Font size
WorksheetsPERIBAHASA
Total questions: 10
Worksheet time: 8mins
Pilih maksud yang sesuai bagi peribahasa "bagai melukut di tepi gantang".
sesuatu yang terlalu sedikit atau kecil
tidak dipedulikan oleh masyarakat
hidup dalam kedaifan dan hanya berharap pada bantuan
Pilih maksud yang sesuai bagi peribahasa "Air tenang jangan disangka tiada buaya".
Hanya bekerja apabila disuruh
Tentu ada sebabnya maka terjadi sesuatu hal
Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut
"Janganlah kamu berputus asa pada saat ini, sebaik-baiknya kamu berpegang pada kata peribahasa bahawa __________ ," kata Iyad kepada Hykal.
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
Benih yang baik jika jatuh ke laut akan menjadi pulau.
Bangkai gajah tak akan dapat ditutup dengan nyitu.
Rakyat jelata di negara itu hidup menderita apabila kedua-dua orang pemimpin besar bertelagah. Begitulah akibatnya apabila____________________.
lempar batu sembunyikan tangan
membujur lalu, melintang patah
gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
Siti Sarah tidak memandang rendah dengan budak pendiam itu yang sebenarnya dalam ilmu pertahanan diri, kerana dia tahu
air susu dibalas dengan air tuba
bagaimana acuan, begitulah kuihnya
air diminum rasa duri, nasi dimakan rasa sekam
air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Dalam diam-diam, Nur Salihah telah berjaya mencipta mesin pencetak untuk memudahkan pekerja-pekerja mencetak dokumen. Begitulah kata orang
banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
bernasi di balik kerak
diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Amin bersungguh-sungguh membaiki kereta mainan yang rosak itu, tetapi akhirnya kereta itu bertambah rosak. Keadaan ini
bagai melepaskan batuk ditangga
bagai tikus membaiki labu
bagai puyuh laga
bagai buntal kembung
Anak lelaki Mak Cik Syafiqah tidak boleh duduk diam apabila dia melawat ke rumah kawannya. Keadaan ini dikatakan
seperti langau di ekor gajah
seperti gunting makan di hujung
seperti sampah hanyut
seperti kera kena belacan
Angela merupakan _____________ sekolah kami kerana dia sering mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai pertandingan.
anak emas
anak yatim piatu
anak buah
anak angkat
Vanessa selalu ______________ di kawasan persisiran pantai pada waktu senja untuk menenangkan fikirannya.
ambil masa
ambil berat
ambil hati
ambil angin
