NEW
Font size
WorksheetsKuiz Akaun Tingkatan 5 (Modul 1)
Total questions: 15
Worksheet time: 5mins
Encik Ali memaklumkan firmanya akan memperoleh untung kasar sebanyak 30 sen bagi setiap RM1 kos jualan.
Apakah analisis nisbah yang digunakan?
Margin
Tokokan
Nisbah Kecairan
Pulangan atas modal
Nisbah semasa bagi Syarikat Nikmat ialah 2:1.
Apakah tafsiran yang tepat mengenai nisbah tersebut?
Jumlah liabiliti melebihi 2 kali ganda aset
2/3 daripada jumlah aset adalah aset semasa
Setiap RM2 nilai aset semasa dapat menjelaskan RM1 nilai liabiliti semasa
Jika RM2 yang dilaburkan, syarikat memperoleh pulangan sebanyak RM1
Firma Ayu Sarah mempunyai nisbah semasa 2:1.
Apakah tafsiran yang betul mengenai maklumat di atas?
Firma mempunyai nisbah kecairan yang rendah
Firma tidak berkemampuan menjelaskan hutang jangka pendek
Setiap RM2 liabiliti semasa, firma mempunyai RM1 aset semasa
Setiap RM2 aset semasa, firma dapat membiayai RM1 liabiliti semasa
Apakah tafsiran yang dapat diberikan sekiranya sebuah perniagaan memperoleh tokokan sebanyak 20 %?
Setiap RM1 jualan akan menghasilkan untung kasar sebanyak 20 sen
Setiap RM1 jualan akan menghasilkan untung bersih sebanyak 20 sen
Setiap RM1 kos jualan akan menghasilkan untung kasar sebanyak 20 sen
Setiap RM1 kos jualan akan menghasilkan untung bersih sebanyak 20 sen
Pernyataan manakah yang menerangkan maksud kadar pusing ganti inventori?
Penjualan inventori dan perbelanjaan perniagaan
Berapa kali inventori dinilai dalam satu tempoh perakaunan
Berapa kali inventori digantikan dalam satu tempoh perakaunan
Pusing ganti inventori yang tinggi dapat mengurangkan kos penyimpanan
Maklumat berikut diperoleh daripada buku Perniagaan Madam Wong bagi tahun berakhir 31 Disember 2017.
Inventori awal RM10 200
Inventori akhir RM12 140
Belian RM15 780
Jualan RM23 640
Untung kasar RM9 800
Berapa peratuskah untung kasar atas kos jualan?
70.8%
62.1%
55.3%
41.5%
Maklumat berikut diperoleh daripada penyata kedudukan kewangan Perniagaan Haji Ahmad bagi tahun berakhir 31 Disember 2017.
Aset bukan semasa RM80 000
Aset semasa RM60 000
Liabiliti bukan semasa RM40 000
Liabiliti semasa RM20 000
Berapakah nisbah semasa?
1:2
2:1
1:3
3:1
Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Alley. Tokokan 25%
Margin 10%
Apakah tafsiran daripada maklumat tersebut?
Setiap RM1 kos jualan, untung kasar ialah 25 sen
Setiap RM1 kos jualan, untung kasar ialah 10 sen
Setiap RM1 untung kasar, untung bersih ialah 25 sen
Setiap RM1 untung kasar, untung bersih ialah 10 sen
Maklumat berikut diperoleh daripada buku Kedai Shamsuddin pada 31 Disember 2008.
Jualan RM20 000
Inventori pada 1 Januari 2008 RM4 000
Inventori pada 31 Disember 2008 RM2 000
Untung kasar adalah 25% daripada jualan.
Berapakah kadar pusing ganti inventori perniagaan berkenaan?
7.50 kali
5 kali
4 kali
3.75 kali
Maklumat berikut berkaitan dengan nisbah semasa dua buah perniagaan.
Perniagaan Indah 2:1
Makmur Enterprise 3:1
Apakah tafsiran yang betul menggambarkan kedua-dua perniagaan terseb
Makmur Enterprise memperoleh kadar keuntungan kasar lebih tinggi berbanding Perniagaan Indah
Kedudukan untung keseluruhan Makmur Enterprise adalah lebih baik berbanding Perniagaan Indah
Harga jualan Makmur Enterprise lebih tinggi berbanding harga jualan Perniagaan Indah
Kedua-dua perniagaan berkemampuan untuk menjelaskan liabiliti semasa
Maklumat berikut diambil daripada buku Kedai Pintar Choo.
Inventori pada 1 Januari 2007 RM8 340
Inventori pada 31 Disember 2007 RM7 620
Untung kasar RM6 950
Kadar pusing ganti inventori 7 kali
Berapakah kos jualan?
RM48 650
RM53 340
RM55 860
RM58 380
Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Azizul pada 31 Disember 2013.
Inventori purata RM19 000
Untung Kasar RM42 400
Kadar pusing ganti inventori 4 kali
Berapakah kos jualan?
RM93 600
RM76 000
RM61 400
RM47 150
Maklumat berikut diambil daripada buku perniagaan Kedai Chantek Bella.
Inventori pada 1 Julai 2017 RM12 000
Inventori pada 30 Jun 2018 RM24 000
Kos Jualan RM72 000
Berapakah kadar pusing ganti inventori?
2 kali
3 kali
4 kali
6 kali
Maklumat berikut diperoleh daripada perniagaan Kilang Kain Manisah.
Inventori pada 1 Januari 2015 RM18 000
Inventori pada 31 Disember 2015 RM27 000
Kos jualan RM135 000
Berapakah kadar pusing ganti inventori kilang tersebut?
3 kali
5 kali
6 kali
9 kali
Maklumat berikut diambil daripada buku Syarikat Mawar Sendirian Berhad pada 31 Mac 2014.
Akaun Belum Terima RM15 000
Inventori akhir RM5 000
P RM10 000
Nisbah semasa syarikat ialah 2:1
Apakah P?
Tunai
Bangunan
Akaun Belum Bayar
Gadai janji
