wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Akaun Tingkatan 5 (Modul 5)

Total questions: 15

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah ciri syarikat awam berhad?


I Bilangan pemegang syer terdiri daripada seorang

hingga 50 orang

II Notis mesyuarat agung perlu diumumkan kepada

orang awam

III Syer ditawarkan kepada orang awam, entiti

perniagaan dan persatuan

IV Laporan kewangan perlu dibentang kepada

pemegang syer tetapi tidak perlu kepada orang

awam

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Pernyataan manakah yang menerangkan ciri syer biasa?

a)

Boleh menerima dividen tertunggak

b)

Kadar dividen bergantung kepada keuntungan syarikat

c)

Tuntutan ke atas aset didahulukan jika berlaku pembubaran

d)

Pemegang syer tidak berhak mengundi dalam mesyuarat agung

3.

Pernyataan manakah yang menunjukkan ciri pemegang syer keutamaan?

a)

Mempunyai hak mengundi

b)

Mendapat dividen dengan kadar yang tetap

c)

Tidak berhak menerima dividen tertunggak

d)

Berpeluang menentukan polisi dan pengurusan syarikat

4.

Apakah jenis keuntungan yang diagihkan kepada pemegang syer syarikat?

a)

Faedah

b)

Debentur

c)

Dividen

d)

Bonus

5.

Maklumat berikut berkaitan modal Yakin Juara Berhad.

Modal diterbitkan

1 500 000 syer biasa RM1 setiap satu

1 500 000 8 % syer keutamaan RM2 setiap satu


Semua syer yang diterbit telah dilanggan dan dibayar penuh.


Berapakah nilai modal yang diterbitkan?

a)

RM3 000 000

b)

RM4 500 000

c)

RM7 500 000

d)

RM10 000 000

6.

Pernyataan manakah yang betul tentang ciri syer biasa?

a)

Kadar dividen tetap

b)

Dividen dibayar sebelum syer keutamaan

c)

Pemegang syer berhak mengundi dalam mesyuarat agung syarikat

d)

Tuntutan ke atas aset didahulukan jika syarikat dibubarkan

7.

Pernyataan manakah yang betul tentang ciri syer keutamaan?

a)

Kadar dividen berubah

b)

Dividen dibayar selepas syer biasa

c)

Pemegang syer berhak mengundi dalam mesyuarat agung syarikat

d)

Tuntutan ke atas aset didahulukan jika syarikat dibubarkan

8.

Encik Amin memiliki 5 000 unit syer biasa Syarikat SPINN Berhad pada harga RM1.00 sesyer.


Apakah keistimewaan yang diperoleh Encik Amin sebagai pemegang syer berkenaan?

a)

Berpeluang untuk mengundi di Mesyuarat Agung Tahunan

b)

Memperoleh dividen pada kadar yang sama setiap tahun

c)

Berhak menerima tunggakan dividen tahun lepas

d)

Diberi keutamaan untuk menguruskan syarikat

9.

Syarikat Rohela memiliki syer seperti berikut:


100 000 unit 10% syer keutamaan RM1.00 sesyer

200 000 unit syer biasa, RM0.50 sesyer


Pada tahun 2014 syarikat telah membuat agihan dividen seperti berikut:


Syer keutamaan RM10 000

Syer biasa RM20 000


Berapakah kadar dividen syer biasa yang diperuntukkan?

a)

10%

b)

15%

c)

20%

d)

30%

10.

Maklumat berikut berkaitan syer yang dibeli oleh Encik Malik.


Pada 1 Januari 2012, Encik Malik telah membeli 20 000 unit 6% syer keutamaan RM2 sesyer.

Pada 31 Julai 2012 lembaga pengarah telah mengisytiharkan dividen interim syer keutamaan.


Berapakah dividen akhir?

a)

RM4 800

b)

RM2 400

c)

RM1 200

d)

RM1 000

11.

Maklumat berikut diperoleh daripada Syarikat Nilam Zamrud Berhad.


• Modal berbayar penuh terdiri daripada 200 000 unit 6% syer keutamaan pada harga RM1.00 sesaham.

• Pada 1 Julai 2009 syarikat telah mengisytiharkan dividen interim syer keutamaan.

• Bagi tahun berakhir 31 Disember 2009, syarikat telah memutuskan untuk membayar dividen akhir syer keutamaan.


Berapakah dividen akhir?

a)

RM5 000

b)

RM7 000

c)

RM12 000

d)

RM19 000

12.

Syarikat Usaha Berhad menerbitkan 1 500 000 unit syer biasa bernilai RM1.00 sesyer dan 2 000 000 unit 5% syer keutamaan bernilai RM2.00 sesyer.


Berapakah modal diterbitkan dan berbayar penuh Syarikat Usaha Berhad?

a)

RM1 700 000

b)

RM3 500 000

c)

RM5 000 000

d)

RM5 500 000

13.

Pada 5 Januari 2019, Syarikat Zikry Berhad telah menerbitkan 1 500 000 unit 6% syer keutamaan pada harga RM2.00 sesyer dan 2 000 000 unit syer biasa pada harga RM1.00 sesyer kepada orang awam. Semua syer telah dilanggan dan dibayar penuh.


Pada 30 April 2019, syarikat telah memutuskan untuk membayar dividen interim kepada pemegang syer keutamaan.


Hitung dividen interim syer keutamaan.

a)

RM180 000

b)

RM60 000

c)

RM40 000

d)

RM30 000

14.

Apakah yang dimaksudkan dengan dividen interim?

a)

Dividen yang dibayar kepada pemegang syer biasa

b)

Dividen yang dibayar kepada pemegang syer keutamaan

c)

Dividen yang dibayar kepada pemegang syer sebelum keuntungan sebenar syarikat diketahui

d)

Dividen yang dibayar kepada pemegang syer selepas keuntungan sebenar syarikat diketahui

15.

Catatan yang manakah benar untuk merekod terbitan syer biasa?

a)

Debit Akaun Modal Syer Biasa Kredit Akaun Permohonan Syer Biasa

b)

Debit Akaun Permohonan Syer Biasa Kredit Akaun Modal Syer Biasa

c)

Debit Akaun Bank Kredit Akaun Modal Syer Biasa

d)

Debit Akaun Modal Syer Biasa Kredit Akaun Bank