Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa: Penjodoh Bilangan

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pihak polis telah berjaya menahan ______________ remaja yang terbabit dalam perlumbaan motosikal secara haram.

a)

setiap

b)

segala

c)

setengah

d)

beberapa

2.

______________ orang kehilangan rumah dan saudara-mara akibat bencana tsunami yang melanda pantai barat Malaysia.

a)

Semua

b)

Beberapa

c)

Beratus-ratus

d)

Sesetengah

3.

______________ penduduk kampung itu membayar cukai pintu kepada Pihak berkuasa Tempatan

a)

Setiap

b)

Separuh

c)

Beberapa

d)

Sesetengah

4.

Halim berhasrat menyerahkan _________________ daripada hartanya kepada anak-anak yatim.

a)

segala

b)

separuh

c)

sedikit

d)

sesetengah

5.

"Amir, tolong ambilkan beberapa ________________ kayu api di bawah bangsal itu, " kata ibu.

a)

puntung

b)

tandan

c)

batang

d)

kerat

6.

Cikgu Anna kehilangan se__________________ kunci semasa membeli-belah di pasar raya semalam.

a)

rumpun

b)

gugus

c)

rawan

d)

kaki

7.

Kelapan-lapan _________________ ayam katik yang dibela oleh Ali telah dicuri orang malam tadi.

a)

bentuk

b)

buah

c)

ketul

d)

ekor

8.

Budak nakal itu telah melemparkan se_____________ pasir ke arah orang gila yang bisu dan pekak itu.

a)

ruas

b)

buku

c)

keping

d)

genggam

9.

Ayah telah membelikan ibu se___________ cincin berlian sebagai hadiah hari ulang tahun perkahwinan mereka.

a)

cangkir

b)

bentuk

c)

rawan

d)

urat

10.

Mereka diminta menulis lima _____________________ pantun bagi memeriahkan majlis itu.

a)

rangkap

b)

rumpun

c)

bentuk

d)

keping

11.

________________ orang anak Tan Sri Johan sudahpun mendirikan rumah tangga.

a)

Tiap-tiap

b)

Kedua-dua

c)

Sesetengah

d)

Masing-masing

12.

Sabariah mendapat tempat _______________ dalam peperiksaan akhir tahun.

a)

tiga

b)

ketiga

c)

sepertiga

d)

ketiga-tiga

13.

____________ pelajar diminta menghantar tugasan Kajian Tempatan selewat-lewatnya esok.

a)

Semua

b)

Banyak

c)

Separuh

d)

Masing-masing

14.

Semua maklumat anggota keselamatan perisikan itu disimpan di dalam fail _________________.

a)

para

b)

semua

c)

beberapa

d)

masing-masing

15.

Kumari membeli dua _______________ roti untuk dimakan dengan kari ayam.

a)

papan

b)

ketul

c)

hiris

d)

buku

16.

Pasukan kastam telah merampas beberapa ________________ senjata api yang cuba diseludup masuk ke negara ini.

a)

bentuk

b)

kotak

c)

buah

d)

laras

17.

Abang menempah tiga ___________________ kek sempena majlis hari lahir anaknya yang akan berlangsung pada minggu hadapan.

a)

biji

b)

hiris

c)

buku

d)

potong

18.

Kehilangan lima laras senapang patah dan tiga _______________ pistol telah dilaporkan dan masih dalam proses siasatan.

a)

ruas

b)

buah

c)

pucuk

d)

rawan

19.

Bagi tujuan perkhemahan tersebut, semua pelajar dikehendaki membawa se______________ sabun mandi.

a)

bentuk

b)

buku

c)

ketul

d)

kaki

20.

Di sisi nenek, terdapat se______________ pisau yang digunakannya untuk memotong sayur.

a)

ruas

b)

bilah

c)

keping

d)

bentuk