Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Modul smart kertas 1(set 2 sambungan)

Total questions: 15

Worksheet time: 34mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah boleh dikategorikan sebagai faedah kepada pekerja?

a)

A. Gaji

b)

B. Upah

c)

C. Elaun

d)

D. Komisen

2.

Mengapakah insurans penting kepada seseorang pengusaha gedung aneka jabatan?

a)

A. Melindungi perniagaan daripada risiko kerugian

b)

B. Mengelakkan perniagaan daripada dikenakan saman

c)

C. Menjaga perniagaan daripada ancaman barangan tiruan

d)

D. Mengurangkan kebarangkalian berlakunya kesilapan semasa menjalankan tugas

3.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber teknologi PROTON?

a)

A. Kilang

b)

B. Reka bentuk

c)

C. Kereta

d)

D. Pekerja

4.

Pernyataan berikut berkaitan pengurusan sumber fizikal dan teknologi.


--Cik Laili bercadang menghasilkan filem tentang riwayat hidup Seniman Agung Tan Sri Datuk Amar Dr. Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Putih dengan menggunakan peralatan yang canggih.


Antara yang berikut, yang manakah prosedur pengurusan sumber fizikal dan teknologi yang perlu dilaksanakan oleh Cik Laili?


i Paten

ii. Harta intelek

iii. Penyelenggaraan dan baik pulih

iv. Hak cipta terpelihara

a)

A. i dan ii

b)

B. ii dan iii

c)

C. iii dan iv

d)

D. i dan iv

5.

Maklumat berikut berkaitan dengan sumber pembiayaan Puan alya


Puan Alya ingin membeli sebuah van,beliau telah menggunakan jenis pembiayaan yang memerlukan beliau membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM15 000 dan bayaran bulanan Rm900 selama 9 bulan


Apakah jenis pembiayaan yang Puan Alya gunakan?

a)

A.Pajakan

b)

B.Overdraf

c)

C.Sewa beli

d)

D.Pemfaktoran

6.

Antara yang berikut, masalah yang manakah dapat diselesaikan melalui skim pajakan


i. Aliran tunai

ii. Hutang lapuk

iii. Aset tetap menjadi usang

iv. Pembayaran cukai pendapatan

a)

A. i dan ii

b)

B. i dan iii

c)

C. ii dan iii

d)

D. ii dan iv

7.

Pernyataan yang manakah berkaitan dengan jaminan kredit?

a)

A. Memberi jaminan kepada usahawan yang menghadapi kesukaran memperoleh pinjaman

b)

B. Memberikan bantuan modal kepada perniagaan yang ingin memulakan perniagaan

c)

C. Menggalakkan syarikat untuk menjadi lebih inovatif dalam menggunakan teknologi

d)

D. Menggalakkan budaya menabung dalam kalangan usahawan

8.

Pernyataan yang manakah berkaitan dengan titik pulang modal?

a)

A. Aliran tunai semasa perniagaan

b)

B. Kedudukan aset, liabiliti, dan ikuiti pemilik

c)

C. Untung kasar dan untung bersih perniagaan

d)

D. Hasil yang diperolehi bersamaan dengan jumlah kos

9.

En Azhar merupakan seorang usahawan yang sentiasa tidak mengalah kepada keadaan mental dan fizikalnya. Beliau tidak mudah berundur walau terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi dalam perniagaan.


Apakah ciri keperibadian Encik Azhar?

a)

A. Tabah

b)

B. Proaktif

c)

C. Berdikari

d)

D. Komitmen yang tinggi

10.

Pernyataan yang manakah menunjukkan tujuan Penyata Pendapatan?

a)

A. Mengenal pasti ekuiti pemilik perniagaan

b)

B. Mengetahui kedudukan kewangan perniagaan

c)

C. Mengetahui untung atau rugi bersih perniagaan

d)

D. Menunjukkan jumlah aset dan liabiliti perniagaan

11.

Antara yang berikut, yang manakah perlu dipertimbangkan oleh usahawan sebelum memulakan perniagaan?


i. Modal

ii. Pesaing

iii.Khidmat pelanggan

iv. Rancangan perniagaan

a)

A. i dan ii

b)

B. i dan iv

c)

C. ii dan iii

d)

D. iii dan iv

12.

Saya seorang usahawan yang berkebolehan membuat keputusan , berkomunikasi, bekerja dalam kumpulan dan membuat perancangan perniagaan. Apakah kekuatan diri yang ada dalam diri saya sebagai seorang usahawan?


Apakah kekuatan diri yang ada pada usahawan tersebut?

a)

A. Fokus tenaga dan tumpuan

b)

B. Keupayaan membina jenama

c)

C. Kemahiran pembangunan karakter diri

d)

D. Menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu

13.

Apakah akta yang digubal untuk mengawal selia pendaftaran perniagaan milikan tunggal dan perkongsian?

a)

A. Akta syarikat 2016

b)

B. Akta Hak Cipta 1997

c)

C. Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012

d)

D. Akta pendaftaran Perniagaan (Pindaan) 2015

14.

Antara berikut, yang manakah tanggungjawab seorang usahawan setelah mendaftarkan perniagaan?

a)

A. Menyimpan sijil dan mempamerkan sijil

b)

B. Mempamerkan sijil dan mencetak kad perniagaan

c)

C. Mencetak kad perniagaan dan mempamerkan papan tanda perniagaan

d)

Menyimpan sijil dan mempamerkan papan tanda perniagaan

15.

Terdapat struktur organisasi, spesifikasi tugas, jadual imbuhan gaji, bentuk insentif pekerja dan senarai harga peralatan dan kelengkapan. apakah elemen tersebut yang terdapat di dalam rancangan perniagaan?

a)

A. Rancangan pentadbiran

b)

B. Rancangan pemasaran

c)

C. Rancangan kewangan

d)

D. Rancangan operasi