wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

RBT TAHUN 5: TEKNOLOGI PERTANIAN

Total questions: 23

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Berikut adalah ciri-ciri biji benih yang baik, KECUALI ..

a)

Matang

b)

Pecah

c)

Bernas

d)

Tidak berkulat

2.

Manakah antara yang berikut BENAR mengenai ciri biji benih yang rosak?

a)

Bernas

b)

Matang

c)

Berkulat

d)

Bentuk normal

3.

Apakah fungsi alat ini?

a)

Untuk menggali lubang semasa menanam biji benih dan mengubah anak benih.

b)

Untuk menggembur medium.

c)

Untuk menyiram tanaman.

d)

Untuk mengangkat rumput yang telah dicabut atau mengangkut bahan tanaman seperti bahan organik, pasir dan tanah lom.

4.

Apakah nama dan fungsi alatan tersebut ? (*jawapan boleh pilih lebih daripada satu)

a)

Sudip tangan

b)

Serampang tangan

c)

Digunakan untuk menggali lubang semasa menanam biji benih, dan mengubah anak benih

d)

Digunakan untuk menggemburkan medium

5.

Apakah nama dan fungsi alatan tersebut ? (*jawapan boleh pilih lebih daripada satu)

a)

Sudip tangan

b)

Cangkul

c)

Digunakan untuk menggali lubang semasa menanam biji benih, dan mengubah anak benih

d)

Digunakan untuk menggemburkan medium

6.

Apakah nama dan fungsi alatan tersebut ? (*jawapan boleh pilih lebih daripada satu)

a)

Penyiram

b)

Pungkis

c)

Digunakan untuk mengangkat rumput yang telah dicabut atau mengangkut bahan tanaman seperti bahan organik, pasir dan tanah lom.

d)

Digunakan untuk menyiram tanaman

7.

Medium ini diperbuat daripada sabut kelapa yang telah diproses dan dihancurkan. Biasanya medium ini diperoleh dalam bentuk serbuk. Apakah jenis medium semaian tersebut ?

a)

Tanah campuran

b)

Peat moss

c)

Coco peat

d)

Bahan organik

8.

Medium ini dihasilkan dengan mencampurkan beberapa bahan mengikut sukatan yang telah ditetapkan, iaitu dua bahagian tanah lom, satu bahagian bahan organik dan satu bahagian pasir sungai bersih (2:1:1). Apakah jenis medium semaian tersebut ?

a)

Tanah campuran

b)

Peat moss

c)

Coco peat

d)

Bahan organik

9.

Bahan ini merupakan sejenis tanah gambut yang diimport dari luar negara dan telah dibasmi kuman. Apakah jenis medium semaian tersebut ?

a)

Tanah campuran

b)

Peat moss

c)

Coco peat

d)

Bahan organik

10.

Apakah nama bagi bekas semaian ini ?

a)

Dulang semaian

b)

Polibeg

c)

Kotak semaian plastik

d)

Kotak semaian kayu

11.

Apakah nama bagi bekas semaian ini ?

a)

Dulang semaian

b)

Polibeg

c)

Kotak semaian plastik

d)

Kotak semaian kayu

12.
Berikut merupakan contoh haiwan perosak yang selalu merosakkan anak benih pokok, kecuali
a)
ulat
b)
kutu
c)
kumbang
d)
siput babi
13.

Manakah antara yang berikut merupakan langkah yang betul untuk menyediakan medium semaian?

a)

Bersihkan kotak semaian - Tutup lubang saliran - Isikan medium - Ratakan dengan kayu

b)

Bersihkan kotak semaian - Ratakan dengan kayu - Tutup lubang saliran - Isikan medium

c)

Ratakan dengan kayu - Tutup lubang saliran - Bersihkan kotak semaian - Isikan medium

d)

Tutup lubang saliran - Bersihkan kotak semaian - Isikan medium - Ratakan dengan kayu

14.

'Melonggarkan medium di dalam bekas tanaman. Tujuannya adalah untuk memudahkan air mengalir, membaiki pengudaraan dan memudahkan akar menembusi medium.'


Pernyataan tersebut adalah BENAR mengenai ..

a)

Merumput

b)

Menggembur

c)

Membaja

d)

Mengawal perosak

15.

'Rumpai perlu dibuang dengan menggunakan tangan. Rumpai adalah pesaing bagi pokok.'


Pernyataan tersebut adalah BENAR mengenai ..

a)

Merumput

b)

Menggembur

c)

Membaja

d)

Mengawal perosak

16.

'Aktiviti ini bertujuan untuk membekalkan nutrien secara berterusan dan mengekalkan kesuburan tanaman.'


Pernyataan tersebut adalah BENAR mengenai ..

a)

Merumput

b)

Menggembur

c)

Membaja

d)

Mengawal perosak

17.

'Tanaman perlu dilindungi daripada serangan perosak seperti siput babi, ulat dan kumbang.'


Pernyataan tersebut adalah BENAR mengenai ..

a)

Merumput

b)

Menggembur

c)

Membaja

d)

Mengawal perosak

18.

Rumpai ialah pesaing bagi pokok untuk mendapatkan...

a)

nutrien

b)

makanan

19.

Tujuan menggembur ialah untuk...

a)

memudahkan air mengalir

b)

mengekalkan kesuburan tanaman

20.

Tanaman perlu dibaja dengan...

a)

baja organik atau baja kimia

b)

tanah dan pasir

21.

Menyiram boleh dilakukan pada waktu...

a)

pagi dan petang

b)

tengah hari dan malam

22.

Siput babi, ulat dan kumbang ialah........

a)

perosak tanaman

b)

penyubur tanaman

23.

Haiwan perosak boleh dihapuskan dengan cara...

a)

mengutip dan memusnahkannya

b)

menyiramnya dan membajanya