wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS TINGKATAN 5 ULANGKAJI SET 12

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Atom natrium mempunyai nombor proton 11 dan nombor nukleon 23. Antara berikut, yang manakah benar?

a)

Atom natrium mengandungi 23 proton

b)

Atom natrium mengandungi 23 elektron

c)

Atom natrium mengandungi 12 neutron

d)

Atom natrium mengandungi 11 neutron

2.

Mengapakah bahan bukan logam kurang tumpat daripada logam?

a)

Daya tarikan Van der Waals anatar molekul bukan logam

b)

Susunan zarah dalam bukan logam adalah longgar

c)

Kekuatan regangan bagi bahan bukan logam adalah lemah

d)

Takat lebur dan takat didih bahan bukan logam adalah rendah

3.

Apakah ciri yang menjadikan logam sesuai untuk digunakan dalam pembinaan jambatan?

a)

Kuat

b)

Berketumpatan tinggi

c)

Berkilat

d)

Konduktor haba yang baik

4.

Antara berikut yang manakah melibatkan perubahan fizik?

a)

Peleburan ais

b)

Pencernaan makanan

c)

Pengaratan paku besi

d)

Pemanasan zink dalam oksigen

5.

Rajah menunjukkan pengekstrakan aluminium daripada bijihnya (aluminium oksida) melalui proses elektrolisis.


Apakah yang dihasilkan di Anod dan Katod?

a)

Anod: Oksigen Katod : Hidrogen

b)

Anod: Aluminium Katod: Oksigen

c)

Anod: Oksigen Katod: Aluminium

d)

Anod: Hidrogen Katod: Aluminium

6.

Apakah kelebihan bateri alkali berbanding sel kering?

a)

Boleh dicas semula

b)

Arus tetap

c)

Lebih murah

d)

Tahan lama

7.

Mengapakah kertas fotografi menjadi hitam apabila terdedah kepada cahaya matahari?

a)

Cahaya matahari menyebabkan pembentukan pepejal hitam

b)

Lapisan sebatian argentum pada kertas fotografi telah teroksida

c)

Lapisan argentum bromida pada kertas fotografi terurai kepada argentum bromin

d)

Lapisan argentum bromida pada kertas fotografi membentuk hablur-hablur berwarna hitam

8.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan susunan kuasa penembusan bagi sinaran radioaktif secara menurun?

a)

Alfa - beta- gama

b)

Alfa - gama- beta

c)

Beta- gama- alfa

d)

Gama- beta- alfa

9.

Apakah kesan pelupusan yang tidak sempurna bagi sisa radioaktif?

a)

Perubahan keadaan cuaca mendadak

b)

Hujan asid

c)

Penipisan lapisan ozon

d)

Kemusnahan ekosistem

10.

Antara berikut, bahan radioaktif manakah yang digunakah untuk merawat kanser?

a)

Natrium -24

b)

Karbon-14

c)

Kobalt-60

d)

Uranium-235