wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Istana Tahun 6

Total questions: 14

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Maksud mangkat ialah

a)

Dilahirkan

b)

Meninggal dunia

c)

Berangkat pergi

d)

Dianugerahkan pangkat

2.

Sultan Mahmud memakai sepasang ___ yang baru dibelinya sebelum berangkat ke balairung seri untuk upacara pertabalan tersebut.

a)

kaus

b)

iram-iram

c)

destar

d)

celana

3.

Sultan Azlan _____ di Istana Merak Kayangan semenjak pertabalan baginda sebagai Sultan Selangor.

a)

berangkat

b)

beradu

c)

bersemayam

d)

bertitah

4.

Halim sedang mandi di dalam bilik air. Pilih perkataan seerti mandi di dalam bahasa istana

a)

beradu

b)

bertitah

c)

bersiram

d)

berkelana

5.

Sultan Mahmud merasa ____ menunggu jawapan kepada lamaran baginda untuk memperisterikan Puteri Gunung Ledang.

a)

gering

b)

murka

c)

masghul

d)

sukacita

6.

Seluruh rakyat jelata berdukacita dengan keadaan Sultan Azlan yang sedang ___ di Institut Jantung Negara.

a)

murka

b)

masghul

c)

mangkat

d)

gering

7.

Sultan Mahmud Syah ____ apabila Puteri Gunung Ledang menolak pinangan baginda.

a)

murka

b)

gering

c)

mangkat

d)

masghul

8.

" _____________ sedang gering. Khabarnya sudah hampir sepurnama lamanya namun masih belum sembuh," kata Laksamana kepada Panglima.

a)

Beta

b)

Patik

c)

Hamba

d)

Tuanku

9.

" Marilah ____ temankan tuan puteri ke taman," kata inang.

a)

beta

b)

patik

c)

hamba

d)

baginda

10.

"Mohon ampun, ________. Sembah _______ harap diampun," kata Bendahara Tun Perak kepada Sultan Muzaffar

a)

baginda, hamba

b)

tuanku, hamba

c)

beta, patik

d)

tuanku, patik

11.

"_________ akan segera melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh _______ itu," kata Hang Tuah kepada Hang Jebat.

a)

Patik, tuanku

b)

Hamba, baginda

c)

Patik, baginda

d)

Hamba, tuanku

12.

" Sultan Ahmad sedang bersiram. ______ baru pulang dari berburu," kata hulubalang kepada Temenggung

a)

Tuanku

b)

Baginda

c)

Beliau

d)

Beta

13.

"______ hendak ke mana? Boleh _____ ikut bersama ?" kata pemuda itu kepada Dang Wangi.

a)

Saudari, hamba

b)

Tuanku, patik

c)

Saudara, patik

d)

Tuanku, hamba

14.

"_________ Sultan Mahmud sedang ________ kerana kepenatan semalaman berkelana ke Gunung Ledang," bisik Laksamana kepada Temenggung.

a)

Tuanku, bersemayam

b)

Tuanku, bersantap

c)

Baginda, beradu

d)

Baginda, bersiram