Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PSV - T3

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Antara media berikut, yang manakah menggunakan alatan pisau palet?

a)

Cat gouache

b)

Cat tempera

c)

Cat minyak

d)

Fresko

2.

Jenis media yang manakah tidak menggunakan bahantara air?

a)

Fresko

b)

Cat poster

c)

Cat akrilik

d)

Cat tempera

3.

Mengapakah cat fresko sesuai digunakan untuk lukisan dinding?

a)

Warnanya yang menarik

b)

Cepat kering

c)

Lambat kering

d)

Mudah didapati

4.
  • Basah atas basah
  • Basah atas kering
  • Kering atas kering
  • Kering atas basah


Apakah jenis media yang menggunakan teknik tersebut?

a)

Cat air

b)

Cat poster

c)

Cat akrilik

d)

Cat tempera

5.

Antara yang berikut, yang manakah mengenai arca?

I Mempunyai jisim

II Berbentuk tiga dimensi

III Merupakan kraf tradisional

IV Boleh bergerak bagi arca mobail dan stabail

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

6.

Arca bertajuk ayam Jantan yang dihasilkan menggunakan besi yang dikimpal pada tahun 1963.

Siapakah yang menghasilkan arca tersebut?

a)

Syed Ahmad Jamal

b)

Latiff Mohidin

c)

Anthony Lau

d)

Yeoh Jin Leng

7.

Arca yang dihasilkan daripada bahan - bahan terbuang dipanggil arca

a)

luakan

b)

cantuman

c)

bahan buangan

d)

asemblaj

8.

Antara yang berikut, yang manakah unsur seni yang diutamakan semasa mereka cipta arca?

I Ruang

II Bentuk

III Jalinan

IV Warna

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Apakah peranan seorang pereka bentuk landskap?

a)

Memastikan ruang tersebut tidak berfungsi

b)

Tidak memastikan setiap reka bentuk memenuhi standard

c)

Memastikan ruang yang dibina mengikut spesifikasi

d)

Tidak menitikberatkan aspek dan fungsi

10.

Susun proses reka bentuk dengan betul.

I Menentukan keperluan

II Membangunkan reka bentuk konseptual

III Menjalankan inventori dan analisis tapak

IV Membuat gamba rajah fungsi

a)

I, IV, II, III

b)

II, III, I, IV

c)

III, I, IV, II

d)

IV, II, III, I

11.

Apakah yang dimaksudkan dengan konsep reka bentuk landskap?

a)

Paradigma bagi sesebuah reka bentuk projek

b)

Mengurus kerja dengan baik

c)

Melukis reka bentuk akhir

d)

Menjelaskan pendapat

12.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan tema bagi reka bentuk landskap?

I Gaya serantau

II Tema serantau

III Tema taman air

IV Tema taman bersejarah

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

13.

Antara yang berikut, yang manakah prinsip asas reka bentuk sesebuah taman mini?

I Keringkasan

II Penampakan

III Ketelitian

IV Skala

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Apakah maksud prinsip keseimbangan dalam reka bentuk landskap?

a)

Reka bentuk digubah secara ringkas, teratur dan mudah

b)

Penanaman tumbuhan diseimbangkan melalui warna, bentuk dan saiz

c)

Elemen yang pelbagai dapat mengelakkan rasa bosan

d)

Menentukan arah pandangan melalui satu keadaan secara berperingkat

15.

"Konsep ini biasanya terdapat tasik, halaman berumput yang bergulung, pokok - pokok binaan klasik, binaan Gothik, jambatan dan seni bina yang menarik"


Pernyataan di atas merujuk kepada konsep reka bentuk__________

a)

Landskap Bali

b)

Landskap Jepun

c)

Landskap Inggeris

d)

Landskap Tanah Melayu

16.

Antara yang berikut, yang manakah ciri - ciri seorang pereka bentuk industri?

I Kreativiti

II Bakat seni

III Tidak boleh menyelesaikan masalah

IV Tidak mempunyai cita rasa warna

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Antara yang berikut, yang manakah kaedah digunakan untuk reka bentuk industri?

I Menghasilkan rekaan baru

II Mengubahsuai produk lama

III Meniru rekaan lama

IV Mempromosi rekaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Perisian komputer yang manakah paling sesuai untuk membuat lukisan teknikal dalam mereka bentuk industri?

a)

Illustrator

b)

Photoshop

c)

Auto CAD

d)

QuarkXpress

19.

Antara yang berikut, yang manakah jenis seni reka perindustrian?

a)

Reka bentuk perabot

b)

Reka bentuk seramik

c)

Reka bentuk kad ucapan

d)

Reka bentuk pembungkusan

20.

Apakah peranan barangan kegunaan harian pada zaman purba?

a)

Menunjukkan tamadun terlampau

b)

Berhubung dengan roh dan semangat

c)

Mencerminkan nilai masyarakat purba

d)

Memudahkan aktiviti yang dapat membantu mereka