan Damai Paris telah menghasilkan Deklarasi Perkara Empat Belas Perkara Woodrow Wilson.
Apakah perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut ?
Sistem monarki dipulihkan
Amalan realpolitik diharamkan
Rakyat disatukan berdasarkan agama
Sempadan negara ditentukan berasaskan bangsa
Kedua-dua tokoh berikut berjaya menyatukan negara masing-masing di Eropah pada abad ke-19.
• Count Camillo Bensi di Covour
• Otto Eduard Von Bismarck
Apakah persamaan kedua-dua tokoh tersebut ?
Mengenepikan perbezaan warna kulit
Menyatukan masyarakat majmuk
Menggunakan kaedah realpolitik
Membina empayar yang luas
Senarai berikut adalah tindakan British yang membangkitkan kemarahan orang Melayu pada tahun 1940-an.
Mengapakah tindakan tersebut membangkitkan kemarahan orang Melayu ?
Mencampuri adat istiadat tempatan
Menjejaskan hak kaum peribumi
. Menghalang perpaduan kaum
Mengubah sempadan negeri
Apakah manfaat Piagam Atlantik 1945 terhadap negara-negara di Asia Tenggara ?
Berpeluang menubuhkan kerajaan sendiri
Pembentukan masyarakat pelbagai kaum
Mengiktiraf hak ostimewa orang Melayu
. Mengehadkan kemasukan imigran
Gambar berkaitan Rundingan London yang diadakan pada tahun 1956.
Apakah keputusan yang dicapai dalam rundingan tersebut ?
Pembentukan Jawatankuasa Antara Kaum
Kelonggaran syarat mendapatkan kerakyatan
Penubuhan suruhanjaya bebas mengkaji perlembagaan
Perlaksanaan pilihan raya Majlis Undangan Persekutuan
Pada tahun 1951, Dato Onn Jaafar mencadangkan agar keahlian UMNO dibuka kepada orang bukan Melayu.
Mengapakah beliau bertindak demikian ?
Memantapkan pentadbiran kerajaan
Mengiktiraf peranan kaum imigran
Memperkuat organisasi parti
Memperkukuh perpaduan
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu dan British pada 15 Ogos 1957.
Apakah kesan perjanjian tersebut ?
Pemisahan kuasa negeri dengan persekutuan
B. Pembentukan kerajaan bercorak republik
C. Pengaruh golongan kiri dihapuskan
D. Pesuruhjaya Negeri dikekalkan
Pembentukan kerajaan bercorak republik
Pengaruh golongan kiri dihapuskan
Pesuruhjaya Negeri dikekalkan
Jadual 1 menerangkan tentang hubungan tegang antara Malaysia dengan Indonesia.
Tarikh
20 Januari 1963
Peritiwa
Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia
Kempen
Ganyang Malaysia
Jadual 1
Apakah tindakan Indonesia semasa peristiwa tersebut ?
I Menceroboh ruang udara
II Menghantar bantahan rasmi
III Melancarkan pemberontakan
IV Menyerang kapal-kapal nelayan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah peranan Suruhanjaya Cobbold dalam menjayakan pembentukan Malaysia?
Melaksanakan system Birokrasi Barat
Menggalakkan penubuhan Parti Perikatan
Memujuk Singapura menyertai persekutuan
Meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak
Bagaimanakah Suruhanjaya Pilihan Raya bertindak memastikan pilihan raya yang diadakan di Malaysia adil dan telus ?
Menyediakan jadual awal berkempen bagi calon
Menetapkan manifesto parti politik yang bertanding
Membenarkan pengundi berdaftar sahaja layak mengundi
Melarang pemerhati dari negara luar memantau pengundian
Gambar menunjukkan Jata Negara kita Malaysia.
Mengapakah Jata tersebut penting kepada negara dan bangsa Malaysia ?
I Memperkukuhkan perpaduan
II Melahirkan masyarakat bersemangat
III Mempertahankan semangat kenegerian
IV Melambangkan kemajuan ekonomi negara
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah Majlis Perundingan Negara mengisytiharkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 ?
Menyusun masyarakat
Memperkukuhkan perpaduan
Meningkatkan kemajuan ekonomi
Memartabatkan bahasa kebangsaan
Cabaran kelapan Wawasan 2020 ialah “Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya”.
Bagaimanakah cabaran tersebut dapat dipenuhi oleh kerajaan ?
Kekayaan negara dikongsi bersama
Pelaburan asing dipertingkatkan
Membangunkan modal insan
Memantapkan jati diri rakyat
Perang Dunia Kedua tercetus pada tahun 1939 apabila Jerman menyerang Poland.
Apakah faktor yang mencetuskan perang tersebut ?
I Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand
II Perkembangan kuasa imperialis baru
III Kegagalan Perjanjian Versailles
IV Kemelesetan ekonomi dunia
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pada tahun 1970an Malaysia telah mengubah dasar luar daripada pro-Barat kepada dasar berkecuali.
Mengapakah perubahan tersebut berlaku ?
Kejatuhan harga komoditi
Kemerosotan pengaruh Britain
Desakan daripada pedagang asing
Mematuhi arahan kuasa besar dunia
Blok Dunia berikut terbentuk semasa Perang Dingin.
Apakah ciri Blok Kapitalis ?
I Mengamalkan sistem pentadbiran satu parti
II Mengamalkan pemerintahan demokratik
III Menjamin hak kebebasan individu
IV Memiliknegarakan perniagaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
