NEW
Font size
WorksheetsKuiz Bahasa Melayu Tahun 6
Total questions: 40
Worksheet time: 24mins
Apabila Adam mendapat markah terendah dalam ujian Sains, ____________ bimbang dimarahi bapanya.
saya
dia
mereka
kamu
"________ akan menurut perintah tuanku," kata Hang Tuah kepada Sultan Melaka.
Hamba
Saya
Beta
Patik
"Bolehkah ___________ bantu saya membawa barang - barang ini ke stor sekolah?"tanya Emir kepada rakan-rakannya.
kamu
dia
mereka
kalian
Anggota________________ berperanan untuk menangkap penjenayah ke muka pengadilan.
bomba
polis
peguam
guru
Dua orang pendaki itu telah berjaya mendaki _____________ yang tinggi itu.
Sungai Rejang
Kampung Bukit Tinggi
Gunung Kinabalu
Menara Berkembar Petronas
________________ ialah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Perkasa.
Encik Roslan
Doktor Jasmin
Inspektor Ali
Sarjan Muthu
Halim kagum melihat lukisan yang digantung ______________ dinding itu.
di
kepada
pada
dengan
Buah durian itu gugur _______ tanah apabila ditiup angin.
di
dari
ke
daripada
Pak Cik Lim berada di ladangnya sejak pagi________________ petang.
oleh
sejak
daripada
hingga
Dalam cerita kanak-kanak, harimau juga dikenali sebagai __________.
Sang Belang
Si Tompok
Sang Kancil
Sang Bedal
"______________ , makanlah kek yang saya bawa ini!" kata Suzi kepada Suriati.
Wah
Amboi
Nah
Aduh
"__________________kah tujuan kamu datang ke sini?"tanya Pak Ismail kepada Tamrin.
Ada
Siapa
Apa
Bagaimana
Kepala paip hendaklah ditutup __________untuk mengelakkan pembaziran air.
ketat-ketat
kuat-kuat
longgar-longgar
rapat-rapat
Irfan merupakan ________ pasukan Harimau. Maka,tidak hairanlah segala kehendaknya dituruti.
kaki bangku
ulat buku
tulang belakang
kaki ayam
Darren bingkas bangun daripada kerusi ____________ namanya dipanggil oleh Cikgu Amir.
oleh
sejak
hingga
apabila
Abang sedang ___________air di dapur untuk dibuat minum petang.
menjirus
menanak
merebus
menjerang
Puan Damia sentiasa mengingati anak-anaknya ___________ belajar dengan bersungguh- sungguh.
kerana
untuk
serta
agar
Tetamu itu bersalam dengan ibu _____________ masuk ke dalam rumah.
lalu
sambil
dan
jika
Selepas penat bermain bola di padang, mereka berteduh di bawah sepohon pokok yang ____________________.
lebat
rendang
kencang
tinggi
Tenunan kain songket yang dihasilkan oleh para pekerja itu halus ______________.
agak
paling
sekali
nian
Wani memasukkan ________________ di atas meja itu ke dalam bekas pensel.
buku nota
mesin kira
alat tulis
buku tulis
Ayah duduk berehat di _____________ sambil membaca surat khabar.
kerusi malas
sofa
kerusi urut
kerusi panjang
"Encik cakera padat yang encik beli ini bukan tulen,"kata Cik Latifah kepada Encik Zaid.
Pilih perkataan sinonim bagi tulen.
asli
unik
benar
istimewa
Mereka lari .................. apabila dikejar oleh seekor lembu yang mengamuk akibat dari kehilangan anaknya.
kusut masai
lintang pukang
hiruk pikuk
compang camping
Johari membeli _______ yang dijual di gerai itu untuk dimakan semasa minum petang.
sayur-mayur
rempah-ratus
kuih-muih
lauk-pauk
Buku komik itu berharga tiga ringgit lima puluh sen ________.
sekeping
sebuku
sepapan
senaskhah
Ibu meminta adik membeli sepuluh __________ telur untuk dibuat kek.
buah
biji
keping
batang
"Bilik tidur abang kamu ________," kata Raj kepada Thanush.
sungguh teramat selerak
paling selerak
sungguh selerak
paling sungguh selerak
Alat-alat sukan yang dijual di kedai itu _______.
murah-murah sekali
paling murah sekali
murah teramat
agak murah
Amin tidak hadir ke sekolah...................sakit perut.
kerana
sambil
dan
atau
Abang Jamilah............................pokok rambutan untuk memetik buah rambutan.
menebang
memanjat
mencantas
mengait
Feri yang membawa penumpang itu ................... dari jeti Lumut ke Pulau Pangkor .
berulang-alik
berpindah randah
bercalar balar
berlekak lekuk
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Puan Aini meminta Adam menjemur kasut sekolahnya yang basah.
"Ibu, tolong jemurkan kasut sekolah yang basah ini," kata Adam kepada ibunya.
"Kasut sekolah Adam yang basah ini akan ibu jemurkan nanti,"kata Puan Aini.
"Adam, mari kita jemur kasut sekolah ini yang basah," kata ibu kepada Adam.
"Adam, sila jemur kasut sekolah kamu yang basah itu," kata Puan Aini kepada Adam.
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Senaman boleh menenang dan melapangkan minda seseorang.
Bagaimanakah pendapat kamu tentang minda seseorang?
Bilakah manusia dapat menenang dan melapangkan fikiran?
Apakah minda dapat menenangkan fikiran seseorang?
Apakah yang dapat menenang dan melapangkan minda seseorang?
Pilih ayat yang betul.
Murid-murid membeli makanan di waktu rehat.
Pejabat pos dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 5.00
petang.
Jimmy ialah murid yang terpaling tinggi sekali di kelasnya.
Banyak murid-murid menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolah.
Pilih ayat yang sama maksud.
Encik Zaki menasihatkan Haziz supaya rajin bersenam agar badannya sentiasa sihat.
“Kamu perlu bersenam setiap hari supaya tubuh kamu sihat,” pesan Encik Zaki kepada Haziz.
“Kita perlu bersama-sama bersenam agar tubuh kita sentiasa sihat,” kata Encik Zaki kepada Haziz.
“Kamu perlu rajin bersenam supaya badan kamu sihat,” pesan
Encik Zaki kepada Haziz.
“Kamu berjanji untuk bersenam supaya badan kamu sihat,” kata Encik Zaki kepada Haziz.
Pilih ayat yang sama maksud.
Puan Ida mengangkat pakaian yang dijemur di ampaian lalu melipatnya.
Pakaian yang dijemur di ampaian diangkat oleh Puan Ida lalu dilipatnya.
Puan Ida mengangkat dan melipat pakaian yang dijemurnya
di ampaian.
Pakaian yang dilipat oleh Puan Ida diangkat lalu dijemurnya di
ampaian.
Puan Ida melipat pakaian yang diangkat di ampaian lalu menjemurnya.
Anak-anak yatim yang tinggal di rumah kebajikan itu hidup __________ antara satu sama lain.
seperti enau dalam belukar
seperti aur dengan tebing
seperti isi dengan kuku
seperti bulan dipagar bintang
Penduduk Kampung Selesa selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu _______.
bagai kacang lupakan kulit
bagai pinang dibelah dua
bagai aur dengan tebing
seperti anjing dengan kucing
Nasihat ibu kepada Ramesh _____ kerana Ramesh langsung tidak mempedulikan nasihatnya.
bagai mencurah air di dalam keladi.
seperti sampah hanyut
seperti ayam patuk anaknya
seperti gergaji dua mata
