Font size
WorksheetsKeselamatan Diri Pendidikan Kesihatan Tahun 2
Total questions: 18
Worksheet time: 14mins
Apakah yang kita dapat dengan mempelajari tajuk Keselamatan Diri?
(pilih 3 jawapan betul)
Memahami cara menjaga diri
Berkata TIDAK kepada orang yang dikenali dan orang yang tidak dikenali berdasarkan situasi
Menilai akibat jika menerima pelawaan orang yang tidak dikenali
Mengetahui cara bergaduh dengan orang yang tidak dikenali
Bagaimanakah cara menjaga keselamatan diri?
(pilih 3 jawapan betul)
Berjalan berseorangan pulang ke rumah
Beritahu ibu bapa di mana kita berada
Berjalan berpasangan atau dalam kumpulan
Elakkan dari ikut orang yang tidak dikenali
Apakah maksud orang yang dikenali?
Orang yang baru berpindah ke negara kita
Orang yang jarang kita nampak
Orang yang kenal rapat dengan diri kita
Siapakah contoh orang yang dikenali?
(pilih 3 jawapan betul)
Ahli keluarga
Pekerja Bangladesh
Guru
Jiran
Maksud orang yang dikenali bermaksud orang yang ___________ dengan diri kita.
rapat
jauh
musuh
asing
Apakah maksud orang yang tidak dikenali?
Orang yang tidak pernah berjumpa atau menyamar sebagai kawan kepada ibu bapa kita
Jiran yang pernah tinggal setaman dengan kita sejak 30 tahun
Rakan sekolah yang bersama-sama belajar dari tahun 1 hingga tahun 6
Mengapa kita perlu berkata TIDAK?
Mendekatkan diri kepada orang yang dikenali
Mengelakkan diri dari orang yang tidak dikenali
Menjauhkan diri dari orang yang dikenali dan tidak dikenali
Situasi yang sepatutnya kita mengatakan TIDAK kepada orang yang dikenali adalah
Ibu menyuruh kita membeli roti dan sardin di kedai
Abang memberikan buku baru dibeli kepada kita
Anda diajak oleh rakan untuk mandi-manda di sungai semasa musim hujan
Apakah akibat jika kita ikut orang yang tidak dikenali?
(pilih 3 jawapan betul)
Kita akan diculik dan dilarikan oleh mereka
Kita akan dicederakan oleh mereka
Kita akan dilayan seperti raja dan permaisuri
Ibu bapa akan bimbang tentang diri kita
Ketika Damia pergi ke kedai, seseorang yang tidak dikenali telah memanggilnya. Apa tindakan Damia yang sepatutnya?
Damia menaiki kereta bersama-sama orang itu.
Damia menolak ajakan orang itu untuk ke kedai bersama-sama
Damia menjerit mengejek orang itu.
Damia mengambil gula-gula yang diberi orang itu.
Aktiviti manakah yang selamat untuk Raziq lakukan bersama-sama kawan?
Membawa kawan bermain badminton di rumah
Mengikut kawan mandi sungai semasa musim hujan
Mengajak kawan bermain basikal lajak pada malam hari
Mengayuh basikal di tengah jalan sambil bergurau senda
Seorang lelaki mengajak menarik tangan kamu untuk menaiki keretanya. Apakah tindakan kamu?
Menjerit meminta tolong.
Mengucapkan terima kasih.
Naik kereta dengan gembira.
Bertanya khabar lelaki itu.
Seorang wanita muda yang tidak dikenali memberikan sebuah bungkusan. Apakah tindakan yang patut anda buat?
Menerima bungkusan itu dengan ucapan terima kasih.
Mencampakkan bungkusan ke muka wanita muda itu.
Menolak pemberian dengan isyarat tangan yang sopan.
Membuka bungkusan itu di hadapan wanita muda itu.
Bagaimanakah cara menjaga keselamatan diri dari orang yang dikenali seperti jiran kamu?
Menolak pelawaan jiran dan menaiki bas awam ke sekolah.
Menolak pelawaan orang yang tidak dikenali itu dan lari ke tempat yang selamat.
Bagaimanakah cara menjaga keselamatan dari orang yang TIDAK dikenali berdasarkan gambar di atas?
Mengikut orang itu kerana dia memiliki kereta yang cantik.
Menolak pelawaan orang yang tidak dikenali itu dan lari ke tempat yang selamat.
Bagaimanakah cara menjaga keselamatan diri daripada orang yang TIDAK dikenali berdasarkan gambar di atas?
Menolak ajakan lelaki itu dan lari masuk ke sekolah serta memberitahu guru
Mengambil pemberian gula-gula dan belon itu dan berkongsi bersama rakan.
Perkara manakah yang membuatkan ibu bapa risau apabila kamu keluar berseorangan?
Bertemu rakan sebaya di perpustakaan.
Bertemu seseorang di pasar malam.
Bertemu cikgu di kelas tambahan.
Bertemu atok dan nenek di kampung.
Seorang juruelektrik ingin masuk ke rumah untuk memeriksa elektrik di rumah anda. Apa perlu anda lakukan?
(pilih 2 jawapan betul)
Beritahu ibubapa tentang juruelektrik itu
Buka pintu pagar dan ajak juruelektrik masuk tanpa beritahu ibubapa.
Tidak benarkan juruelektrik masuk ke rumah selagi ibubapa tidak bagi kebenaran.
Berbual dan bergurau dengan juruelektrik di pagar rumah
