wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

biologi tingkatan 5 homeostasis

Total questions: 12

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan yang manakah mendefinisikan homeostasis dalam organisma?

a)

Homeostasis ialah proses di mana sel-sel mengekalkan persekitaran dalamannya.

b)

Homeostasis ialah proses di mana organisma mengekalkan suhu badannya.

c)

Homeostasis ialah pengekalan persekitaran dalaman yang optimum pada organisma.

d)

Homeostasis ialah pengekalan persekitaran dalaman dan persekitaran luaran pada organisma.

2.

Rajah menunjukkan tapak di mana proses ultra turasan berlaku. Antara yang berikut, manakah yang tidak mungkin merupakan bahan X?

a)

Glukosa

b)

platlet

c)

Asid amino

d)

Garam mineral

3.

Hormon yang manakah digambarkan sebagai hormon ‘kecemasan’?

a)

Hormon antidiuresis (ADH)

b)

Insulin

c)

Adrenalin

d)

Tiroksina

4.

Hormon dimusnahkan di...

a)

hati.

b)

ginjal.

c)

pankreas.

d)

kelenjar adrenal.

5.

Rajah menunjukkan sistem endokrin manusia.

Antara kelenjar A, B, C, atau D, manakah yang merembeskan hormon untuk pertumbuhan?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

6.

Antara yang berikut, yang manakah akan menyebabkan duktus pengumpul nefron menjadi kurang telap air?

I Meminum banyak air


II Berada di dalam bilik yang berhawa dingin


III Memakan telur masin

IV Bermain tenis

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

7.

Rajah menunjukkan lima kelenjar endokrin manusia yang berlabel L, M, N, O dan P.


Kelenjar yang manakah mengawal atur gerak lawan atau lari?

a)

L dan M

b)

L dan O

c)

N dan O

d)

M dan P

8.

Antara berikut, yang manakah merupakan rangsangan dalaman pada badan?

a)

Perubahan pada keamatan cahaya

b)

Perubahan tahap kandungan gula

dalam darah

c)

Perubahan suhu

d)

Perubahan pada bunyi

9.

Pilih hormon-hormon yang dihasilkan oleh kelenjar pituitari.

a)

Hormon antidiuresis (ADH)

b)

Insulin

c)

Hormon peluteinan (LH)

d)

Hormon tiroksina

e)

Hormon perangsang tiroid (TSH)

10.

Hormon yang dihasilkan oleh pankreas (kelompok sel Langerhans) untuk merangsang pertukaran glikogen kepada glukosa di hati dan meningkatkan aras glukosa dalam darah.

a)

Insulin

b)

Adrenalina

c)

Glukagon

d)

Hormon antidiuresis (ADH)

11.

Rajah menunjukkan struktur nefron. Struktur 1 dikenali sebagai....

a)

Kapsul Bowman

b)

Glomerulus

c)

Tubul berlingkar proksimal

d)

Tubul berlingkar distal

12.

Rajah menunjukkan struktur nefron.

Namakan proses yang berlaku di kedudukan 4 iaitu tubul berlingkar distal.

a)

ultraturasan

b)

penyerapan semula

c)

penyerapan semula dan rembesan

d)

rembesan