WorksheetsBab 10 Pemasyhuran Kemerdekaan (T4) (26.11.2020)
Total questions: 30
Worksheet time: 30mins
Kemerdekaan ibarat tempat perhentian dalam perjalanan yang jauh bagi mewujudkan sebuah negara baharu yang berdaulat.
Antara berikut, tokoh manakah yang memberikan takrifan kemerdekaan tersebut?
Mahatma Gandhi
Tun Fuad Stephens
Tunku Abdul Rahman
Sayyid Jamal al-Din al-Afghani
Apakah pengertian kemerdekaan menurut Presiden Indonesia, Soekarno?
Bebas selama-lamanya
Perjuangan menghadapi penjajahan
Merangkumi politik, ekonomi dan moral
Membebaskan diri daripada penjajahan kuasa Barat
Bagaimanakah erti kemerdekaan dapat dihayati oleh seseorang?
Menentang penjajah
Mengenali sejarah negara
Mengukuhkan ekonomi negara
Mengeratkan hubungan diplomatik
Apakah perkara yang perlu diberi perhatian oleh Jawatankuasa Persediaan Fizikal dalam usaha menyambut pemasyhuran kemerdekaan negara?
Menonjolkan identiti
Melaksanakan protokol
Mempromosi majlis sambutan
Menghias bandar dan jalan raya
Mengapakah mendera Union Jack diturunkan dengan diiringi lagu God Save The Queen pada malam pemasyhuran kemerdekaan?
Sebagai tanda berakhirnya pentadbiran British di Tanah Melayu
Sebagai tanda penghormatan kepada bekas Pesuruhjaya Tinggi British
Sebagai tanda penghargaan kepada British kerana memberikan kemerdekaan
Sebagai memperingati jasa dan pengorbanan pasukan British dalam memerangi Komunis
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan Lagu Kebangsaan Negaraku?
Tatasusila
Antipenjajah
Lagu Negeri Perak
Pengamalan Rukun Negara
Apakah tujuan asal Stadium Merdeka dibina?
Menonjolkan identiti negara
Meraikan kemerdekaan negara
Tempat masyarakat berkumpul
Menganjurkan pertandingan bola sepak
Menjelang sambutan pemasyhuran kemerdekaan, mengapakah kursus khas dianjurkan untuk pegawai-pegawai kerajaan?
Memahami birokrasi Barat
Menguasai bahasa Inggeris
Mengambil alih pentadbiran awam
Melaksanakan upacara mengikut protokol
Apakah yang dimaksudkan dengan kedaulatan undang-undang?
Asas kedaulatan negara yang merdeka dan memelihara hak rakyat
Pematuhan peraturan yang dikenakan oleh Perdana Menteri terhadap rakyat
Kebebasan rakyat dalam menentukan undang-undang yang perlu digubal
Kerajaan dan rakyat keseluruhannya tertakluk di bawah undang-undang
Pengiktirafan sebagai rakyat merupakan aspek kedaulatan negara.
Apakah kelebihan aspek tersebut?
Meningkatkan taraf hidup rakyat
Membolehkan rakyat mendapat hak asasi
Mendapat keistimewaan daripada kerajaan
Membenarkan rakyat menentukan perlembagaan
Apakah pertubuhan antarabangsa yang dianggotai selepas Tanah Melayu Merdeka?
NATO
Komanwel
Kuasa Paksi
Liga BAngsa-bangsa
Gambar berikut menunjukkan logo Jabatan Penerangan.
Apakah tujuan penubuhan jabatan tersebut?
Menyampaikan maklumat
Menyiarkan rancangan hiburan
Menyebarkan propaganda kerajaan
Mengukuhkan kedudukan Bahasa Melayu
Maklumat berikut berkaitan dengan peristiwa bersejarah di Stadium Merdeka.
Dengan tangannya di udara, Tunku Abdul Rahman melaungkan "Merdeka" sebanyak tujuh kali dengan disahut oleh para hadirin yang terdiri daripada pelbagai bangsa di Stadium Merdeka.
Apakah mesej yang dibawa oleh peristiwa tersebut?
Persekutuan Tanah Melayu berjaya dibentuk
Kepimpinan Persekutuan Tanah Melayu diiktiraf
Persekutuan Tanah Melayu menjadi negara merdeka dan berdaulat
Rakyat Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada pelbagai bangsa
Apakah proses yang membolehkan Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan?
Revolusi
Rundingan
Perperangan
Kerjasama politik
Siapakah yang menjadi ketua negara Persekutuan Tanah Melayu mengikut sistem Raja Berperlembagaan?
Sultan
Perdana Menteri
Pesuruhjaya Tinggi
Yang di-Pertuan Agong
Apakah cabaran yang dihadapi oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu selepas mencapai kemerdekaan dalam bidang pentadbiran?
Melaksanakan birokrasi Barat
Mewujudkan jawatan kosong untuk rakyat tempatan
Menggantikan pegawai Eropah dengan rakyat tempatan
Menempatkan pegawai tadbir dari kalangan rakyat tempatan
Apakah persamaan dalam sumbangan Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie dan Dr. Ismail Abdul Rahman kepada negara?
Menentukan dasar luar
Memantapkan ekonomi
Mendapat pengiktirafan PBB
Mengasaskan Demokrasi Berparlimen
Maklumat berikut berkaitan dengan misi pengaman PBB.
Negara kita menyertai misi pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Congo.
Penyertaan Persekutuan Tanah Melayu dalam misi ini menunjukkan
kerjasama politik dunia
pengiktirafan tertinggi PBB
perlaksanaan dasar luar yang bebas
kejayaan menghadapi cabaran negara merdeka
Mengapakah Majlis Pembangunan Luar Bandar ditubuhkan pada peringkat negeri dan daerah?
Memindahkan penduduk
Merancang projek pembangunan
Meningkatkan kehidupan penduduk
Menggalakkan perkembangan ekonomi
Apakah tujuan Rancangan Buku Merah dilancarkan pada 25 Januari 1961?
Memajukan pertanian
Mengukuhkan institusi kewangan
Menyelia projek kemudahan asas
Memajukan penduduk luar bandar
Apakah faktor utama yang menjayakan pembentukan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka?
Perpaduan rakyat
Kebijaksanaan pemimpin
Kerjasama dengan British
Kejayaan proses pilihan raya
Apakah kepentingan pengiktirafan sebagai rakyat?
Rakyat mendapat hak kebebasan bersuara
Rakyat berpeluang bekerjasama dengan British
Rakyat berpeluang menjadi pemimpin negara
Rakyat diberi peluang untuk menjadi calon pilihan raya
Maklumat berikut berkaitan dengan Lagu Negaraku.
Lagu Negaraku dicipta sebagai lagu kebangsaan negara.
Lagu ini berasal daripada lagu Terang Bulan dan merupakan lagu negeri Perak.
Siapakkah penulis lirik lagu Negaraku?
Mohamed Hamzah
Tunku Abdul Rahman
Yaacob Abdul Latiff
Saiful Bahari
Dimanakah permulaan sambutan kemerdekaan negara diadakan?
Stadium Merdeka
Padang Kelab Selangor
Bandar Hilir Melaka
Dataran Merdeka
Maklumat berikut berkaitan dengan usaha membangunkan ekonomi negara.
Badan ini ditubuhkan pada tahun 1956 bertujuan memajukan tanah baharu secara besar-besaran.
Apakah badan tersebut?
RISDA
FELDA
FELCRA
RIDA
Bangunan ini telah dibina khas untuk meraikan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Bangunan ini dapat menonjolkan identiti negara yang baru merdeka.
Bangunan yang dimaksudan ialah....
Tugu Negara
Muzium Negara
Stadium Merdeka
Parlimen
Beliau merupakan kakitangan Jabatan Kerja Raya, Johor. Beliau juga pereka bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu.
Siapakah beliau?
Mohamad Said
Mohammad Zain
Mohamad Ali
Mohamed Hamzah
Siapakah wakil Ratu Elizabeth II semasa upacara pemasyhuran di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur?
Duke of Washington
Duke of Wellington
Duke of Gloucester
Duke of Mornington
Apakah corak pemerintahan yang diamalkan oleh Persekutuan Tanah Melayu selepas mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957?
Sistem pemerintahan monarki
Sistem pemerintahan demokrasi dengan raja berperlembagaan
Sistem pemerintahan republik
Sistem pemerintahan demokrasi dengan raja berautokratik
Antara berikut merupakan kesan kemerdekaan dari segi sosial terhadap negara kita kecuali
Jabatan Penerangan dimajukan
penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka
perkhidmatan kesihatan ditingkatkan
pendidikan Inggeris diutamakan
