WorksheetsBahasa Melayu T4 (Jenis-Jenis ayat)
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Yang berikut merupakan jenis-jenis ayat dalam sistem Bahasa Melayu kecuali
a) ayat tanya
b) Ayat penyata
c) ayat perintah
d) ayat harapan
Plih ayat seruan
a) Rumah Ali yang mempunyai reka bentuk konsep Bali itu terletak di tepi Pantai Lido
b) Mana restoran makanan laut yang terkenal di Klang?
c) Wah, cantik sungguh bilik pejabat awak !
d) Mereka mula berasa bosan tinggal di rumah selepas dua minggu Perintah kawalan pergerakan diadakan.
Pilih ayat penyata
a) Semua pelajar di seluruh Malaysia tidak hadir ke sekolah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
b) "Mengapakah awak tidak mahu tinggal di rumah sahaja ? tanya Sarjan Ali kepada Faiq.
c) " Jangan buka peti ais itu berulang kali", tegah mak Kiah kepada anak-anaknya
d) "kita semua mesti bersabar saat menghadapi dugaan sebegini".Nasihat Ustaz Ebit Wong.
Yang berikut merupakan ayat perintah kecuali
a) ayat suruhan
b) ayat permintaan
c) ayat silaan
d) ayat seruan
Ayat larangan merupakan jenis ayat..............................
a) ayat penyata
b) ayat perintah
c) ayat seruan
d) ayat suruhan
Pilih ayat tanya yang tidak tepat
a) Apakah yang sedang kamu lakukan?
a) Awak tinggal di mana ?
b) Buku ini milik siapa ?
c) Mengapa kamu belum pulang lagi?i
Yang berikut merupakan ayat permintaan kecuali
a) Minta tuan puan memastikan telefon bimbit masing-masing dalam mood senyap
b) Tolong isikan borang ini dengan pen hitam
c) Mohon beredar segera kerana premis ini akan ditutup
d) Minta jangan datang lagi ke tempat ini
Yang berikut merupakan ayat larangan yang tepat kecuali.
a)Jangan buka bungkusan itu.
b) Usah bersedih, tidak lama lagi ibu akan pulang.
c) Tak usah malu-malu , buatlah seperti rumah sendiri
d) Kamu tidak boleh berada di sini.
Aat-ayat berikut merupakan ayat suruhan kecuali
a) Pilihlah yang mana satu berkenan.
b) Siapkanlah kerja sekolah ini.
c) Mintak-mintaklah hujan tidak turun hari ini.
d) Makanlah apa-apa yang terhidang.
............................... beratur semasa membeli makanan di kantin.
a) minta
b) jangan
c) sila
d) jemput
Pllih ayat-ayat yang betul
Cis, engkau rupanya!
Amboi, cantik sungguh awak hari ini!
Wah, besarnya rumah awak!
Syabas, kamu telah berjaya!
Pilih ayat penyata
a) Semua pelajar di seluruh Malaysia tidak hadir ke sekolah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
b) "Mengapakah awak tidak mahu tinggal di rumah sahaja ? tanya Sarjan Ali kepada Faiq.
c) " Jangan buka peti ais itu berulang kali", tegah mak Kiah kepada anak-anaknya
d) "kita semua mesti bersabar saat menghadapi dugaan sebegini".Nasihat Ustaz Ebit Wong.
Aduh, sakit kakiku ini!
Ayat Seruan
Ayat Tanya
Ayat Perintah
Ayat Penyata
Mangsa kemalangan itu telah dihantar ke hospital.
Ayat Seruan
Ayat Tanya
Ayat Perintah
Ayat Penyata
Harap hadirin bersabar seketika.
Ayat Seruan
Ayat Tanya
Ayat Perintah
Ayat Penyata
Bilakah tarikh perkahwinan Badrul?
Ayat Seruan
Ayat Tanya
Ayat Perintah
Ayat Penyata
Leonardo Da Vinci merupakan pelukis potret Monalisa.
Ayat Seruan
Ayat Tanya
Ayat Perintah
Ayat Penyata
Kampung saya bernama Kampung Laha
Ayat Seruan
Ayat Tanya
Ayat Perintah
Ayat Penyata
Biarkan sahaja mereka bermain di situ.
Ayat Seruan
Ayat Tanya
Ayat Perintah
Ayat Penyata
Hebatkah Panglima Hitam berbanding Panglima Jali?
Ayat Seruan
Ayat Tanya
Ayat Perintah
Ayat Penyata
Awak siapkanlah kerja itu sekarang.
Ayat Seruan
Ayat Tanya
Ayat Perintah
Ayat Penyata
Mengapakah kamu tidak hadir ke sekolah semalam?
Ayat Seruan
Ayat Tanya
Ayat Perintah
Ayat Penyata
Tidak usah engkau ambil tahu akan hal aku lagi.
Ayat Seruan
Ayat Tanya
Ayat Perintah
Ayat Penyata
Amboi, cantiknya baju baharu awak!
Ayat Seruan
Ayat Tanya
Ayat Perintah
Ayat Penyata
Pihak Kastam Malaysia berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan beras semalam.
Ayat Seruan
Ayat Tanya
Ayat Perintah
Ayat Penyata
Pokok di hadapan sekolah itu telah ditebang oleh Pak Sidek.
Ayat Seruan
Ayat Tanya
Ayat Perintah
Ayat Penyata
Jangan meniru sewaktu peperiksaan.
Ayat Seruan
Ayat Tanya
Ayat Perintah
Ayat Penyata
Surat itukah yang dibaca oleh Lili?
Ayat Seruan
Ayat Tanya
Ayat Perintah
Ayat Penyata
Wah, besarnya rumah kamu!
Ayat Seruan
Ayat Tanya
Ayat Perintah
Ayat Penyata
Pilih ayat seruan dengan kata seruan yang betul.
Cis, malang sungguh nasibku!
Wah, sakit betul hatiku apabila rakanku mencuri duitku!
Aduhai, sedih sungguh hatiku melihat penderitaan pelajar itu.
Oh, selamat berkenalan!. Saya pelajar baharu.
5.Ayat penyata ialah.....
A. Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
B.Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal.
C.Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu
D.Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya
6.Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya ialah ayat...
A. Ayat seruan
B. Ayat penyata
C.Ayat perintah
D. Ayat tanya
13.Pilih penyataan dibawah yang tergolong dalam jenis ayat silaan.
i.Datanglah ke rumah saya.
ii.Turunlah dari sini sekarang juga.
iii.Jemputlah menikmati kuih ini.
iv.Oh, dia sudah pergi ke sekolah !
A. i,ii,iii sahaja.
B.i dan ii sahaja.
C. i dan iii sahaja.
D.i,ii,iii dan iv
14.Tentukan jenis ayat bagi penyataan dibawah.
i. Puan Rusiah berasal dari utara semenanjung.
ii.Rosli sanggup memutuskan persahabatannya dengan Meor kerana berebut jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Bukit Tinggi.
A. Ayat perintah
B. Ayat seruan
C.Ayat penyata
D. Ayat permintaan
Pilih AYAT PENYATA yang betul.
Pemandangan di tepi pantai sungguh indah.
Jangan membuang sampah di situ.
Tolong tutupkan suis lampu semasa meninggalkan bilik.
Siapakan lelaki yang bertali leher itu?
"__________________ patuhi arahan saya dengan telitinya," kata Cikgu Lee kepada murid-murid Kelas 3 Pintar.
Jangan
MInta
Usah
Tolong
________________ tanggalkan kasut anda dan susun di rak kasut sebelum masuk ke dalam makmal.
Harap
Jangan
Sila
Jemput
Kenal pasti jenis-jenis ayat perintah di bawah dan nyatakan sama ada ayat tersebut ayat suruhan, ayat permintaan, ayat silaan atau ayat larangan.
Sila serahkan borang permohonan yang telah lengkap ke pejabat.
ayat suruhan
ayat permintaan
ayat silaan
ayat larangan
Kenal pasti jenis-jenis ayat perintah di bawah dan nyatakan sama ada ayat tersebut ayat suruhan, ayat permintaan, ayat silaan atau ayat larangan.
Jangan minum air yang terdedah itu.
ayat suruhan
ayat permintaan
ayat silaan
ayat larangan
Kenal pasti jenis-jenis ayat perintah di bawah dan nyatakan sama ada ayat tersebut ayat suruhan, ayat permintaan, ayat silaan atau ayat larangan.
Hantarlah buku itu sebelum pulang.
ayat suruhan
ayat permintaan
ayat silaan
ayat larangan
